Make your own free website on Tripod.com
REJIM MAHATHIR-BADAWI SUDAH BERMULA…………
 

Dalam satu temuduga dengan akhbar Straits Times Singapura, Badawi dengan angkuh dan sombongnya mengkritik dasar-dasar ekonomi Anwar Ibrahim disamping memuji-muji kebolehan Daim sebagai Menteri Kewangan. Dengan celuparnya Badawi berkata bahawa Anwar hanya suka berpolitik daripada bekerja semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.

Tidak cukup dengan hentaman itu, Badawi yang merupakan boneka setia Mahathir mengecam sesetengah bahagian UMNO yang mempersoalkan kepimpinan Mahathir Kutty serta ketidakadilan yang ditimpakan ke atas Anwar Ibrahim. Jawab Badawi, "Saya rasa adalah tidak adil bagi mereka membuat kenyataan sedemikian". Badawi menambah lagi, " perbicaraan Anwar dilaporkan dalam akhbar dan TV, maka semuanya berjalan dengan telus dan adil".

Nah! Itu dia tembelang "Mr. Clean" sudah pecah. Kenyataan Badawi itu tidak ubah seperti ianya datang dari mulut Mahathir Kutty sendiri. Penuh dengan putar belit dan ibarat seorang manusia ynag sudah ditutup hatinya untuk menerima kebenaran. Apa yang dihujahkan oleh ahli UMNO ialah kenapa Anwar yang belum didapati bersalah dipukul dan dipenjarakan. Keadilan jenis apakah ini
bila tertuduh dihukum oleh Mahathir Kutty sebelum hukuman dijatuhkan oleh pihak mahkamah. Susah sangat ke nak faham atau sememangnya Badawi telah dibahlolkan oleh Mahathit Kutty.

Nampak gayanya Mahathir Kutty tidak perlu mengambil masa ynag lama untuk menukar seorang pengampu seperti Badawi kepada satu boneka atau replika. Mungkin inilah ciri-ciri yang dilihat terdapat dalam diri Badawi yang menyebabkan dia terpilih sebagai TPM baru.

Bila ditanya tentang keadilan, Badawi menjelaskan bahawa seseorang yang bersalah perlu dihukum dan yang tidak bersalah dibebaskan. Sekali lagi kita ingin mengajukan persoalan kenapa perogol budak sekolah, Rahim Tamby Chik dan bekas ketua lanun penyangak, Rahim Noor tidak dihadapkan kemuka pengadilan atas kesalahan mereka? Apakah sistem keadilan negara ini hanya diterima-pakai jika ia melibatkan musuh politil Mahathir Kutty? Sebagai seorang pemimpin yang "kununnya" mesra rakyat, tolonglah jawab pertanyaan ini. Kalau tak boleh jawab, jangan cakap banyak…cukuplah dengan aktiviti mengampu dan membodek lain
untuk memenangi hati pemimpin agong UMNO bernama Kutty itu.

Tak cukup dengan momokannya tentang "keadilan", Boneka Mahathir turut mempersoalkan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa Anwar tidak akan dibicarakan dengan adil. Memang Anwar mendapat khidmat dari pegum terbaik tanpa  sekatan, tetapi patutkah beliau didakwa atas tuduhan liwat dan zina yang diasaskan kepada surat layang seorang perempuan sundal yang terencat akal yang telah dibuang keluarga sendiri? Hakikat bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan adalah palsu dibuktikan dengan nyata bila pendakwaraya terpaksa menukar tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas Anwar tanpa melibatkan tuduhan
liwat dan zina. Adilkah bila sesorang yang telah diaibkan dengan sebegitu hina tidak diberi peluang membersihkan  namanya akibat pindaan tuduhan di saat akhir? Sebagai seorang manusia yang diberikan didikan agama yang cukup, Badawi tentunya tahu menilai yang benar dari yang bathil melainkan jika minda dan hatinya ditutup oleh Allah dari menerima yang hak dan benar. Jika inilah
keadaannya, kita!  merasa kesal kerana Badawi telah memalitkan najis dan lumpur ke atas reputasi dan nama baik keturunan Badawi yang terkenal alimnya sekadar untuk menagih kepercayaan seorang Kutty yang sudah nyata menghina Rasulullah dan ulamak.

Menegnai penyiasatan kecedaraan terhadap Anwar ibrahim, Badawi Boneka memberi jaminan orang yang bersalah akan dihukum. Tanpa perlu berhujah lebih jauh tentang penubuhan Suruhanjaya Di Raja, kita ingin mencabar Badawi Boneka  mengumumkan hasil siasatan polis bernama Mat Zain termasuk laporan doktor kepada seluruh rakyat. Tindakan ini perlu dilakukan bagi membuktikan ketelusan dan ketulusan Badawi dalam menangani isu kezaliman dan keganasan polis di bawah kepimpinan Ketua Lanun, Rahim Noor. Jika Badawi gagal, ini akan hanya mengesahkan tanggapan ramai tentang usaha untuk melindungi sesetengah individu dari tindakan undang-undang. Jika Badawi menganggap dirinya sebagai anak jantan, dedahkan laporan siasatan dengan segera! Siasat juga insiden keganasan yang menimpa tahanan polis yang terdiri daripada penyokong reformasi.

Penelitian terhadap kenyataan-kenyataan Badawi membuktikan bahawa persepsi positif tentang keikhlasannya untuk mendengar pendapat dan keluhan rakyat hanyalah igauan buruk dan impian yang meleset. Badawi sebenarnya tidak lebih  dari seorang budak suruhan atau balachi Mahathir Kutty yang setia membabi-buta. Jika kecenderungan dan tabiat ini berterusan, Badawi dijangka akan muncul sebagai boneka paling hina di mata masyarakat yang hanya mampu menjalankan segala perintah dan arahan Mahathir Kutty. Masa depan generasi kita yang akan datang nampaknya semakin gelap dan berjerebu. Bersedialah untuk menempuh kehidupan yang semakin terhimpit dan tertekan akibat budaya taat setia kepada Agong baru, Mahathir Kutty. Selamat Tinggal kebenaran, keadilan dan kebebasan!

Rejim Mahathir-Badawi sudah bermula…… ~C.I.A REFORMASI

Artikel ditulis oleh reformis yang menggelarkan diri beliau "Anonymous Howe"