Make your own free website on Tripod.com
MAHATHIR MUNGKIN TIDAK AKAN BERTANDING
(Salah satu teori bagaimana Dr M hendak mengekalkan kuasa dan kekayaannya)

Sumber-sumber maklumat dari dalam UMNO menyatakan Mahathir sedang secara serius berfikir untuk tidak bertanding dalam pilihanraya akan datang. Sebabnya ialah dia khuatir di mana sahaja dia bertanding dia akan di cabar oleh Datin Wan Azizah dan dia tidak yakin dapat menang pertandingan itu.

Namun ini tidak bererti era pemerintahan Mahathir akan berakhir. Sebaliknya, kemungkinan besar dia akan menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Pak Lah. Selepas itu, Pak Lah akan melantiknya sebagai senator dan kemudian dia akan dilantik sebagai menteri kanan ala Lee Kuan Yew. Bezanya ialah dia masih akan berperanan sebagai Perdana Menteri de facto. Ini kerana pengaruh Pak Lah tidak cukup kuat dan dia akan sentiasa perlu bergantung kepada Mahathir untuk sokongan. Dengan ini Mahathir dapat memastikan Pak Lah akan mengikuti segala suruhannya.

Jika Pak Lah enggan mengikuti arahannya, Mahathir boleh memindahkan sokongannya kepada Najib atau Ku Li. Lagi pun dalam UMNO kekuatan banyak bergantung kepada siapa banyak wang. Undi dan sokongan boleh dibeli dan Daim merupakan orang terkaya dalam UMNO. Ini akan memastikan Pak Lah akan hanya berperanan sebagai Perdana Menteri boneka.

Sementara itu, langkah-langkah akan mula diambil untuk menyediakan Mokhzani untuk naik takhta. Dia akan bertanding di kerusi Parlimen dan kemudian dilantik sebagai timbalaN  menteri. Dalam Perhimpunan Agung UMNO seterusnya dia akan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Dengan ini era pemerintahan Al Kutty akan terjamin.

Segala perancangan ini mesti dilaksanakan Mahathir kerana empayar perniagaan dia dan Daim, suku-sakat mereka dan kroni-kroni mereka terlalu bergantung kepada sokongan projek dari kerajaan. Oleh itu, dia perlu memastikan akhirnya Mokhzani menjadi Perdana Menteri untuk menjaga pemerintahan mereka.