Make your own free website on Tripod.com
KEANEHAN DALAM SEJARAH PERUNDANGAN MALAYSIA SEJAK KEBELAKANGAN INI

*  Penangkapan Dato' Nallakarupan dengan bukti 125 butir peluru telah disabitkan di bawah ISA yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

*  Penangkapan Gen (B) Shamsuri seminggu selepas Dato' Nalla ditangkap hanya di dakwa di bawah Akta Senjata Api yang membawa hukuman penjara maksima 10 tahun walaupun barang bukti yang dirampas ialah 2 pucuk pistol, raffles, M16, pelancar roket, peluru motar dan lain-lain!

*  Afidavit kes Dato' Nalla telah dikeluarkan sebelum kes itu dibawa ke mahkamah, lebih aneh lagi bila afidavit ke atas Dato' Nalla langsung tidak menyentuh soal peluru 125 butir dan OSA tetapi yang disabitkan semuanya berhubung dengan salah laku 'sex di luar tabie' Dato' Seri Anwar Ibrahim.

*  Paling malang lagi apabila afidavit kes Dato' Nalla itu walaupun belum dibawa ke mahkamah tetapi telah disiarkan secara besar-besaran di muka depan akhbar Harian Nasional (BH & UM) serta TV3, RTM dan lain-lain media elektronik.  Semuanya menggunakan tajuk Dato' Seri Anwar terlibat dalam kes "sodomy" (liwat)!!!
(Maknanya:  Anwar telah dihukum dan dijatuhkan maruahnya & keluarganya sebelum sempat diadili di mahkamah - ADILKAH ini??)

*  Kesan dari sini menunjukkan, selepas ini siapa sahaja boleh membuat afidavit sesuka hati dan tanpa process pengadilan di mahkamah boleh disiarkan dalam media cetak & elektronik!

*  ISA - Akta Keselamatan dalam negeri sebenarnya bukan sahaja tidak sah di mana-mana mahkamah di dunia, malah juga di mahkamah Malaysia.  Ia hanya kuasa yang diberi kepada menteri dalam negeri (Mahathir Mohamad).  Peliknya, walaupun ia tidak diiktiraf tetapi ia telah digunakan untuk mendakwa seseorang dengan sesuka hati.

*  Dalam undang-undang negara, 10 dakwaan yang dibuat ke atas Dato' Seri Anwar adalah boleh diikat jamin.  Kes yang tak boleh diikat jamin adalah yang melibatkan kes bunuh dan Akta Dadah 39B.  Tetapi anehnya mengapa Dato' Seri Anwar tidak diberi ikat jamin dan bagaimana pula beliau nak bincaang dengan peguam-peguamnya.  Ini sudah pasti hakim telah dipaksa oleh orang yang lebih atas.

*  Dr Munawar Anees dan saudara Sukma (adik angkat DS Anwar) telah ditangkap di bawah ISA.  Tetapi di dakwa sebab "DILIWAT" oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kemudiannya telah dihadapkan ke mahkamah secara misteri tanpa diberi hak memilih peguam, tak dibenar jumpa family, peguam dilantik oleh polis!!.  Hakim dan pendakwa (Wahab Patail & Ghani Patail) adalah adik-beradik, perbincangan di kamar I dan kamar IV dijalankan berasingan dan dalam masa 1/2 jam pengakuan dibuat dan dihukum 6 bulan penjara.
 
*  Kes di atas menunjukkan bahawa orang yang kena liwat telah ditangkap dan didakwa serta dihukum penjara sedangkan yang meliwat masih bebas!!  Maknanya, selepas kes ini mangsa rogol atau liwat dan sebagainya tidak akan berani membuat aduan polis kerana dengan aduan itu mereka boleh dihukum!

*  Kita sedang menunggu sama ada Dato' Nallakarupan akan didakwa ataupun tidak.  Khabarnya agak sukar pihak pendakwa mencari bukti kukuh bagi mendakwanya samada kes senjata api (peluru) atau OSA.  Jika benarlah tiada dakwaan, maka kita ingin bertanya, apakah niat sebenar afidavit Dato' Nalla itu dibuat dan disiarkan secara meluas?
(Saya tetap tabik, pendidikan & prinsip teguh Dato' Nalla, syabas)

* Jika sesiapa yang membaca ruangan ini dan dapat mengesan, keanehan-keanehan yang lain, bolehlah menyambungkan terus tulisan ini.
 

                                        (CETAK DAN EDARů..!!!!)