Make your own free website on Tripod.com
PRM ALU-ALUKAN ADIL

PRM mengalu-alukan penubuhan ADIL. Kami gembira melihat bahawa ada banyak persamaan di antara pendirian ADIL, sebagaimana yang diumumkan, dengan dasar serta rancangan yang sudah lama menjadi pegangan kami tentang demokrasi, keadilan dan reformasi secara umum. Kami berharap akan dapat menjalin hubungan yang rapat dengan ADIL.

PRM berharap dan yakin juga bahawa ADIL bukan saja akan menjadi pusat tumpuan penyokong-penyokong Anwar, akan tetapi lebih penting lagi boleh menarik individu dan golongan semua kaum dari berbagai-bagai parti, NGO
dan pertubuhan-pertubuhan lain. Adalah mustahak bagi ADIL berkembang menjadi sebuah gerakan rakyat untuk semua yang mahukan perubahan  sistem serta institusi yang progresif dalam masyarakat dan negara.

Kita tidak ragu bahawa ADIL akan boleh bekerjasama rapat dengan dua gabungan yang wujud sekarang, iaitu GERAK dan GAGASAN, bahkan juga dengan sebahagian individu dan golongan dalam gabungan pemerintah. Benar memang wujud perbezaan, akan tetapi persamaannya banyak berhubung issu-issu yang berkaitan dengan penghidupan kita. Segala persamaan inilah yang perlu ditegas dan diperkuatkan sekiranya kita mahu berkesan dalam usaha kita untuk membawa perubahan tulen yang perlu serta baik untuk kebanyakan rakyat.
 

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
11 Disember 1998