SIRI MENGENALI SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

BAGAIMANA TUN SALLEH ABAS DIPECAT ?

Tun Salleh Abas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada jawatannya kerana didakwa "salah laku". Tarikh 8 Ogos 1988, Tun Salleh dipecat menerusi perbicaraan sebuah Tribunal 6 orang yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung (Nota: selalunya jumlah hakim ialah ganjil: 3, 5 ,7 ,9 dll. Tapi kes ini special, lain dari yang lain). Dalam sejarah dunia moden, itulah satu-satu kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tidak pernah berlaku sebelumnya. Ada juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England. Tapi itu dulu, zaman feudal. Zaman itu raja berkuasa mutlak. Tapi dalam kes Tun Salleh lain kerana zaman ini zaman moden. Kata orang zaman demokrasi, zaman kuasa rakyat mengatasi kuasa golongan pemimpin. Kata Mahathir di tengah-tengah krisis perlembagaan 1983, suara rakyat suara keramat!! Itu kata Mahathir, kita kena dengar.

Ada penambahan fakta di sini. Tun Salleh tidak keseorangan dipecat. Dua lagi Hakim Mahkamah Agung dipecat oleh sebuah Tribunal yang lain, iaitu Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah. Kesalahan mereka hampir sama. Agenda pemecatan pun tidak banyak berbeda. Orang yang terlibat menjadi dalang serupa …

Mari kita kaji kenapa ketiga-tiga Hakim itu dipecat? Siapa yang memecat mereka? Bagaimana mereka dipecat? Siapa dalang di sebaliknya? Jawatan Hakim bukan sebarangan. Ia dilantik oleh Yang Dipertuan Agung. Dari segi tugas, seseorang Hakim tidak bertanggungjawab kepada Menteri atau Perdana Menteri. Institusi Kehakiman ialah sebuah badan bebas dan merupakan institusi penting dalam kerajaan moden untuk memastikan keadilan wujud dalam sesebuah masyarakat. KEADILAN, ha … itu terasnya. Di samping institusi Kehakiman, negara moden juga mempunyai institusi Legislatif dan Eksekutif.

Kenapa Tun Salleh dipecat? Beliau dipecat kerana Mahathir murka dengan penghakiman yang dilakukan oleh beberapa orang Hakim kanan dalam beberapa kes mahkamah yang melibatkan UMNO dan Kerajaan. Dalam kes-kes itu, beberapa pihak tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh UMNO dan Kerajaan lalu dibawa ke mahkamah untuk pengadilan. KEADILAN! Sebahagian daripada keputusan penghakiman tersebut tidak memihak kepada UMNO dan Kerajaan.

Mari kita lihat beberapa contoh. Kes pertama ialah kes Berthelsen vs. Ketua Pengarah Imigresen. Berthelsen ialah warga Amerika yang berkerja dengan akhbar Asian Wall Street Journal berpejabat di Kuala Lumpur. Dia diberi permit kerja selama 2 tahun yang berakhir pada 2 November 1986. Tetapi permit itu dibatalkan pada 26 September oleh pihak Imigresen menggunakan peruntukan Peraturan Imigresen 1963. Bertherlsen didakwa bersalah kerana menyiarkan laporan dan berita tentang Malaysia yang kurang menyenangkan Mahathir.

Bila kes ini dirujuk ke Mahkamah oleh Bertherlsen, Hakim Tan Sri Abdoolcader telah memutuskan bahawa tindakan pihak Imigresen tidak sah dan Berthelsen boleh tinggal di Malaysia sehingga permitnya tamat. Kes ini memurkakan Mahathir. Beliau telah dilaporkan membuat kenyataan berang yang tegas di Parlimen. Mahathir mendakwa bahawa pihak badan Kehakiman telah membatalkan keputusan badan Eksekutif, iaitu Menteri Dalam Negeri. Tak habis di situ. Mahathir turut menghentam Mahkamah. Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menentang keputusan Mahkamah dan kenyataan itu tersiar dalam majalah Time (24 November 1986). Menggunakan kenyataan tersebut, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mendakwa Mahathir di mahkamah atas kesalahan menghina keputusan Mahkamah. Tetapi dalam perbicaraan, Hakim Datuk Harun Hashim telah menolak permohonan Lim Kit Siang itu. Selamat Mahathir. Kalau tidak masuk penjara … Patut Mahathir bersyukur. Tapi Mahathir tak diam. Simpan dendam.

Kes kedua ialah kes pengharaman UMNO bila 11 ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan kepada Mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya Mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang dimenangi oleh Team A. Ingat tak Mahathir menang hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh. Itupun dengar cerita ada penipuan peti undi. Tapi tak apalah bukan di sini kita nak cerita bab itu. Nanti kemudian. Dengan menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu pemilihan parti 1987 diisytiharkan batal dan tidak sah. Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu. Tapi Mahathir cepat bertindak tubuhkan UMNO (Baru). Team B pun cuba buah rayuan ke mahkamah. Ketika itulah Mahathir semakin ketakutan lalu menganas terhadap badan Kehakiman dengan memecat Tun Salleh. Tujuannya sebagai warning kepada Hakim-Hakim. Jangan pandai-pandai. Jangan buat sesuatu yang merugikan UMNO atau Kerajaan. Sebenarnya Mahathir takut Mahkamah akan membenarkan UMNO lama dikekalkan sedangkan UMNO (Baru) dah didaftarkan. Nanti ada dua UMNO pula!!!

Ada lagi beberapa kes yang tidak memihak kepada UMNO atau Kerajaan seperti kes UEM yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang, kes Aliran, kes Papan, dan kes Karpal Singh yang dibebaskan oleh Mahkamah daripada tahanan ISA. Kesemua kes dan insiden ini membuatkan Mahathir murka terhadap perjalanan Mahkamah dan proses penghakiman. Mahathir mahu supaya badan Kehakiman tunduk dan patuh kepada badan Eksekutif. Kepada Mahathir, pendek cerita. Mahathir dilaporkan berkata: "since anyone can sue the government, the government can no longer decide on anything with certainty. Thus the government is no longer the executive. Other have taken over that function" (Far Eastern Economic Review : 14 January 1987). Jika kita kaji kenyataan ini, sebenarnya Mahathir memberi signal bahawa beliau akan lawan badan Kehakiman habis-habisan.

Tapi Tun Salleh dan majoriti Hakim di segenap peringkat mempertahankan hak supaya Institusi Kehakiman tidak dibayangi oleh mana-mana pihak luar. KEADILAN mesti ditegakkan tak mengira siapa yang terlibat. Kemuncak pada episod tersebut ialah apabila 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi (termasuk Tan Sri Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Malaya) telah bermesyuarat pada 25 Mac 1988 di Kuala Lumpur untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif (terutamanya Mahathir). Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif. Surat keramat itu bertarikh 26 Mac 1988 (Jumaat)

Surat itu dijadikan alasan oleh Mahathir bahawa Tun Salleh telah "salah laku" sehingga konon-kononnya menyebabkan Yang Dipertuan Agung murka!! Menurut laporan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, pada 1 Mei – satu tarikh "misteri" yang menjadi tanda tanya kerana sepatutnya hari Ahad dan cuti Hari Buruh – selepas Mesyuarat Kabinet diadakan pada sebelah pagi maka Mahathir mengadap Yang Dipertuan Agung. Baginda bersetuju "untuk mengambil tindakan yang sepatutnya" terhadap Tun Salleh. Pada 25 Mei 1988, Mahathir menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang Dipertuan Agung bersetuju.

Pada 27 Mei 1988 Tun Salleh dipanggil "mengadap" Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Ghaffar Baba dan KSN Tan Sri Sallehuddin Mohammed hadir juga. Tapi hanya Mahathir yang bercakap memberitahu Tun Salleh bahawa Yang Dipertuan Agung murka dan telah bersetuju supaya Tun Salleh dibersarakan daripada jawatannya. Jika tidak, Tun Salleh akan dibicarakan menerusi sebuah Tribunal atas kesalahan "salah laku". Tun Salleh berkata dia tidak bersalah apa-apa dan sedia untuk dibicarakan. Ketika diugut lagi oleh Mahathir, Tun Salleh menjawab: "I will not resign because if I do I cannot show my face to anyone and I may as well die". Pada hari itu juga Tun Salleh menerima surat dari Mahathir yang dia digantung dari jawatannya berkuatkuasa 26 Mei 1988, iaitu hari sebelumnya. Mahathir Maha Kuasa!

Cerita ini makin suspen. Tapi ini betul telah berlaku, bukan fiksyen. Pada 28 Mei 1988 (Sabtu), Peguam Negara Tan Sri Abu Talib menemui Tun Salleh di pejabat Tun Salleh kira-kira jam 9.30 pagi. Tan Sri Abu Talib pernah berkerja di bawah Tun Salleh di Pejabat Peguam Negara pada tahun 1970-an. Tan Sri Abu Talib berkata Mahathir sebenarnya tak mahu memecat Tun Salleh. Kes di Tribunal akan memalukan Tun Salleh. Institusi Kehakiman pun aib nanti. Oleh itu kalau Tun Salleh bersedia untuk bersara lebih baik. Nanti Mahathir akan tolong usahakan jawatan penting di Arab Saudi iaitu di International Islamic Development Bank, Jeddah. Akibat yakin dengan "ketulusan" Tan Sri Abu Talib maka Tun Salleh pun menulis surat untuk bersara kepada Perdana Menteri. Penulisan surat itu turut dibantu oleh Tan Sri Abu Talib berbunyi:

"Untuk mengelakkan daripada embarrasment all round saya telah memikirkan semula bahawa adalah baik bagi kepentingan negara bahawa saya mengambil keputusan untuk bersara sebaik sahaja habis cuti yang saya patut ambil, iaitu 96 hari dan cuti akan bermula pada hari ini".

Surat itu hantar ke Pejabat PM oleh Tan Sri Talib sendiri. Ketika itu waktu menghampiri jam 1 tengahari. Pejabat Tun Salleh tak juah dari JPM. Pada jam 1 tengahari, Tun Salleh mendapat surat jawaban daripada Mahathir bahawa beliau menerima permohonan bersara awal Tun Salleh dan dibenarkan bercuti 96 hari!! Waw, tak sampai 30 minit dah dapat jawaban!!!!! Bagaimana ya dalam tempuh yang begitu singkat Mahathir telah dapat menjawab surat Tun Salleh. Pada malam itu Tun Salleh tidak dapat tidur memikirkan misteri surat Mahathir dan peranan Tan Sri Talib siang tadi. Apa ini satu pakatan? Tun Salleh bangun bersembahyang dan membaca Quran memohon petunjuk Ilahi.

Lagi suspen ni … Pada Ahad 29 Mei 1998, Tun Salleh menulis surat panjang kepada Mahathir memaklumkan beliau menarik balik surat persaraan awal pada 28 Mei dan bersedia untuk menghadapi Tribunal!! Petang itu jam 6 petang Tun Salleh membuat sidang akhbar mengumumkan keputusannya. Mahathir menjawab pada malam itu juga. Maka bermulalah Perang Sabil Mahathir-Salleh Abas!

Kalau kita baca buku-buku tentang krisis ini, banyak persoalan dan "ketidaktentuan" prosidur berlaku. Persoalan yang penting ialah: Siapa yang layak menganggotai Tribunal? Dari segi konvensional kehakiman, anggota Tribunal mestilah setaraf atau lebih tinggi daripada jawatan Hakim yang hendak dibicarakan. Tun Salleh Ketua Hakim. Maka ahli Tribunal mestilah di kalangan Ketua Hakim atau bekas Ketua Hakim. Kalau tidak ada di Malaysia, boleh dicari di negara Komanwel. Tetapi ahli Tribunal yang dilantik, ada hanya seorang sahaja yang setaraf itu pun baru dilantik menjadi Ketua Hakim Sri Lanka. Yang lain-lain semua junior dari segi kedudukan dalam badan Kehakiman. Pengerusi Tribunal ialah Tan Sri Hamid Omar, Pemangku Ketua Hakim. Beliau ada personal interest sebab jika Tun Salleh bersalah beliau dapat naik pangkat. Tan Sri hamid juga adalah salah seorang Hakim yang menghadiri mesyuarat pada 25 Mac 1988 kemudian bersetuju untuk Tun Salleh menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung. Apalah macam main-main pondok aja … Kes Tribunal ini tak ubah seperti guru membicarakan guru besar, atau Kolonel membicarakan Jenderal. Empat orang anggota Tribunal dari Malaysia itu semuanya berasal atau dilahirkan di Kedah. Tiga orang bersekolah di Kolej Sultan Abdul Halim (rakan sepersekolahan Mahathir)! Peleknya hanya dua orang saja yang masih menjadi Hakim. Dua lagi iaitu Tan Sri Mohamed Zahir ialah Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Abdul Aziz Zain ialah peguam! Aneh tetapi itulah realitinya. Peguam menjadi Hakim untuk bicarakan Ketua Hakim!!! Waw … Itu undang-undang Mahathir sebab Mahathir Maha Bijaksana. Poodah!

Dalam pertudahan yang disediakan oleh Peguam Negara pada Tribunal pada 30 Jun 1988, Tan Sri Talib menulis:

"The practice in this country is that the Prime Minister normally has audience with the King on Wednesday i.e. the Cabinet Day when he briefs the King on Cabinet matters if the Agong is in the country and if the Agong wants that audience. In this case the Prime Minister had an audience with the King on the Wednesday morning i.e. on 1/5/88 at the Istana Negara. The King then showed him the letter which he received from Tun Salleh."

Kalau kita semak kalender 1988, tarikh 1 Mei itu jatuhnya pada hari Ahad. 1 Mei juga ialah Hari Buruh iaitu cuti am. Pernahkah ada mesyuarat kabinet pada hari Ahad? Hari cuti am pun mesyuarat? Ini sudah tipu tarikh. Takkanlah tarikh pun Peguam Negara tak ingat. Penipuan yang sama berlaku kepada surat Mahathir kepada Tribunal yang berjudul "Report of the Tribunal Established Under Article 125(3) and (4) of the Federal Constitution, Re: YAA Tun Hj Mohamed Salleh Abas, Lord President, Malaysia, Kuala Lumpur, 29th June 1988". Antara kandungan surat itu ialah:

"With all respect, I refer to your Majesty’s Command that appropriate action be taken against YAA Tun Dato’ Haji Mohd. Salleh bin Abas on account of his letter to your Majesty and to Their Royal Highnesses the Malay Rulers which was shown to me when I was in audience with Your Majesty on 1st May 1988 at the Istana Negara."

Banyaklah lagilah penipuan, pemalsuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Mahathir, KSN, Peguam Negara dan pegawai kerajaan lain sebagaimana yang diperihalkan dalam buku-buku tentang isu ini dengan panjang lebarnya. Penulis tak ada banyak masa untuk cerita semua. Akhirat nanti kita boleh saksikan sekali lagi episod ini di hadapan Allah Yang Maha Adil ketika semua manusia di hadapakan di Mahkamah-Nya. Anda juga boleh membaca buku serta makalah tersebut (lihat senarai rujukan) yang terdapat di kedai-kedai buku dan perpustakaan. Kita baca dan kita saksikan bagaimana Mahathir memperbodoh dan memperkudakan instrumen Kerajaan. Beliau mengguna apa cara dan kaedah untuk terus berkuasa. KUASA. KUASA. KUASA. Siapa menentang akan dipecat, dibenam dan dimatikan. Mahathir Maha Kuasa Maha Bijaksana Maha Segalanya … Sebab itulah Menteri, Timbalan Menteri, pegawai Kerajaan termasuk Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kecut perut bila Mahathir beri arahan. Kalau tak buat apa yang disuruh naya mereka. Mampus dikerjakan nanti macam Anwar Ibrahim dan Tun Salleh. Sebenarnya ramai lagi yang jadi mangsa kezaliman Mahathir. Bacalah buku Datuk Dr. Rais Yatim. Datuk Rasi juga salah seorangmangsa Mahathir. Buku Datuk Rais itu yang paling autentik sebab merupakan tesis Ph.D. di Universiti London. Tak bias. Tak sentimental. Bukunya objektif sesuai dengan sifatnya sebagai tesis kedoktoran. Buku itu tentang bagaimana kuasa eksekutif bermarajalela di tangan Mahathir. Tesis itu hebat. Sebab itulah beliau mendaftar sebagai pelajar M.Phil. (sarjana) tetapi dianugerahkan Ph.D. Tentu hebat. Mari baca tuan-tuan dan puan-puan. Mari kita jadi Masyarakat membaca sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan oleh Mahathir. Masyarakat celek huruf, masyarakat rajin membaca dan sukakan IT dan Internet!!! Baca Internet mesti hari-hari. Jangan lupa … Banyak berita sensasi akan disiarkan. Tak macam RTM dan TV3 yang menyiarkan berita basi dan laporan anti reformasi!!

Dalam kes Tun Salleh ini kita dapat lihat bagaimana Mahathir menggunakan instrumen perundangan untuk memalu dan memecat Ketua Hakim Negara. Kalau tidak ada bukti, palsukan bukti. Kalau tidak ada data, reka data. Kalau tidak ada tarikh, tenguk kalender cari tarikh (malang tersilap pula pada 1 Mei 1988 Hari Rabu!! Tersilap tak apa. Apa yang rakyat boleh buat?). Itu Mahathir. Cekap, bersih, licik dalam soal tipu menipu. Nombor satu dalam soal duniawi. Sedarlah anda semua jika ini berterusan, Malaysia akan hancur lebur.

Sekarang Mahathir sedang cuba sekali lagi untuk memperbodohkan kita sekali lagi dalam usahanya menjatuhkan Anwar Ibrahim. Anwar terkenal warak dan berimej Islam. Tak pernah main perempuan, liwat lagilah jauh sekali. Ini fakta. Tenguk zaman mudanya di UM dan semasa dalam ABIM. Jumpa perempuan pun kecut. Tak macam … Opp STOP. Tapi itulah yang dilakukan oleh Mahathir. Cari wanita sundal kemudian upah. Syarat sebelum dapat duit – mengaku ada hubungan seks dengan Anwar. Cari lelaki kemudian dera sampai setengah mati. Kalau nak hidup, mengaku pernah berliwat dengan Anwar. Itulah Mahathir tuan-tuan. M-A-H-A-thir. (Silap nama. M-A-H-A itu menyebabkan dia jadi ego macam Firaun. Patutnya dulu Pak Cik Mohammad Iskandar namakan dia Tompel, Kenit, Rabu atau Jambul). Bacalah buku bagaimana beliau menjatuhkan Tun Salleh. Buku-buku ini ceritakan fakta sebenar. Ini bukan buku 50 Dalil yang tak ada autentisiti. Ini buku-buku ilmiah dan separa ilmiah yang ditulis menggunakan fakta dan bukti. Pengarangnya ternama dan mempunyai reputasi tinggi. Bukan penulis upahan.

Sampai ke hari ini Mahathir tak berani haramkan buku-buku tersebut. Bawalah ke Mahkamah kalau Mahathir berani! Dakwa penulis-penulis buku itu cuba nak fitnah dia. Itu fakta yang Mahathir sendiri terpaksa terima. Fakta itu tuan-tuan dan puan-puan ialah Mahathir penipu. Mahathir pembohong. Mahathir penfitnah. Mahathir durjana. Mahathir lebih dari Raja Bersiong. Mahathir lenbih kejam dari Marcos. Mahathir samseng politik seperti Idi Amin. Mahathir laknak dan hipokrit. Mahathir Perdana Menteri Sialan!!!!

Rujukan:

Tun Salleh Abas & K. Das: May Day For Justice, Magnus Book, Kuala Lumpur, 1990.

Hkoo Boo Teik: Paradoxes of Mahathirism, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.

H.P. Lee: Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.

Rais Yatim: Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy. Endowment, Kuala Lumpur, 1995.

Peter Alderidge Williams : Judicial Misconduct. Pelanduk, Kuala Lumpur, 1990.

Gordon P. Means ; Malaysian Politics – The Second Generation, Oxford University Press, 1991.