Make your own free website on Tripod.com
MENGAPA HARGA PETROL MASIH TINGGI??

Seperti yang diketahui seluruh dunia, harga petroleum mentah pada masa ini berada pada tahap yang paling rendah, tetapi mengapa harga petrol kita masih berada ditahap harga yang yang tidak sejajar dengan harga crude. Pada satu ketika dahulu, harga petrol berubah-ubah dari masa ke masa, mengikut tinggi rendah harga crude. Penetapan harga diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, dan dikuatkuasakan pada setiap awal bulan. Apakah Rafidah sudah lupa ritual ini, dan kalau tidak lupa, mengapa rakyat Malaysia sentiasa dipaksa menerima raw deal. Dengan kadar rendah crude oil, sememangnya pendapatan negara terjejas, bertimpal pula dengan kegawatan ekonomi, penggunaan bahan-bahan petroleum juga berkemungkinan merosot, mengakibatkan Petronas tidak mencapai keuntungan yang amat besar. Tetapi apa jadi pada kelebihan yang didapati daripada harga jualan yang sentiasa tinggi? Kemana pergi duitnya.

Bagi Petronas, mungkin kita merasa sebahagian kecilnya, setelah sebahagian besarnya digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni Mahathir, termasuk pembelian perabot Menara Petronas (KLCC) yang dilaporkan dibayar dengan harga lebih sekali ganda daripada harga pasaran. Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat yang bukan milik negara. Siapa yang mendapat lebihan daripada harga ini. Saya percaya perbezaan harga yang tidak dimunafaatkan kepada rakyat ini cukup untuk membiayai pembinaan lebuh-lebuhraya yang kini dikenakan tol. Kalau wang tersebut tidak diberikan kepada rakyat secara direct dengan menurunkan harga petrol, ia sewajarnya disalurkan untuk membiayai lebuhraya lebuhraya. Pada masa ini rakyat tidak maklum siapakah yang mendapat munaffat daripadanya. Tunjukkanlah ketelusanmu, wahai Rafidah.

0leh: Chong Li