Make your own free website on Tripod.com
KELUHAN PEKERJA DAN MASALAH PERWAJA

Kami mewakili MPB Perwaja Gurun dan MPB Perwaja Steel Kemaman tahun 1997/98/99 dengan ini,bersetuju tidak puas hati diatas tindakan Syarikat Maju yang sanggup mengkhianati pekerja dan Perwaja.Dulu kami sanjung dan mengalu-alukan kedatangannya,namun akhirnya membawa padah kepada pekerja dan Perwaja.

7hb.January,1999 adalah satu sejarah bagi kami MPB Gurun kerana kami dengan beraninya menyiarkan berita Perwaja di UTUSAN MALAYSIA  kerana kami telah hilang kepercayaan pada Syarikat Maju yang sanggup memutar belit dan menipu pekerja Perwaja.Kami telah membuat demostrasi terbuka di Gurun seramai 200 orang kerana kami inginkan Keadilan.Nak tahu apa dah jadi di Perwaja Gurun ? Yang terlibat akan dibuang kerja.Perwaja Gurun telah ditutup selama 2 bulan.

Untuk pengetahuan tuan,beliau sanggup berdusta,menipu pekerja Perwaja dengan memotong gaji 10% & Elaun 50% dari pekerja tanpa meminta persetujuan kami. Kami dah 2 tahun  menderita tiada kenaikan gaji tahunan dengan alasan Kegawatan Ekonomi.Yang pelitnya syarikat lain tiada masalah !!! dapat bonus pulak tu....satu,dua dan tiga bulan gaji..alangkah gembiranya mereka-mereka itu.

Kami tak sanggup lagi teraniaya, tertekan.Yang menyedihkan potongan itu tidak dimasukkan kedalam Slip Gaji.Dah lah begitu Basic gaji kami diturunkan. Fuh...Dahsyat.Beginikah sikap peneraju yang bertopengkan islam semata-mata kerana wang ringgit?

Tahun ini, kami MPB Perwaja Gurun dan Kemaman meminta pihak Sykt. Maju menghadiahkan RM400 sebagai saguhati kepada pekerja Perwaja sebagaimana  Staff Kerajan dapat sempena menyambut hari raya.Nak tahu apa dia kata ? Kita tak ada duit..Pihak Syarikat hanya mampu memberi RM200 sahaja.Dahlah tu berbentuk Baucer Koperasi pulak..sedih....sedih.. Tahun nie agAknya tak berayalah kita!!!!

Kami pekerja Perwaja bukannya bodoh,kami tahu malaysia mengalami kegawatan ekonomi. Yang mencurigakan kami ialah kemanakah duit yang telah dipotong dari pekerja disalurkan dan tidak dinyatakan berapa jumlahnya kepada pekerja.yang peliknya duit yang dipotong itu tidak dinyatakan dalam Slip gaji.Disini terang-terang penipuan telah berlaku.Kami mencabar Pegawai  BPR sila ambil tindakan segera!!!!

Untuk Pengetahuan semua,terdapat banyak penyelewangan yang berlaku di
Perwaja diantaranya ialah :-

Kami merayu dan meminta simpati kepada semua yang telah membaca E-Mail ini agar mengambil tindakan susulan dengan seberapa segera.....dan pihak berkuasa kerjasama anda amat kami perlukan…

Kerjasama dan jasabaik tuan amat kami hargai dan kami dahului setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih......

Yang Benar,
KELUHAN WAKIL MPB
PERWAJA STEEL GURUN DAN KEMAMAN.