Make your own free website on Tripod.com
Para pelajar USM mengadakan demonstrasi mendesak Dr. Mahathir meletak jawatan.

PULAU PINANG: 300 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang mengadakan demonstrasi mendesak Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan mengadakan segera pilihan raya umum bagi mengembalikan kepercayaan rakyat.

Perhimpunan yang bermula selepas menunaikan sembahyang Jumaat itu diadakan di luar kawasan USM berhadapan pintu masuk utarna.

Walaupun tidak disertai ramai pelajar kerana pintu utama ditutup lebih awal namun dengan adanya demonstrasi sedernikian membuktikan bahawa golongan yang berada di menara gading juga kesal dengan sikap kerajaan sejak kebelakangan ini.

Kesemua Pelajar letaki menutup muka dengan ser- ban masing-masing manakala pelajar muslimat bersedia terlebih dahulu di luar USM dengan sepanduk serta berpurdah untuk mengelak diri dikesan oleh pihak universiti.

Demonstrasi yang diadakan selama dua puluh minit menjadi kelam kabut setelah sepasukan polis dengan bantuan pengawal USM mengejar untuk mempastikan institusi itu bersih dari sokongan terhadap bekas Timbailan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antara slogan yang dipamerkan ialah reformasi di manakah keadilan, hentikan pelacur media, hentikan ISA, Dr. Mahathir diktator, Mahathir undur, mansuhkan Auku; segerakan pilihan raya dan banyak lagi.

Selain para pelajar, orang ramai juga ticlak melepaskan peluang melaungkan slogan 'Allahu akbar' dan 'reformasi' walaupun dari dalam kawasan USM sebagai tanda sokongan.

Bahkan individu yang menaiki kenderaan juga menunjukkan sokongan dengan menyalakan lampu, membunyikan hon dan tidak kurang juga yang melambaikan tangan.

Seorang kakitangan kerajaan yang enggan disebut nama ketika meminta pandangannya berkata, beliau setuju demonstrasi yang dilakukan oleh kalangan tersebut kerana, pelajar juga mempunyai hak berbuat demikian.

"Kita jangan tolak aset pelajar dalam menentukan kepimpinan negara kerana. mereka juga mempunyai hak yang besar. Jika mereka melihat ada kepincangan dalam pentadbiran maka mereka boleh menunjukkan rasa kurang senang" jelasnya.

Sementara itu bagi Encik Mohd Isa Saleh pula berpendapat, tidak sepatutnya polis bertindak mengejar para pelajar yang sedang mengadakan demonstrasi kerana mereka bukannya bertindak liar bahkan mereka melakukan dengan cara yang cukup aman.

"Polis tidak wajar bertindak mengejar mereka kerana para pelajar bukannya bertindak ganas malahan bersikap lunak dengan tidak mengganggu jalanraya, orang ramai dan sebagainya," tegas beliau kesal.