Make your own free website on Tripod.com
SECEBIS KISAH HAMID OSMAN, ZAINAL ABIDIN DAN YUSOF NOR

Kita tahu Dr Hamid Osman, Zainal Abidin dan Yusof Nor berpendidikan islam dan mengaji sampai ke luar negara.

Contoh, pendidikan hamid osman :
1976 - Ph.D in Islamic Law, University of St. Andrews, Scotland
1966 - M.A. and Diploma of Education in Islamic Law, University of Al-Azhar, Egypt
1962 - Higher Certificate and Diploma in Education, Islamic College Klang, Selangor, Malaysia
(dipetik dari laman web amid osman)

Walaupun dia mengaji tinggi-tinggi, tapi hidupnya bercorakkan sekular. Kesalahan mereka terhadap agama, umat Islam dan negara ini adalah amat besar dan tidak dapat dimaafkan lagi. Antaranya :

1. Menghalalkan murtad dengan mengatakan bahawa isu murtad itu jangan diperbesarkan, isu itu adalah pekara kecil sahaja dan yang penting ialah perpaduan negara. Kenyataan hamid ini secara tak langsung telah merendahkan dan menjatuhkan maruah umat Islam di negara ini.

2. Tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang murtad. Hamid mereka-reka berbagai alasan untuk melengahkan sebarang tindakan. Kata hamid, kita tidak dapat mengambil sebarang tindakan ke atas orang murtad kecuali jika  mereka menggugat keamanan negara.

3. Tidak menjadi wakil umat Islam kepada pemerintah bagi menggubal undang-undang yang sediaada kerana kelemahannya adalah amat ketara. Contoh : Dalam kes Aisyah dll, undang-undang yang ada tidak dapat melindungi dan membantu umat Islam di negara ini.

4. Menyokong tindakan boss (mahathir) yang menghina sunnah Rasullulah s.a.w, janggut nabi, hukum hudud dan sistem perundangan Islam.

5. Menyokong tindakan boss menghina ulama (bekas mufti Selangor - Datuk Ishak Baharum) yang menjalankan tugasnya

6. Mengelurkan fatwa yang mengelirukan. Contoh: Zainal Abidin menyatakan pemecatan DSA adalah sah mengikut syariat Islam, sedangkan apa yang kita tahu bahawa pendakwa mesti mengemukakan empat orang saksi bagi membenarkan tuduhan dan dalam isu halal dan haram.

7. Memburuk-burukkan ulamak pewaris Nabi dan umat Islam yang berpegang erat pada agamanya. Contoh : melalui kenyataan-kenyataan mereka di media massa.

8. Membiarkan orang lain menghina Islam. Contoh: hamid berkata umat Islam di negara ini jangan terpedaya provokasi (kononnya) dalam kes CD lucah yang dicetak dengan ayat Al-Quran.

9. Membenarkan persahabatan dengan rejim Israel.

10. Membenarkan dan membantu fitnah bermaharaja lela di bumi Malaysia.

11. Tidak menghalang media massa menyebarkan berita-berita berbentuk lucah yang boleh merosakkan akal generasi muda.

12. dan banyak lagi.

Kita boleh lihat hamid osman ini telah jauh menyimpang dari jalan yang lurus. Tak salah kalau nak kata bahawa hamid osman SESAT atau hamid osman membawa ajaran sesat. Jangan biarkan mereka dan boss mereka terus memerintah kerana mereka akan terus merosakkan kesucian agama Islam yang menjadi pegangan kita. Malah nasib kita dan hak kita sebagai pribumi dan
keistimewaan ugama rasmi negara kita semakin hari semakin terjejas. Kita tak mahu anak-anak kita, cucu-cicit kita dan keturunan kita hancur disebabkan oleh kesilapan kita pada hari ini.