Make your own free website on Tripod.com
SIAPA PERCAYA AZIZAN

1) Azizan, pada hari kedua perbicaraan, menyatakan bahawa beliau TIDAK INGAT lansung TARIKH dan TEMPAT berlakunya kejadian liwat.  Beliau cuma ingat masa berlaku, iaitu antara 1930 to 2030 hrs. TETAPI, dalam sessi rebuttal, beliau menjawab bahawa beliau tidak dapat MELUPAKAN satu kejadian antara beliau dengan DSAI dan SUKMA dan ingat tarikhnya pula iaitu May 1992.  Di satu waktu beliau tak ingat LANSUNG, di waktu lain beliau TAK BOLEH LUPA.

2)  Beliau menyatakan kepada Fernando menjadi Pengarah Azariq kerana Azariq mengalami masaalah kewangan tetapi kepada Gurbachan beliau menyatakan bahawa Azariq di dalam keadaaan kewangan yang baik dan kemasukkan beliau ke Azariq tidak untuk membawa modal atau wang.

3) Beliau mengaku masih memakai kereta syarikat Azariq, sedangkan beliau telah meletak jawatan dari Azariq.

4) Beliau sekejap kata diliwat dan sekejap kata tidak diliwat kemudian kata beliau diliwat semula oleh DSAI.  Beliau menyatakan kepada Fernando bahawa beliau diliwat di rumah DSAI, di hotel2 tetapi tidak pernah mengaku diliwat di APARTMENT, sedangkan apartment itu adalah salah satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.

5) Beliau mula2 kata beliau tidak tahu yang apa yang berlaku kepada beliau itu salah, tetapi lepas tu kata yang selama ini beliau memang menyedari yang perbuatan beliau itu salah

6) Beliau adalah PENIPU BESAR sebab mengikut driver DSAI yang sekarang ini, Azizan memang SELALU ke rumah DSAI dan tidak pernah takut untuk pergi ke rumah beliau.

7) Azizan pada satu waktu menyatakan yang beliau kerap menziarahi Anawar kerana beliau amat rapat dengan Anwar, dan pada waktu lain beliau kata beliau amat rapat dengan anak2 DSAI (meneybabkan si Nurul tercengang2 dan bertanya2 kepada ibunya DSWA akan benarkah beliau amat rapat dengan Azizan).