Make your own free website on Tripod.com
Ziela Jalil Sudah Tahu Keputusan Kes Perbicaraan DSAI
 

Ziela Jalil ada memberitahu seorang peguam beliau yang mengendalikan kes beliau yang lain bahawa dia sudah tahu keputusan kes DSAI. Bahawa DSAI akan dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari 2 tahun. "Ini gerenti punya," ujarnya dengan yakin. Apabila ditanya oleh peguam beliau bagaimana dia boleh mengetahui perkara tersebut, beliau menjawab "Ini sudah fixed oleh orang atasan".
 
Ini ada logiknya kerana dalam masa dua tahun ini, Mahathir akan menghadapi pilihanraya tanpa berhadapan dengan DSAI. Juga beliau akan berhadapan dengan pertandingan pucuk pimpinan UMNO semasa DSAI masih berada dalam penjara. Tanpa DSAI, mudahlah Mahathir mengolah strategi jahat untuk terus menerajui kepimpinan UMNO. Mahathir tahu bahawa UMNO
tidak mempunyai pemimpin selain daripada DSAI. Yang ada hanyalah 'Pak Turut' yang akan akur segala kehendak beliau. Ini kerana semua pemimpin UMNO mempunyai penyakit yang pada bila-bila masa boleh diambil tindakan mahkamah sekiranya mereka cuba membuka mulut untuk bercakap tentang kepentingan sebenar orang Melayu atau kebenaran.

Mahathir tidak kisah samada kepentingan orang Melayu diperjuangkan atau tidak oleh "pemimpin-pemimpin???" UMNO asalkan kepentingan beliau dan kroni-kroni beliau tidak diganggu-gugat. Orang Melayu masih berkhayal bahawa kepentingan mereka diperjuangkan oleh UMNO.

Wahai Bangsaku! Bangkitlah !!!Dan sedarlah!!! Dan tentanglah!!! akan kepincangan ini!!! Pada masa ini orang Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan memilih PAS dan parti-parti yang bersekutu dengannya pada pilihanraya ini untuk meneruskan agenda kebangkitan bangsa Melayu di alaf baru. Inilah sahaja yang senjata yang ada pada bangsa Melayu ketika ini. Sekiranya UMNO masih berkuasa dengan Mahathir sebagai kepalanya, maka ranaplah masa depan bangsa Melayu.Orang Melayu akan berhadapan dengan alaf baru dalam keadaan terumbang-ambing dengan segala kekayaan mereka dikuasai oleh dua-tiga kerat orang yang sudah pun melarikan kekayaan tersebut ke luar negara.

Untuk menghadapi alaf baru yang serba mencabar ini, orang Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan menanam 'Ruh Keislaman' ke dalam jiwa dan semangat perjuangan mereka. Ketika ini hanya PAS sahaja yang menepati kehendak masa depan orang Melayu.

    ALLAHUAKBAR!!!!!     ALLAHUAKBAR!!!!!     ALLAHUAKBAR!!!!!