Make your own free website on Tripod.com
PENGUMUMAN KEMPEN PATRIOTIK DAN DEMONSTRASI AMAN

 


Menyedari bahawa:

  1. Rakyat yang seluruhnya menerima seruan REFORMASI dan mencintai negara Malaysia.
  2. Rakyat yang terlibat dalam gerakan Reformasi lebih menyintai negara daripada mereka-mereka yang segelintir menyokong Mahathir pengkhianat negara, bangsa dan agama.
  3. Rerformasi bukan didalangi oleh sesiapapun dari luar negara.
  4. Majoriti rakyat menyokong gerakan reformasi termasuk menteri-menteri kabinet serta pegawai kerajaan cuma mereka takut untuk menyatakan pendirian disebabkan penyalah-gunaan kuasa pengunaan instrumen kerajaan oleh Mahathir yang Mahazalim.
  5. Gerakan Reformasi tidak akan mati malah bertambah subur dengan kempen-kempen murahan Mahathir dan kroni-kroninya memperalatkan jalur gemilang untuk muslihat politik mereka.
Maka dengan ini dilancarkan:

Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang oleh Gerakan Reformasi Malaysia.

Oleh itu:

Penyokong-penyokong gerakan Reformasi disarankan agar memasang jalur gemilang dikereta-kereta mereka serta membawa jalur gemilang semasa demonstrasi-demonstrasi aman selain dari poster-poster dan sepanduk-sepanduk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
 
 

PENGUMUMAN DEMONSTRASI AMAN

MENDESAK MAHATHIR UNDUR SEGERA

SABTU 28 NOVEMBER 1998

TEMPAT: JALAN RAJA ABDULLAH DAN MASJID JAMEK KG. BARU

MASA: 7:30 PM

AHAD 29 NOVEMBER 1998

TEMPAT: SURIA KLCC

MASA: 2:30 PM

Rakyat diminta hadir beramai-ramai.