Make your own free website on Tripod.com
Posted Monday, October 12, 1998

NOTIS KEPADA INSTITUSI TUANKU RAJA-RAJA, PEMBESAR-PEMBESAR DAN RAKYAT MALAYSIA

Warkah daripada rakyat kepada Institusi Tuanku aja-Raja telahpun dihantar. Begitu juga salinan-salinan kepada pembesar-pembesar dan pihak-pihak penguasa pusat dan negeri seperti yang dilampirkan. Walaubagaimanapun, warkah ini mungkin tidak diterima atau tidak mendapat perhatian seperti yang diharapkan.

Dengan Notis ini, adalah diberitahu, bahawa warkah yang membawa ketetapan dan resolusi rakyat tersebut dengan rasminya dibukakan diruang Web Site-Web site untuk pengetahuan rakyat jelata dan juga bagi keluarga-keluarga diraja dan keluarga-keluarga pembesar-pembesar untuk menyampaikan kandungannya sekiranya belum diterima oleh Yang Mulia Tuanku-tuanku serta Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berbahagia serta Yang Berusaha.

Ampun Tuanku, maka rakyat jelata dengan ini menerima secara rasminya kandungan dan ketetapan serta resolusi seperti terlampir dan rakyat dengan ini menunggu secara rasmi campurtangan dan arahan-arahan dari Tuanku Raja-Raja bagi menyelesaikan pemasalahan Rakyat dan Negara. "Negara Kita, Tanggungjawab Kita".

DAULAT TUANKU !

NOTIS KEPADA INSTITUSI TUANKU RAJA-RAJA, PEMBESAR-PEMBESAR DAN RAKYAT MALAYSIA

-WARKAH KEPADA DULI-DULI TUANKU RAJA-RAJA MELAYU
Nota:

Rakyat diminta membawa salinan ketetapan dan resolusi rakyat di mana-mana juga sama ada di perhimpunan-perhimpunan rakyat yang dianjurkan bagi menunjukkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada Majlis Institusi Tuanku Raja-Raja dan sokongan kepada Dato' Sri Anwar Ibrahim yang telah dizalimi, dihina keji serta dikasari oleh pegawai- pegawai kanan polis yang bacul lagi dayus !!
 
WARKAH KEPADA DULI-DULI TUANKU RAJA-RAJA MELAYU

5hb Oktober, 1998

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA,
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja'afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman

SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj

RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

SULTAN KEDAH DARUL AMAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billah Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al'Mu'Adzam Shah

AL-SULTAN KELANTAN DARUL NAIM
Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra

SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN
Duli Yang Maha Mulia Sultan Tuanku Mirzan ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

SULTAN JOHOR DARUL TA'ZIM
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail

PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

PEMANGKU YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Duli Yang Maha Mulia Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja'afar

Kebawah Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik-patik harap diampun.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
 

PERKARA : KEFASIKAN DAN KEZALIMAN PEMERINTAH DI BAWAH   KEPIMPINAN DATO' SRI DR. MAHATHIR, PERDANA    MENTERI MALAYSIA

Patik-patik merafak sembah memohon Tuanku Raja-Raja mencemar Duli membaca warkah perutusan rintihan rakyat terutama rakyat Tuanku yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Harapkan pemerintah yang dipimpin oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad yang dilantik oleh rakyat sebagai Perdana Menteri, rupa-rupanya dia sendiri mengapalai kefasikan pada mulanya secara rahsia dan sekarang ini secara terang-terangan.

Ampun Tuanku,

Tanpa perlu membuka wadah tentang jenis kefasikan yang telah dilakukan tetapi cukuplah dengan mengemukakan jenis pemerintahan yang kini secara terang memusuhi Allah dan awliya’ Allah dengan menghina-hina ‘aqidah, memperkecil-kecilkan syariat, menghina dan mengkeji saudara Islam, memfitnah pemimpin rakyat dan menakut-nakutkan para Ulama’ Mu’tabar dan Mufti-Mufti Tuanku agar tidak melakukan tajdid and fatwa-fatwa yang sepatutnya ke atas kekufuran mereka.

Patik-patik menyembah Duli memohon ampun sekiranya pembukaan mukadimah surat ini kasar dan terlalu kuat tetapi memandangkan kesemua pintu telah tertutup dan segala jalan untuk menyelesaikan masalah yang ada telah terputus, maka patik-patik merafak sembah kepada Tuanku-Tuanku untuk menolong rakyat Tuanku kerana yang tinggal hanyalah pendapat umum Muslimin yang Insaf yang tidak akan menyerah kalah dan terjatuh di dalam perjuangan menegakkan ‘aqidah dan risalah Allah serta syariat Rasulullah s.a.w.

Perbuatan dan alasan-alasan pemerintah sekarang mencerminkan kemunafikan yang jelas dan ini adalah lebih besar bahayanya dari kafir yang nyata kerana keujudan mereka dan kekekalan mereka sekiranya berterusan akan merugikan bangsa dan agama dan ia akan terus meresap masuk ke dalam akal dan jasad rakyat-rakyat Tuanku seperti meresapnya racun yang tidak nampak dan seterusnya dikuathiri, keseluruhan Institusi Keagamaan yang diketuai oleh Tuanku akan rosak binasa seperti yang berlaku di dalam Institusi Kehakiman yang didalam cengkaman mereka.

Ampun Tuanku,

Hinalah patik-patik sekiranya patik-patik gagal untuk menentang mereka secara lidah dan musyuarah dan demi Allah dan Rasul, patik-patik sanggup mendokong fardhu muakat untuk memerangi mereka dengan mengangkat senjata sehingga terdedah permainan dan rahsia mereka sekiranya tiada jalan lain untuk mengelakkan pertumpahan darah demi agama dan kedaulatan bangsa dan negara.

Patik-patik berharap dan berdoa agar semua ini dapat dielakkan dengan campurtanganTuanku Raja-Raja untuk menyedarkan keseluruhan pemimpin di dalam politik dan kerajaan tentang permasalahan yang amat besar ini di mana rakyat mahukan pembaharuan.

Ampun Tuanku,

Patik-patik bersama ini menyembahkan kepada Tuanku Raja-Raja dan melampirkan ketetapan dan resolusi rakyat berhubung dengan pembaharuan yang diingini. Rakyat jelata mengharapkan keperihatinan Tuanku Raja-Raja agar mencemar duli untuk menyampaikan ketetapan dan resolusi rakyat kepada Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad.

Daulat Tuanku !

Dengan berbekalkan iman dihati bangsa Tuanku serta taat kepada perjuangan yang bakal didokongi oleh Tuanku Raja-Raja dan dengan pertolongan Allah s.w.t. tetap akan menjamin keselamatan Tuanku dan Institusi Raja-Raja dan mendaulatkan kembali Institusi Raja-Raja yang telah hilang dimamah oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir dengan secara halus dan patik-patik memohon ampun tentang kesilapan patik-patik yang tidak menyedari konspirasi ini terlebih awal atau di masa itu.

Ampun Tuanku,

Wabillahi Taufik Walhidayah Assalammualaikum Warahmarullahi Wabarakatuh

Daulat Tuanku !
 
PATIK-PATIK DARI GOLONGAN MUSLIMIN YANG INSAF DAN RAKYAT JELATA
 
Lampiran : Warkah Perutusan Rakyat

 
KETETAPAN DAN RESOLUSI RAKYAT

AMPUN TUANKU,

Patik-patik dengan ini menyembah kebawah Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja agar Majlis Tuanku Raja-Raja mencemar Duli untuk mendokong dan membawa ketetapan dan resolusi rakyat kepada pemerintah dengan secara segera. Ampun Tuanku !

Ketetapan dan resolusi tegas dari rakyat Tuanku adalah seperti berikut:-

1. Dato' Sri Dr. Mahathir diminta menunjukkan keberanian dan keikhlasan dengan membubarkan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan serta merta dan mengistiharkan pilihanraya umum bagi membenarkan proses demokrasi dibawah pengawasan suruhanjaya Pilihanraya dan Angkatan Tentera Di Raja Malaysia agar rakyat dapat membuat pilihan samada memilih kepimpinan Dato' Sri Dr. Mahathir atau sebaliknya.

2. Kepercayaan rakyat kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang Negara telah hilang. Rakyat menggesa penghakimaan ke atas Dato' sri Anwar Ibrahim dihentikan serta merta dan membebaskan beliau daripada tahanan polis dengan tanpa syarat. Hanya rakyat sahaja yang mampu dan matang menghakimi beliau samada memilih atau menolak kepimpinan Dato' sri Anwar didalam pilihanraya.

3. Memansuhkan dan menghapuskan undang-undang serta Akta-akta yang tidak adil serta zalim termasuk Akta yang membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara termasuk Akta Dalam Negeri (ISA).

4. Menghentikan serta merta segala pengunaan Wang Simpanan Rakyat melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Persatuan Keselamatan Sosial (PERKESO), Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera serta Wang Rizab Bank Negara sehingga pemilihan calon pilihanraya selesai dijalankan.

5. Meminta ehsan Majlis Raja-Raja mendesak agar Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kezaliman Polis terhadap Dato' Sri Anwar Ibrahim dan beberapa orang tahanan yang ditangkap kerana menyertai perhimpunan secara damai untuk menyatakan sokongan kepada Dato' Sri Anwar dan dakwaan bahawa polis telah mencabuli masjid-masjid dengan mengeledah dan memasukinya dengan memakai kasut dan tidak beradab.

…Salinan kepada:

1. TUAN-TUAN YANG TERUTAMA

YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin

YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi (Dr) Hj. Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammed Noor

YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri (Dr) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir

YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai

2. AHLI-AHLI JEMAAH MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI

PERDANA MENTERI: Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:  1) Y.B. Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha
                 2) Y .B. Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman
                 3).Y.B. Senator Datuk Chon Kah Kiat
TIMBALAN:  1) Y.B. Dato' Dr. Ibrahim bin Saad
                   2) Y.B. Dato' Mohamed Nazri bin Tan Sri Dato' Abd. Aziz

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

TIMBALAN:  1) Y.B. Dato' Mohamad Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali
                   2) Y.B. Dato' Ong Ka Ting

KEMENTERIAN KEWANGAN:

MENTERI 2:  Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed
TIMBALAN:  1. Y.B. Dato' Wong See Wah
                   2. Y.B. Dato' Affifuddin bin Haji Omar

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

MENTERI: Y.B. Datuk Seri Dr. Ling Liong Seek @ Ling Liong Sik
TIMBALAN: Y.B. Datuk Wira Mohd. Ali bin rustam

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

MENTERI: Y.B. Dato' seri S. Samy Vellu
TIMBALAN: Y.B. Datuk Railey bin Haji Jaffrey

KEMENTERIAN PERUSAHAAN UTAMA:

MENTERI: Y.B. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

MENTERI: Y.B. Dato' Seri Rafidah Aziz
TIMBALAN: Y.B. Dato' Ker (Kerk) Kim tim @ Kerk Choo Ting

KEMENTERIAN PERTANIAN:

MENTERI: Y.B. Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud
TIMBALAN: Y.B. Tengku Dato' Mahmud bin Mansur

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

MENTERI: Y.B. Datuk Seri Megat Junid bin Megat Ayob
TIMBALAN: Y.B. Dato' S. Subramaniam

 KEMENTERIAN PENDIDIKAN:

MENTERI: Y.B. Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
TIMBALAN:  1) Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
                   2) Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid bin Yunus

KEMENTERIAN PENERANGAN:

MENTERI: Y.B. Dato' Mohamed bin Rahmat
TIMBALAN: Y.B. Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN PELANCONGAN:

MENTERI: Y.B. Dato' Sabbaruddin Chik
TIMBALAN: Y.B. Dato' Teng Gaik Kwan

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

MENTERI: Y.B. Dato' Lim Ah Lek
TIMBALAN: Y.B. Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR:

MENTERI: Y.B. Datuk Law Hieng Ding
TIMBALAN: Y.B. Dato' Abu Bakar bin Daud

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KEREJAAN TEMPATAN:

MENTERI: Y.B. Dato' Ting Chew Peh
TIMBALAN:  1) Y.B. Dato' Haji Azmi bin Khalid
                   2) Y.B. Encik Peter Chin Fah Kui

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

MENTERI: Y.B. Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
TIMBALAN: Y.B. Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR:

MENTERI: Y.B. Dato' Haji Annuar bin Haji Musa
TIMBALAN: Y.B. Dato' K. Kumaran

KEMENTERIAN LUAR NEGERI:

MENTERI: Y.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
TIMBALAN: Y.B. Dr. Leo Francis Michael @ Leo Michael Toyad

KEMENTERIAN TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI:

MENTERI: Y.B. Datuk Osu bin Haji Sukam
TIMBALAN: Y.B. Dr. Goh Cheng Teik

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

MENTERI: Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
TIMBALAN: Y.B. Dato' Loke Yuen Yow

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT:

MENTERI: Y.B. Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail
TIMBALAN: Y.B. Datuk Peter Tinggom anak Kamarau

KEMENTERIAN KESIHATAN:

MENTERI: Y.B. Dato' Chua Jui Meng
TIMBALAN: Y.B. Dato' Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN:

TIMBALAN: Y.B. Haji Idris bin Jusoh

3. MENTERI BESAR - MENTERI BESAR NEGERI-NEGERI

MENTERI BESAR PERLIS : Y.A.B. Dato' Seri Shahidan Kassim

MENTERI BESAR KEDAH : Y.A.B. Tan Sri Datuk Seri Sanusi bin Junid

MENTERI BESAR PULAU PINANG : Y.A.B. Datuk Dr. Koh Soo Koon

MENTERI BESAR PERAK : Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Ramli Ngah Talib

MENTERI BESAR SELANGOR : Y.A.B. Dato' (Dr.) Haji Abu Hassan bin Hj. Omar

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN : Y.A.B. Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abdul Samad

MENTERI BESAR JOHOR : Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani Othman

MENTERI BESAR PAHANG : Y.A.B. Dato' Sri Haji Mohd. Khalil bin Yaakob

MENTERI BESAR TERENGGANU : Y.A.B. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad

MENTERI BESAR KELANTAN : Y.A.B. Dato' Haji Nik Aziz

MENTERI BESAR SARAWAK : Y.A.B. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud

MENTERI BESAR SABAH : Y.A.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard G. Dompok

4. WAKIL PEMUDA UMNO MALAYSIA

PEMANGKU KETUA PEMUDA : Y.B. Dato’ Hishammuddin Tun Hussein

5. KETUA-KETUA PENGARAH UNIT / JABATAN DAN PEGAWAI- PEGAWAI ATASAN

PERKHIDMATAN KERAJAAN PUSAT DAN KEMENTERIAN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA : Y.Bhg. Tan Sri Abdul Halim Bin Ali

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA : Yg. Bhg Jen. Tan Sri Dato' Seri Ismail Haji Omar

PANGLIMA TENTERA DARAT : Yg. Bhg. Jen. Dato' Seri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin

PANGLIMA TENTERA LAUT : Yg. Bhg. Laksdya Dato' Seri Ahmad Ramli Mohd Nor

PANGLIMA TENTERA UDARA : Yg. Bhg. Lt. Jen. Dato' Ahmad Saroji bin Che Rus

KETUA POLIS NEGARA : Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor

TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA : Yg. Bhg. Tan Sri Norian Mai

PENGARAH CAWANGAN KHAS : Yg. Bhg. Datuk Yaacub Amin

PEGUAM NEGARA : Yg. Bhg. Tan Sri Dato' Mokhtar bin Abdullah

KETUA PENGARAH INSTITUT

KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA : Dato' Dr. Ismail bin Haji Ibrahim