Make your own free website on Tripod.com
From - Thu Oct 29 12:35:17 1998
Path: ****
From: "Republican"
Newsgroups: soc.culture.malaysia
Subject: Moga-moga ini surat betul !!
Date: Thu, 29 Oct 1998 01:09:44 -0000
Lines: 93
Message-ID: **
NNTP-Posting-Host: 195.147.9.197
X-Newsreader: Microsoft Outlook Express 4.72.3110.5
X-MimeOLE: Produced By Microsoft MimeOLE V4.72.3110.3
Xref: **
Date: Sun, 25 Oct 98 22:01PM SGT
From: **
To: **
Cc: **
Subject: Moga-moga ini surat betul !!

Assalamualaikum,
Surat ini saya dapat di dalam sebuah forum.....
Moga-Moga ianya menjadi kenyataan... ALLAHU AKBAR!!
____________________________________________________
 

Amaran Angkatan Tentera Malaysia
Sun Oct 25 01:45:55 1998

AMARAN DARIPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Kepada,
Ketua Turus Angkatan Tentera ( Yang Dipertuan Agong )
Perdana Menteri Malaysia,
Kepada Pasukan Keselamatan PDRM
Rakyat Malaysia Yang Di Kasihi

Bismillahirrahmanirrahim,
Perkembangan keselamatan mutakhir di negara kita kini adalah di dalam keadaan
yang amat membimbangkan. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah menjadi mangsa
kerakusan pihak-pihak tertentu. Pasukan keselamatan yang telah diamanahkan untuk menjaga
keselamatan negara telah tidak menjalankan kewajipan mereka dan
nampak menyebelahi pihak-pihak tertentu. Suka pihak ATM mengingatkan bahawa adalah bacul
dan mencabul hak-hak rakyat untuk berdemonstrasi di dalam keadaan
aman dan tanpa senjata. Menurut pemerhatian pihak kami di dalam siri demonstrasi yang telah di
adakan beberapa kali adalah dimaklumkan bahawa tiada
langsung kekasaran yang telah dilakukan oleh rakyat kepada pihak PDRM. Apa yang dapat kami
lihat adalah keganasan tanpa batasan yang telah dilakukan oleh
pihak FRU. Anggota risik kami juga telah ditengking oleh pihak SB yang tidak bertanggungjawab.
Kami juga telah diugut agar jangan mencampuri urusan pihak polis. Suka kami maklumkan disini
bahawa, kamilah yang telah berjuang siang dan malam untuk membebaskan negara daripada
keganasan KOMUNIS. tetapi tindak-tanduk anggota Polis yang mencabar kami telah
membuatkan kami berasa seperti tiada harga diri. Anggota keluarga kami yang berada di tempat
demonstrasi juga telah dibelasah oleh pihak polis. Ada juga yang ditahan tanpa
usul periksa. Oleh itu kami anggota tentera yang telah merasakan adalah menjadi kewajipan kami
untuk membendung perkara ini daripada berlarutan, akan
mula menjalankan pemerhatian secara agresif di dalam mempertahankan hak rakyat. Kami tidak
akan membiarkan pihak polis dengan sewenangnya memukul, memaki dan menggunakan bahan
kimia untuk mensuraikan rakyat. Kami ingin sekali
lagi mengingatkan pihak berkuasa agar menjalankan tugas dengan lebih berhemah
dan bertanggungjawab. Negara kita merupakan negara demokrasi berparlimen. Pihak tentera tiada
niat untuk mencampuri urusan kerajaan, tetapi jika pihak kerajaan sudah menjadi zalim maka kami
tidak mempunyai banyak pilihan melainkan mengambil alih pemerintahan negara secara paksa. Jadi
sebelum terlambat sila ambil langkah-langkah yang berpatutan dan kembalikan hak rakyat. Buat
rakyat semua, teruskan perjuangan anda dengan aman dan kami akan
melindungi anda. Sesungguhnya Allahlah yang melindungi anda. Jika rakyat diganggu dan
dibelasaha lagi, kerana mungkin diantara mereka adalah ahli keluarga kami termasuk Jeneral kami
maka kami di RAMD, Unit Tindakan Khas, Armor dan Renjer akan bersiap sedia untuk
mempertahankan rakyat. Kami yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara

Angkatan Tentera Malaysia.

* Surat ini telah diterima daripada salah seorang yang mengaku daripada ATM. Ianya telah ditaip
semula daripada salinan asal iaitu FAX. Ianya mungkin khabar angin , tetapi kita tidak dapat
hendak menafikan kebenarannya. Jika benar , bersyukurlah kita kerana kita telah berada dipihak
yang benar.