Make your own free website on Tripod.com
Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

EKTRIMIS MINORITI MERINTAH NEGARA

Saudara-saudariku,

Tahukan anda siapakah yang sebenarnya memerintah Malaysia? Siapakah yang menentukan hala tuju negara ini? Siapakah yang menentukan dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh para pentadbir dan profesional? Dan siapakah yang mendapat nikmat dan habuan daripada dasar-dasar tersebut?

Dari segi perundangan, negara kita diperintah menggunakan sistem Raja Berpelembagaan. Di bawahnya ialah 3 institusi utama, iaitu: (a) Legislatur (b) Eksekutif dan (c) Kehakiman. Itu dari segi teorinya. Kata orang putih, “on paper”.

Tetapi realitinya negara kita Malaysia ini diperintah oleh sekumpulan minoriti ekstremis yang mempunyai banyak kepentingan politik dan ekonomi. Mereka ini diketuai oleh seorang pengkagum Hitler yang juga gila kuasa dan diktator – namanya Mahathir Mohammad. Sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau yang lebih suka dikenali sebagai Dr. (makna Dr. ialah Diktator) Mahathir telah memperkenalkan pelbagai dasar dan akta baru yang bercanggah dengan semangat demokrasi dan semangat perlembagaan yang digubal sejak merdeka.

Diktator Mahathir ini telah berjaya menipu rakyat dengan mengurangkan kuasa Raja Berpelembagaan menerusi pengumbalan perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Alasannya Raja-Raja terlalu berkuasa dan seringkali menyalah-gunakan kuasa. Kemudian kuasa yang dirampas dari Raja itu dilonggokkan pada institusi Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri, iaitu beliau sendiri. Pada tahun 1988 Diktator Mahathir sekali lagi menggunakan tipu-helah dan fitnah yang disalurkan menerusi institusiperundangan untuk menyingkirkan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara.

Kenapa Diktator Mahathir boleh berbuat demikian dengan sewenang-wenangnya?

Kerana selama ini rakyat hanya membisu biarpun tidak bersetuju. Yang berani hanya bercakap di kedai kopi atau menjerit di parlimen. Sebaliknya para juak-juak Mahathir yang merupakan golongan ekstrimis minoriti riuh ke sana sini berkempen, menabur fitnah dan mengugut. Siapa yang menentang akan dikenakan tindakan sama ada tindakan peringkat parti atau tindakan tata tertib dalam GO bagi pekerja kerajaan. Itulah halnya yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim kini. Ramai juga yang ditahan polis kerana kononnya anti-Kerajaan.

Siapakan golongan minoriti ekstremis itu? Mereka sebenarnya adalah juak-juak Diktator Mahathir yang dilantik dalam Majlis Tertinggi serta jawatan-jawatan lantikan lain yang penting. Kini tidak rahsia lagi bahawa mereka ialah Daim, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Aziz Shamsudin, Ghaffar Baba, Sabaruddin Chik, Rahim Thamby Kechik, Megat Junid dan Mohamad Rahmat.

Golongan minoriti ekstremis ini terlibat secara langsung dalam semua keputusan penting yang kemudian disokong oleh pemimpin-pemimpin lain yang bacul dan kurang sikit IQ, seperti Isa “Pendek”, Ramli Ngah “Tempayan”, Annuar “Musang“, Shahidan Kassim “Samseng”, Hussein Ahmad “Sumbu”, Suleiman “Todi”,  Yusof “Yes”, Rafidah “Apam”, Hishammudin “Kecuttttt” dan sebagainya. Peranan minoriti ekstremis ini ketara dalam Majlis Tertinggi UMNO untuk memecat Anwar Ibrahim, kemudian pemecatan 10 orang ahli UMNO yang menyokong Anwar dan 18 orang ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab untuk tidak dipecat.

Dalam kerajaan, selain Diktator Mahathir Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana, ekstremis minoriti ini juga turut menentukan keputusan Kabinet terutama dalam keputusan yang melibatkan kepentingan politik dan perniagaan mereka. Kabinet sebenarnya tidak berfungsi sebagaimna sepatutnya. Contoh, dalam suasana kemelut ekonomi ketika ini, kabinet tidak banyak berbincang soal pemulihan ekonomi. Sejak Anwar dipecat, setiap kali mesyuarat kabinet Diktator Mahathir memperuntukkan antara 30 minit hingga 60 minit untuk membincang soal liwat. Bagaimana Anwar meliwat – kononnya mengikut saksi yang sahih (atau imiginasi Diktator Mahathir sendiri semasa bersegama. Tangtu kena tanya Hasmah. Dia tahu bagaimana gilanya Mahathir …). Dalam kes ini Diktator Mahathir begitu yakin dengan teori propaganda Goebbel (orang kanan Hitler) yang menyatakan bahawa penipuan yang berulang kali yang dipasakkan ke telinga rakyat, akhirnya akan diyakini oleh rakyat sebagai satu kebenaran. Hakikatnya dalam menangani kemelut ekonomi, MTEN lebih berkuasa dari kabinet dan didalangi oleh tiga orang penjenayah ekonomi iaitu Mahathir, Daim dan Ali Abul Hassan.

Sedarlah saudara-saudaraku babawa rakyat majoriti yang membisu yang telah, sedang dan akan terus diperkotak-katikkan oleh golongan minoriti ekstremis yang berkepentingan, yang rakus kuasa, tamak haloba dengan membolot semua harta negara dan mencantas sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka berbuat demikian. Mari kita bangun dan bersuara. Kita tebarkan jaring kebenaran agar kebatilan dan kemungkaran tidak terus berleluasa. Kita tendang pemimpin Diktator seperti Mahathir. Kita perlu bertindak sekarang sebelum Malaysia yangt tercinta ini dimusnahkan oleh kerakusan mereka. Ayuh! Kita gemakan slogan: Reformasi! Reformasi! Reformasi! Allahhu Akbar!!!