Make your own free website on Tripod.com
WARKAH BUAT DS ANWAR

Assalamualaikum...

Saudara Anwar yang dirahmati Allah,

Kedatangan Ramadhan sudah hampir tiba. Kesayuan dan kesedihan rakyat jelata menyaksikan suatu kebiadaban oleh manusia hina terus menusuk jiwa-jiwa mereka. Ramadhan yang akan menyusul nanti juga akan memperlihatkan betapa kerakusan manusia-manusia ini akan kita lanjutkan dengan permohonan dan munajat kepada Allah pada bulan mulia itu nanti. Dan pastinya doa-doa kita dimakbulkan...

Perkembangan terkini di Sg Pusu, nampaknya sudah sampai masanya kami menyatakan ketikpuashatian kami kepada seluruh manusia-manusia hipokrit yang memerintah negara. Seperti yang saudara maklum, Pesta Konvo kali ini menyaksikan suatu keterasingan yang amat menyayat hati bilamana projek percetakan buku cenderamata yang telah dibuat telah dibatalkan akibat daripada terdapatnya gambar dan biodata saudara di dalamnya.

Bersama-sama ini dilampirkan deklarasi Sg.Pusu untuk tatapan saudara

Sekian dahulu dari saya

Askar Pencen
Sg. Pusu
Gombak

DEKLARASI Sg. Pusu

1 Kami di Sg Pusu berikrar dan berjanji akan menegakkan kesinambungan perjuangan kearah menegakkan yang ma'ruf dan
menentang yang mungkar dan komited untuk Islam, bangsa dan negara tercinta.

2 Kami bertegas untuk mempertahankan sistem pentadbiran Sg. Pusu yang sedia ada dan bersama-sama menegakkan idealisme
perjuangan yang bertemakan keadilan dan keilmuan.

3 Kami sangat sedih dan mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang boleh  membawa kepada keadaan huru-hara dan mencabul keamanan negara.

4 Kami membantah kegiatan Polis unit Cawangan Khas yang terus menerus bersikap prejudis dan mencurigai Sg. Pusu sebagai agen provokasi masyarakat.

5 Kami menyelar sebarang bentuk tekanan, paksaan dan ugutan terhadap golongan mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendapat secara ilmiah dan terbuka.

6 Kami dengan tegasnya mempertikaikan tindakan pihak keselamatan negara menggunakan kekerasan keatas rakyat secara membuta tuli.

7 Kami mengecam laporan media yang yang bersifat provokatif, berat sebelah dan tidak professional yang jelas diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan.

8 Kami telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan negara yang gagal melaksanakan mandat rakyat untuk mendaulatkan keadilan dan hak asasi rakyat.