Make your own free website on Tripod.com
Saya ingin memaklumkan kepada pihak sidang pengarang, rumah saya berdekatan rumah Datuk Sri Dr Mahathir di Titi Gajah Alor Setar. Kami penduduk berdekatan di sini telah mendapati Mahathir terlalu kerap pulang ke rumahnya di waktu malam. Lampu di rumah terang menerang. Penduduk berdekatan tersebut menberitahu saya bahawa Mahathir dalam keadaan takut apabila tinggal di Kuala Lumpur.

Beliau juga telah berjumpa seorang ulama di Pendang Kedah iaitu bomoh peribadinya Hj Abd Razak. minta pertolongan dimana beliau merasa sering ketakutan. Walaubagaimanapun Haji Razak memberitahu ianya tidak mahu campur kes ini.Walaupun selalunya Haji Razak adalah tempat rujuk  untuk mendapat tarikh pilihanraya dan sebagainya.

Satu perkara lagi saya nak bagi tahu. Setiausaha peribadinya untuk parlimen Kubang Pasu Saad Hashim . Sering menggunakan nama beliau untuk mendapat projek kerajaan sekarang setiausahanya hidup mewah padahal sebelum menjadi setiausahanya cuma pakai motosikal super sahaja. Akibat terlalu ghairah menggunakan nama Mahathir untuk mendapatkan sebidang
tanah di Pekan Jitra untuk diberi kepada cina bagi projek pembangunan. Beliau telah berkelahi dengan setiausha majlis daerah Kubang Pasu En Yuasak Ismail. En Yuasak berkeras tidak mahu melulusnya. Akibatnya En Yuasak telah ditukar ke Alor setar menjadi penguasa tanah negeri Kedah.

Maklumat ini benar sebab saya tinggal di Daerah Kubang Pasu.

Sekian: Terima kasih.