Make your own free website on Tripod.com
Parliamentary Debates (Draft)
Dewan Rakyat Special Meeting
29.9.98

[The Prime Minister intoduced the Securities Industry  (Central Depositories) (Amendment) Bill]

10.50 am

Tuan Lim Kit Siang [Tanjong]:  Tuan Yang di Pertua, yang pertama, saya rasa sangat kesal bahawa cadangan Yang Berhormat dari Jelutong bahawa perbahasan Rang Undang-undang di hadapan Mesyuarat Khas ini ditangguhkan sehingga semua ahli Parlimen ada masa untuk meneliti dan dapat pandangan input daripada pihak-pihak yang berpengetahuan mengenai bidang ini ataupun membolehkan orang ramai untuk memberi pandangan-pandangan mereka ditolak, dan kita tidak menolak kemungkinan perlunya mengadakan satu persidangan khas tetapi apa yang kita menyoalkan ialah kenapa persidangan khas ini diadakan dalam satu suasana di mana ahli-ahli Parlimen tidak ada masa untuk meneliti Rang Undang-undang ini.

Berapa ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini berani kata, berapa Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini berani kata bahawa mereka dapat Rang Undang-Undang ini sebelum hari ini, sebelum pagi ini, berapa orang? Berapa orang? Tidak ada, tidak ada orang yang berani menunjukkan tangan.  Ini bukan kes  serius dan rasional dalam perkara ini.  Saya boleh lihat tidak ada orang yang berani kata bahawa mereka ada dapat Rang Undang-undang ini sebelum hari ini, pagi ini, dan saya rasa kita bukan bincang mengenai isu fahaman politik, perbezaan politik, tetapi fair play, dan apabila Yang Amat Berhormat menolak cadangan Yang Berhormat dari Jelutong untuk memberi masa supaya bukan sahaja ahli-ahli Parlimen tetapi orang ramai pun ada masa untuk meneliti Rang Undang-undang ini beliau kata bahawa apa yang dibuat, dibenarkan oleh peraturan mesyuarat, dibenarkan oleh peraturan mesyuarat.  Adakah ini satu alasan yang cukup untuk real rule,  ran through, dengan izin, Rang Undang-undang apa Rang Undang-undang.  Benar, peraturan mesyuarat membenarkan bahawa tanpa notis diberi kepada ahli-ahli Parlimen hari ini serta-merta kita bahas satu Rang Undang-undang dalam peringkat tiga-tiga bacaan, oleh kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 90 (2) ada kuasa untuk suspend semua peraturan mesyuarat.

Mengikut peraturan itu kita pun boleh, lebih baik kita menggantungkan (suspend) peraturan mesyuarat mengenai tidak perlulah bahas.  Kita sekarang undilah lima Rang Undang-undang ini sekali gus - pass, apa mahu bahas, boleh, ada kuasa.  Oleh kerana ini ada dalam peraturan mesyuarat, itulah rule by law bukan rule of law.  Rule of law ialah ada justice, ada  fair play bukan oleh kerana ini ada dalam peraturan, ini ada dalam undang-undang boleh buat semacam penangkapan Anwar Ibrahim.  Undang-undang ada, boleh buat.....

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin:  Hoi, mahu sokong diakah?

Tuan Lim Kit Siang:  Tidak kira, tidak kira ...

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin:  Ada pakatkah?

Tuan Lim Kit Siang:  Tidak kira, tapi fair play. Bukan di sini untuk mempertahankan membelakan Yang Berhormat dari Permatang Pauh ialah cara keadilan.  Undang-undang ada, tetapi semangat undang-undang itu rule of law dan  bukan rule by law sebab itu kenapa kita mahu memaksakan satu perbahasan mengenai kelima-lima Rang Undang-undang ini tanpa memberi masa yang cukup, tanpa memberi masa langsung kepada semua ahli parlimen.

Saya percaya ahli-ahli parlimen tidak kata bahawa mereka tidak ada masa pun tak apalah.  Mereka akan undi sokong blindly, percaya penuh, kalau begitu tidak payah kita perbahaskan.  Kalau sikap inilah, kepercayaan yang penuh tanpa, tidak kira apa dalam kanun, kenapa datang ke sini  percaya penuh, rubber stamp, itulah Dewan Rakyat Parlimen, rubber stamp sahaja.  Itulah standard perbahasan dan saya harap, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih boleh kaji perkara ini, supaya memberi masa, masa untuk kita, adil kepada semua pihak, atau adakah kita sudah sampai ke satu tahap di mana semangat keadilan tidak ada lagi dalam pentadbiran kerajaan.  Sama ada
mengenai pentadbiran, keadilan ataupun urusan Parlimen.  Tidak kira, we don't care, we have the power, so what, adakah ini sikap kita? Apa yang kita khuatir dengan jawapan tadi oleh Yang Amat Berhormat  Perdana Menteri.  Ini dibenarkan oleh peraturan mesyuarat kita boleh buat.

Kita tahu, ada kuasa, ada majoriti, ada  5 - 6 majoriti, tetapi adakah ini adil kepada institusi Parlimen, kalau kita mahu Parlimen menjadikan satu rubber stamp - boleh, saya percaya itu bukan tujuan dan maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kita boleh adakan satu perbahasan yang bermakna, yang berguna Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata bahawa Yang Berhormat dari Jelutong lima minit boleh baca, boleh tahu apa dalam Rang Undang-undang ini.

Perdana Menteri:  [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua:  Hendak beri jalan atau tidak?

Tuan Lim Kit Siang:  Ya, kita boleh beri jalan. Bukan semacam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi tidak mahu bagi jalan .

Perdana Menteri:  Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bercakap berkenaan rule of  law, rule by law dan  sebagainya, tetapi partinya terlibat dalam demonstrasi untuk menyekat daripada perbicaraan  dilakukan secara tertib.  Apakah ini semangat  yang dia bercakap berkenaan dengan rule of  law ini,  ada demonstrasi, menunjukkan keburukan negara kita kepada orang asing, bersubahat dengan pemberita asing untuk memberi laporan yang tidak betul, itukah semangat  yang  ada kepada dia?  [Tepuk]

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin:  [Menyampuk dalam bahasa Cina]

Tuan Lim Kit Siang:   Sekarang kita tahulah siapa mahu membawa isu-isu yang tadi dia kata  bahawa dia buat sebelum saya komen mengenai ulasan atau interruption  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Beliau membuat satu dakwaan yang tidak berasas dan tidak bernas bahawa parti pembangkang khasnya parti DAP adalah menyalahgunakan peraturan mesyuarat, ada kemukakan usul-usul dalam perbahasan dan dalam perbahasan ada buat percakapan-percakapan yang begitu berasas, apabila sebenarnya tak pernah satu usul parti pembangkang yang pernah  sampai tahap diberi perbahasan.
Mana, tengok mana dalam penggal Parlimen ini satu usul sama ada pihak DAP atau pihak PAS yang pernah diberi masa untuk dibahaskan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh buat tuduhan yang liar, tuduhan yang liar bahawa dalam perbahasan .......

Beberapa Ahli:  [Menyampuk]

Tuan Lim Kit Siang:  Saya belum habis, sabar, nanti saya akan bagi, kita bukan, unreasonable  kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.  Sebelum kita ada ...
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis:  [Bangun]

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua:  Dia tidak beri  jalan, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang:  Kerana kita tidak ada perbahasan, kita bukan kata di bawah  peraturan  18 spesifik, kalau itu spesifik kita ada perkara-perkara yang lain.

Beberapa Ahli:  [Menyampuk]

Tuan Lim Kit Siang: Nanti, nanti  saya roundup dalam perkara ini, tetapi mengenai usul substantive  yang kita akan bagi, tak takut, tak takut, tak macam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Perdana Menteri:  Awak yang takut.

Tuan Lim Kit Siang: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri takut, kita tak takut, saya akan bagi.

Perdana  Menteri:  Kawan you ada cakap tadi orang takut.  Sekarang ini saya
kata awak takut.

Tuan Lim Kit Siang:  Saya akan bagi.  Oleh kerana Yang Amat Berhormat takut, tak bagi, saya akan bagi, nanti, sabar, bukan berdiri ada hak, saya akan bagi, kita tak pernah ada satu usul yang substantive,  yang ada dibahas, bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh buat tuduhan-tuduhan liar  macam itu.  Saya bagi jalan.

Perdana Menteri:   Tuan Yang di-Pertua, saya agak terkejut sedikit mendengar bahawa Ahli Yang Berhormat sudah jadi jurucakap PAS kerana dia bercakap kata bagi pihak DAP dan PAS.  Saya harap PAS cuma bagi izinlah  kepada jurucakap baru daripada PAS.  Yang keduanya tentang usul yang dibawa  oleh parti lawan itu,  kebanyakannya tidak ada  isi langsung, cuma setakat menentang saja. Yang hendak menentang, kata saya menentang sudahlah, buat apa hendak bawa usul lagi kerana apa juga yang kita kata belah sini tidak akan diterima oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.  Sebab itu tak guna kita adakan apa-apa perbahasan tetapi semua ini ditetapkan oleh Tuan Speaker.  Jadi
melainkan Ahli Yang Berhormat yang kerap kali tidak pun menunjukkan hormat kepada Speaker  yang selalu mengata  kepada Speaker, yang itu antara Ahli Yang Berhormat dengan Speaker.  Kalau  Speaker tidak bagi apa yang kita hendak  buat.

 Tuan Lim Kit Siang:  Nampaknya Yang Amat Berhormat Perdana  Menteri memutarbelit.  Inilah perverse illogic,  Mahathir's illogic.  Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata bahawa dalam ucapan perbahasan usul DAP di mana kita ada cakap perkara-perkara  yang relevan.  Apabila kata kita tidak pernah  mengadakan satu usul sampai di peringkat boleh dibahaskan, dia kata kenapa kita mahu memberi masa untuk perbahasan  oleh kerana inilah semua bantah kerajaan sahaja.  Kenapa putar belit, 'twist and turn', inilah 'twist and turn' dan mengenai komen saya sudah jadi jurucakap  PAS itu adalah low blowlah, itu  tak setaraf dengan Perdana Menterilah.  Ini parliamentary secretary mungkinlah.  Perdana Menteri ada lebih standard.  Tadi Yang Amat Berhormat  Perdana Menteri   kata  bahawa DAP ada terlibat dalam demonstrasi mengenai kes Anwar, kita tak pernah, DAP tak pernah terlibat di mana-mana demonstrasi.

Dato'  Haji Annuar bin Haji Musa:  Bohong!

Tuan Lim Kit Siang:  Demonstrasi, siapa cakap bohong, berdiri,  siapa cakap
bohong itu?

Dato' Annuar bin Haji Musa: Berapa kali dalam surat khabar  kata Lim Kit Siang pergi ke rumah Dato' Seri Anwar, pergi berunding apa?

Tuan Lim Kit Siang:  Jumpa itu demonstrasi?  Wah! itu dictionary yang baru
Barisan Nasional.

Dato' Annuar bin Haji Musa: DAP menunjukkan kononnya tidak terlibat,
kononnya,  dia  tidak terlibat.

Tuan Lim Kit Siang:   Demonstrasi, apa erti demonstrasi?  Kalau begitu, kalau Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar menjadi IGP, kita semua sudah masuklah.  Apa ada rasional,  jangan wild liar, kalau kata bahawa ada demonstrasi,  kalau kata DAP ada terlibat dalam demonstrasi, tunjuk bukti, jangan  berdiri cakap sebagai seorang yang sudah hilang....

Dato' Annuar bin Haji Musa: Tanjong, demonstrasi ini kalau hendak tunjukkan support sama ada  ramai atau seorang-seorang.   DAP diketahui oleh masyarakat terlibat tunjuk sokongan yakni demonstrasi sokongan, ramai dan seorang-seorang termasuk oleh Lim Kit Siang sendiri.

Tuan Lim Kit Siang:  Pendirian saya sangat jelas bahawa cara pemecatan Yang Amat Berhormat dari Permatang Pauh sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebagai Menteri Kewangan, cara tidak adil, cara penangkapannya tidak adil.  Kenapa polis perlu menjadi komando dengan memakai topeng ski-mask, kenapa perlu? Adakah  kediaman  Yang Amat Berhormat Permatang Pauh  menjadi satu terrorist hideout, kenapa?  Bukankah ini keterlaluan cara-cara penangkapan,  apabila beliau ditangkap polis kata bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah akan dihadapkan keadilan dituduh tetapi tidak,  sampai sekarang belum tahu. Mungkin pagi inilah saya dengar.  Tetapi kenapa begitu lama?  Adakah ini adil, dari segi  cara.

Perdana Menteri:  Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat tentu tahu bahawa
apabila kita cuba membawa caj Timbalan Perdana Menteri ini ke mahkamah ada
ugutan untuk mengadakan rusuhan  dan sebagai polis mereka  terpaksa menjaga
keamanan  dalam negara kita ini.  Mereka memakai topeng itu adalah satu pakaian yang digunakan oleh semua pihak.  Saya tak pernah pun dengar Ahli Yang Berhormat kompelin tengok orang lain pakai, di Britain pakai, di Korea dia pakai, barangkali apa  orang asing  buat betul, orang dalam negeri tak boleh buat.  Ini kaki ampu  orang asing.  Orang asing apa buat pun betul, jadi kita tak ada langsung nasionalism kita sendiri, yang ini menjadi masalah dengan DAP.  Tapi DAP kata  dia tak terlibat, sukarlah  sedikit kita hendak terima, kita tengok ada orang DAP terlibat.  Mereka juga sokong menyokong.  Saya sokong anak you kena tangkap, you sokong saya kena tangkap, ini cara dia.  Ini ada 'quid program quo', you bagi sikit, kita bagi nanti, inilah  yang dok buat, sekarang ini pun dok cari peluang dengan cara demonstrasi nak tukar  undang-undang, kalau nak tukar undang-undang datang sini.  Kalau tak boleh datang di sini, bila ada pilihan raya kita bertandinglah.  Ini cuma nak buat cara demonstrasi.

Tuan Lim Kit Siang:  Ini semua memutar belitlah.  Mana kata jangan kata bahawa kalau  sebenarnya kerajaan atau Barisan Nasional cinta negara, tak mahu apa-apa hubungan dengan  kuasa-kuasa ataupun unsur-unsur luar negeri, kenapa mengadakan Soloman Barney Smith Yahudi, Yahudi bukan sahaja Yahudi tetapi  spekulator yang besar dalam Hong Kong, attack  Hong Kong dollar kenapa?   Adakah ini menunjukkan bahawa  sebenarnya ada unsur-unsurpuak-puak dalam kerajaan dan tidak cinta negara.  Kalau itulah lojik, lojik Mahathir.  Janganlah kita mumutarbelitkan. Mengenai ski-mask kalau untuk tangkap terrorist itu kita biasa.  Tetapi kalau tak silap saya, saya  tak tahu, bahawa peguam-peguam bekas Timbalan Perdana Menteri sudah menyampaikan surat  kepada pihak polis  bahawa beliau rela bekerjasama bila-bila kalau tarikh ditetapkan untuk menahan beliau, diberitahu dan beliau akan bekerjasama.  Kenapa dalam datang belakang ini perlu komandor skuad digunakan.  Ini mahu tunjuk  kuasa, contempt, contempt bukan sahaja sensitiviti-sensitiviti  keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, sensitiviti rakyat Malaysia  yang rasa ini terlalu, too much, kenapa kita tidak boleh lebih sivil kepada rakyat kita sendiri, orang kita sendiri.  Pecah pintu dan lain-lain apabila boleh dengan senang masuk, kenapa perlu itu dan kita dalam DAP, pendirian kita jelas bahawa apa yang kita tidak senang ialah cara pemecatan, cara penangkapan, cara  penahanan bekas Timbalan Perdana Menteri  di bawah ISA.  Sudah dekat empat minggu begitu banyak tuduhan yang serius dilemparkan terhadap beliau,  sama ada
sexual misconduct, sama ada korupsi, sama ada  sidition, sama ada tampering dengan bukti atau siasatan pihak polis, sama ada pembunuhan, sama ada high treason, kenapa empat  minggu belum ada apa-apa  pendakwaan, mungkin pagi ini ada  dan kalau begitu kenapa ISA digunakan?

Kenapa tidak membenarkan isteri beliau Datin Sri Wan Azizah dan anak-anak beliau untuk berjumpa dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, bukankah kita perlu menunjukkan  kita ada peri kemanusiaan bahawa tak kira apa-apa undang-undang  yang kita ada, bahawa kita boleh menggunakan undang-undang itu tanpa kezaliman, tanpa inhuman treatment dan kenapa kita tidak boleh membenarkan rule of law bukan  rule by law, rule of law di mana prinsip natural justice adalah diterima  dan saya harap

Perdana Menteri: [Bangun]

Tuan Lim Kit Siang: Ya, boleh

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ong Teng Keat) mempengerusikan Mesyuarat]

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas ianya dipecat telah mengadakan perhimpunan-perhimpunan yang salah dari segi undang-undang dan sepatutnya polis menangkapnya lebih awal ataupun mendakwa dia lebih awal, tetapi polis begitu prihatin tidak mahu mengambil tindakan walaupun telah diberitahu kepada Dato' Seri  Anwar Ibrahim bahawa perhimpunan-perhimpunan yang besar-besar yang diadakan di rumahnya dan di tempat-tempat lain menyalahi undang-undang tetapi dia tidak peduli .  Polis tidak ingin guna  ISA  tetapi apabila dia pergi ke masjid dan ke Dataran Merdeka untuk menyuruh penyokong-penyokongnya merusuh, pada ketika itu dia ditahan kerana dia menyuruh orang merusuh, memecah keamanan sebab itu dia ditahan di bawah ISA.  Tujuannya ialah supaya dia tidak lagi boleh menghasut penyokong-penyokongnya supaya membuat rusuhan.

Sekarang ini undang-undang akan berjalan seperti biasa dan dia akan dihadapkanke mahkamah tetapi untuk menghadapkannya di mahkamah menjadi satu masalah kerana ada ugutan kalau dia dibawa daripada tempat tahanannya ke mahkamah maka akan ada rusuhan secara besar-besaran di seluruh Malaysia, tujuannya ialah supaya keadaan seperti yang terdapat di Indonesia akan berlaku juga di Malaysia dengan rusuhan pecah rumah, pecah kedai, curi barang dan sebagainya untuk menakutkan rakyat.  Di Indonesia apabila ini berlaku maka Presidennya terpaksa undur diri, harapan Dato' Seri  Anwar Ibrahim ialah supaya saya undur diri dan kerajaan jatuh dan dia akan dilepaskan tanpa dibicarakan dalam mahkamah, kalau tak dibicarakan dalam mahkamah maka kesalahannya tidak akan terdedah itu pendekatannya.

Hari ini pun masih ada usaha untuk mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran supaya kerajaan tidak boleh menghadapkan nya ke mahkamah tetapi saya fikir kerajaan tidak boleh tahan lama-lama sangat kita nak bawa dia ke mahkamah, nak bicara dia seperti orang biasa.  Ramai lagi menteri-menteri lain yang telah diberhentikan tanpa masalah di dunia ini banyak menteri, Timbalan Perdana Menteri pun biasa dipecat ataupun diberhentikan tidak ada masalah. Dalam UMNO ini pun ada menteri yang kita berhentikan tetapi terus menjadi ahli UMNO.  Ini berhenti saja daripada UMNO membuat rusuhan, buat parti baru, buat gerakan baru, buat gerakan reformasi. Reformasi apa, masa dia ada kuasa dia tak mahu reform, bila tidak ada kuasa baru nak reform ini semua adalah untuk melindung dirinya daripada dituduh secara tertib dalam mahkamah.  Mahkamah perlu keamanan untuk membicarakan sesuatu kes, kalau ada rusuhan di luar maka hakim-hakam tidak dapat memikirkan dengan secara yang baik dan memberi keadilan, nampak jelas sekali bahawa penyokong-penyokong Anwar termasuklah juga parti DAP yang tumpang itu kalau boleh anak sendiri dilepas. Bolehlah juga kalau jatuh kerajaan ini mungkin anak terlepas.  Tetapi kerajaan ini  nampak taklah nak jatuh sangat, tetapi  Ahli Yang Berhormat bercakap sangat berkenaan keadilan ini. Bila ahli partinya yang lain kena tangkap dia tak pedulipun  bila anak dia kena tangkap barulah parti digerakan itu, ini[Tepuk]  apa semua  keadilan apa/?  Itulah cara putar belit Ahli Yang Berhormat kerana ini adalah amalan biasa beliau yang selalu putar belit,  bila kita nak bincang berkenaan dengan undang-undang, nak menyelamatkan ekonomi negara dia tak hendak bincang cakap benda yang lain sebab bagi dia Dewan ini adalah untuk kepentingan politik peribadinya bukanpun politik DAP, politik peribadinya, dan familynya,
nepotisma yang terdapat dalam Malaysia nampak jelas apa bila Ahli Yang Berhormat menggunakan partinya untuk mempertahankan anaknya, itu nepotisme, yang keterlaluan .

Tuan Lim Kit Siang:  Yang pertama ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memulakan perbincangan mengenai kes Anwar bukan saya.

Yang kedua saya harap apa yang kita lihat bukan apa yang disifatkan sebagai pencuri dipanggil kecurian thief shout thief, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata mengenai nepostisme, kronisme, dan korupsi, Thief shout thief saya di sini bukan berdiri untuk membela bekas Timbalan Perdana Menteri tetapi berdiri atas keadilan.

Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada membuat satu tuduhan yang sangat serius bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri ada pergi ke Masjid Negara, dan menyuruh orang ramai merusuh, saya tak tahu kalau itu benar dia patut dibawa ke mahkamah , ke hadapkan ke pengadilan kerana itu satu caj yang serius, bahawa inside orang ramai untuk merusuh tetapi adakah benar, adakah bukti, atau adakah ini satu tuduhan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tanpa bukti tetapi oleh kerana keistimewaan kedudukan beliau boleh buat begitu.  Cara ini penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan kedudukan beliau kalau ada bukti bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri  ada pergi ke Masjid Negara yang menyuruh orang ramai merusuh tentu pihak polis ada cukup bukti untuk mendakwa beliau. Adakah ini antara dakwaan-dakwaan yang akan dihadapkan terhadap beliau, kalau tidak adakah adil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk buat tuduhan semacam ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri tidak ada di sini untuk menjawab.

Saya ada ikuti perkembangan dan mungkin saya tidak tahu apa segala perkara yang berlaku tetapi kalau saya tak silap bekas Timbalan Perdana Menteri tak pernah buat begitu, tak pernah pergi ke Masjid Negara, tak pernah pergi yang ke masjid menyuruh [ketawa] correct me if I am wrong dan beri bukti, Berdiri correct me if I am wrong, saya kata saya tak tahu pada pengetahuan saya yang mengikuti perkembangan dalam media massa  sama ada elektronik atau printed bahawa tak pernah berlaku di mana bekas Timbalan Perdana Menteri ada menyuruh orang ramai untuk merusuh adakah bukti? Adakah rela Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berdiri kata ada bukti itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong  Tee Keat] Yang Berhormat Timbalan
Perdana Menteri Dalam Negeri bangun.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membetulkan rekod sedikit Yang Amat Berhormat bekas Timbalan Perdana Menteri ditangkap selepas peristiwa merusuh di galeri UMNO, di PWTC dan juga ada lebih kurang 1,000 - 2000 orang yang pergi ke kediaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Sri Perdana menunjuk perasaan di situ. Mereka menggunakan perkataan yang kesat  melaung-laungkan itu sebabnya kita akan check balik rekod tetapi akibat daripada perjumpaan di Masjid Negara dan juga di Dataran Merdeka maka galeri UMNO telah pun dipecah dan dirosakkan, jadi kalau kita nak gunakan perkataan 'rusuhan' Yang Amat Berhormat boleh cari defination sendiri apa maksud 'rusuhan'.

Tuan Lim Kit Siang:  Ya.  Tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab point saya.  Point saya ialah adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri  adil apabila beliau buat tuduhan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, apabila di Masjid Negara adalah menyuruh orang ramai merusuh dan itulah satu act specific bukan perkara yang ditimbulkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, itu hal yang lain.  Saya tidak mempertahankan perkara itu tetapi itu hal yang lain.  Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri  ada bukti untuk mempertahankan, menunjukkan, membuktikan tuduhan beliau.  Kalau tidak, ini tidak adil.  Inilah satu general dan wild statement, adakah beliau rela untuk menarik balik kenyataan itu.

Perdana Menteri:  Saya tidak rela tarik balik kerana untuk menyuruh orang merusuh bukan kita perlu specific. Dato' Seri Anwar mengaku tidak berkata, "Pergilah ke Putra World Trade Centre, pecah masuk ke muzium UMNO dan koyak gambar pemimpin-pemimpin UMNO".  Tidak ada, dia tidak kata langsung, yang itu saya mengaku tetapi ada caranya bila dia bercakap tujuannya satu untuk membakar semangat supaya benci kepada orang tertentu.  Dan dengan itu dia tahu sebagai seorang ahli pemidato yang terkenal, seorang student leader yang biasa menggunakan cakap-cakapnya untuk membakar semangat penuntut-penuntut.  Dia tahu, apa yang dia kata itu akan membawa kepada rusuhan.  Dia juga tahu undang-undang.

 Dia tidak kata, "Pergi merusuh, ambil batu baling".  Tidak, dia tidak kata tetapi kesan daripada ucapannya ialah mereka telah pecah masuk dalam Putra World Trade Centre, koyak segala gambar-gambar, mereka melulu pergi ke kediaman saya dengan cakap-cakap yang didengar.  Saya tidak boleh hendak jaminlah, tetapi cakap-cakap yang didengar iaitu, "Kita pergi bakar rumah Perdana Menteri".  Dan ini hasil daripada ucapannya di masjid dan juga di Dataran Merdeka.

Sebelum daripada itu, orang ini tidak pernah pergi, tidak pernah berkumpul, tidak pernah pergi ke Putra World Trade Centre, tidak pernah cuba pergi ke rumah saya untuk membuat apa-apa.  Jadi kita boleh kaitkan ucapannya itu dengan kegiatan orang yang berkumpul itu bermakna hasut.  Jadi orang yang menghasut ini seperti Ahli Yang Berhormat biasa buat juga [ketawa] samalah. Dia tidak kata betul-betul pergi merusuh tetapi indicationnya tu, meaning, dia punya terjemahan apa yang diperkatakan jelas.  Hasil daripada itu kita tidak dapat  nafi.  Apabila dia berucap maka rusuhan berlaku dan selepas itu ada lagi rusuhan, pergi ke masjid.  Masjid tempat kita sembahyang, tempat
orang Islam berjumpa, berjemaah di situ kita hendak dengar syarahan-syarahan agama.  Ini bawa poster pergi ke masjid hendak guna masjid, hendak ganggu orang sembahyang daripada membuat ibadat.  Itu bukan tempat dia.

Tetapi semua ini berpunca daripada ucapan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar. Sebelum dari itu walaupun kita tahu dia dalam rumah, dia bercakap dengan pemimpin-pemimpin tertentu untuk membuat itu aturan, ini perlu dibuat, kalau dia ditangkap apa yang patut dibuat, semua itu sudah disusun rapi.  Kita tahu itu tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadap Dato' Seri Anwar kerana kita tidak hendak melihat rusuhan terutama di masa sukan Komanwel di adakan di negara kita.  Kita hendak imej negara kita baik tetapi dia sengaja sebelum sukan Komanwel itu tamat dia sengaja mencetuskan rusuhan dan ini dia tidak boleh nafi.  Kalau dia tidak ada di Masjid Negara dan di Dataran Merdeka pada hari itu tidak mungkin ada rusuhan di Kuala Lumpur ini, tetapi kerana dia berada dan berucap maka ada rusuhan.

Jadi kaitan antara ucapannya, perkataan tidak usah kiralah tetapi apa yang diucapnya dengan tindakan oleh penyokong-penyokongnya adalah kaitan yang rapat yang tidak boleh dinafi oleh sesiapa melainkan kalau orang yang buta tuli tidak ada telinga, tidak mahu dengar apa yang dikata kerana parti lawan kalaupun kita bagi terang-terang kata ini putih dia nak kata hitam dia kata hitam juga.  Tidak ada guna dok bercakap.  Jadi tujuannya supaya kita tidak lulus undang-undang ini  dan dengan itu dapatlah dia sokong CLOB untuk menghancurkan negara kita.  [Tepuk]

Tuan Lim Kit Siang:  Itulah kesimpulan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri  sendiri bangkit hal kes Anwar dan sekarang ada exchange itu, akhirnya dia sampai satu kesimpulan bahawa oleh kerana komplot DAP mahu menghalang pihak kerajaan untuk ambil tindakan terhadap CLOB, atas alasan ini bagaimana kita boleh percaya mengenai conclusion yang disampai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri khasnya mengenai apa yang berlaku pada 20 haribulan September.  Sekurang-kurangnya Yang Amat Berhormat tarik balik kenyataan beliau bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri dalam Masjid Negara ada menyuruh orang ramai merusuh, tarik balik sungguhpun ....  [ketawa] tadi kata ........ tarik balik - menyebabkan itu hal yang lain tetapi tidak mengakui bahawa beliau tidak kata bahawa beliau ada menyuruh orang ramai untuk merusuh.  Bukan atau ada.

Perdana Menteri: Kalau hendak menjadi penterjemah bagi parti PAS tidak apa, jangan terjemah apa yang saya cakap.

Tuan Lim Kit Siang:  Sebab itu cause and effects. Itu perbezaan.  Seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa kita sekarang berucap oleh kerana mahu menggagalkan usaha untuk control atau untuk hapuskan CLOB, bagaimana kita boleh menerima hakikat itu.  Dan kalau itulah kesimpulan pihak kerajaan, patut apa yang perlu dibuat ialah untuk dakwa bekas Timbalan Perdana Menteri dalam mahkamah atas hasutan dan bukan di bawah Internal Security Act.  Dan  hari ini saya kalau tidak silap, hari ini, pagi ini bekas Timbalan Perdana Menteri akan di bawa ke mahkamah dan didakwa.  Oleh kerana beliau sudah di dakwa, bolehkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi satu kenyataan yang jelas sama ada beliau akan dibebas daripada ISA
atau dia akan terus ditangkap di bawah ISA.  Apa kedudukannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:  Yang Berhormat  nanti sekejap Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang:  Dia berdiri beberapa kali. Sekarang saya tanya, dia tidak mahu berdiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:   Nanti Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang:  Tidak tanya dia berdiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:  Nanti dahulu Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang:  Ya Okey.

Perdana Menteri:  Okey.  Nak suruh saya berdiri, saya berdirilah.  Saya ikut sahaja apa yang Ahli Yang Berhormat kata.  ISA satu perkara lain.  Apa yang dia didakwa di mahkamah itu perkara lain.  Masalah ISA ialah kerana hasutan, untuk adakan rusuhan.  Dan kalau dia dibenarkan keluar, dia akan terus menghasut.  Kita sudah nasihat supaya jangan buat tetapi dia buat juga. Orang ini dia hendak cuba apa kerajaan boleh buat terhadap dia kerana dia hendak jadi satu .........., satu orang yang kononnya begitu berani, kena tangkap pun tidak apa.  Jadi dia bila dia keluar, kalau dia dilepas, saya yakin dia akan pergi ke sana-sini untuk menghasut orang apa juga yang boleh dibuat untuk menutup kesalahannya itu akan dibuat.  Kita tahu, kita minta daripada awal lagi, biarlah mahkamah tentukan sama ada dia benar ataupun tidak benar.  Tetapi dia tidak mahu, awal-awal lagi dia kata, "Saya akan ditangkap di bawah ISA".  Kenapa dia kata, kerana dia tahu apa yang perlu dibuat olehnya untuk ditangkap di bawah ISA.  Dan dia adakan rusuhan supaya dianya ditangkap di bawah ISA.  Bukan niat kerajaan hendak tangkap tetapi dia hendak, dia sudah beritahu.  "Tengok ini akan ada tuduhan kepada saya". Dia tahu akan ada tuduhan kerana dia buat salah.  Jadi kerana ada tuduhan, bila kena tuduh.  "Tengok saya dah kata dah"  Ini pre-empting,  strategi yang cekap digunakan oleh Dato’ Seri Anwar.  Kawan saya, saya sendiri tidak boleh percaya apa yang dia buat ini  tetapi akhirnya terpaksa terima hakikat orang itu mengaku bahawa  dia buat benda yang dia kata tidak buat ini, dia buat.  Biarlah mahkamah tentukan sama ada saya cakap bohong ataupun dia cakap bohong atau pendakwa raya cakap bohong, kenapa ganggu mahkamah.  Kita hendak keadilan melalui mahkamah tetapi DAP dan orang lain hendak mengganggu tidak mahu dia dibicara dalam mahkamah dalam keadaan tenang, jangan ada rusuhan, jangan berhimpun di luar mahkamah pula, menjerit nama Allah yang tidak patut dijerit untuk mempertahankan orang yang berdosa besar.

Tuan Lim Kit Siang: Yang Amat Berhormat kata bahawa biarlah mahkamah buat keputusan tetapi Yang Amat Berhormat sendiri sudah buat keputusan, bahawa already convicted dan tunggu sentence sahaja,  bukan sahaja ada satu perbicaraan dan satu conviction oleh mass media, sekarang apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata ialah conviction, bahawa beliau salah. Wahhal beliau yang salah itu nampaknya sudah satu keputusan  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukankah apa yang dihadapkan oleh bekas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ialah double jeopardy.  Kalau kita mahu serah kepada mahkamah untuk buat keputusan salah atau tidak salah, kenapa teruskan di bawah ISA?  Oleh kerana apabila seorang terus ditahan di bawah ISA, ini tentulah akan menghalang semua persediaan untuk buat defence
dengan peguam-peguam sekarang bukan sahaja tidak boleh berhubung dengan peguam-peguam, isterinya, anak-anaknya semua putus  access, bukankah ini
ketidakadilan yang sangat ketara?

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat tahu benar bahawa keputusan saya adalah keputusan saya, dia tidak mempunyai kuasa ndang-undang.  Saya boleh kata Anwar salah, ramai orang lain boleh kata Anwar salah tetapi tidak empunyai kuasa undang-undang dan saya tidak boleh masukkan dia ke dalam jel kerana saya buat keputusan.  Tetapi sebagai Perdana Menteri saya boleh berkata dia salah, tidak layak jadi Timbalan Perdana Menteri dan saya hukum dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri dan ini juga saya lakukan kepada orang lain.

Dalam UMNO, kalau ada menteri-menteri yang salah kita singkirkan, kita tidak tunggu mahkamah, orang yang didapati oleh mahkamah tidak salah pun, tetapi kalau dalam anggapan kita, dia memburukkan imej parti, kita suruh dia berhenti, itu tindakan kita, tidak mempunyai maksud undang-undang, undang-undang akan ditentukan oleh mahkamah.  Ahli Yang Berhormat sengaja putar belit kerana dia ahli putar belit, jadi dia cakap antara mahkamah dengan saya, dia tidak tahu, dia tidak kenal, saya bukan judge, saya Perdana Menteri.  Perdana Menteri di mana-mana pun diberi kuasa untuk memberhentikan mana-mana menteri, sepatutnya bila kena berhenti, berhentilah, terima
sahajalah.  Tetapi ini bila sudah berhenti, oh, hendak ada reformasi, kenapa tidak ada reformasi sebelum berhenti, ada reformasi sebelum berhentilah, tetapi kerana hendak tutup kesalahan sendiri,  kerana kesalahan ini amat buruk sekali, dia tahu.  Saya tidak hendak kenakan perkara ini kepada dirinya jika ianya tidak benar.  Tunjukkan dalam mahkamah benda tuduhan ini tidak benar, tidak ada, okeylah.

Tuan Lim Kit Siang: Saya bukan ahli putar belit, apa yang kita ada ialah Perdana Menteri yang putar belit yang utama dalam dunia ini….  [Disorak] dan you want to say it, people must be allowed to say to you dan kenapa mahu boo …kenapa apabila Perdana Menteri kata, tidak ada reaksi… ‘fair play’ , keadilan, nanti-nanti, keadilan dan di sini ….

Perdana Menteri: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat …

Tuan Lim Kit Siang: Nanti, di sini apa yang mustahak ialah bahawa seorang tidak di ….

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Point of order …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat …

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Point of order …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, ya Machang bangun mengikut peraturan mesyuarat.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: … 36(1), Tuan Yang di-Pertua.  Kita sekarang sedang membincangkan satu akta untuk Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.  Sekarang ini sudah melarut-larut dah, nampaknya DAP membangkitkan perkara-perkara yang tidak ada langsung kaitan dengan Akta yang sedang dibincangkan ini. Saya minta ruling, Tuan Yang di-Pertua.   Kita hanya ada masa 2 hari - ada lima bil, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melarut beri peluang sampai ini, barangkali sampai besok pun tidak habis. Ada forum lain saya percaya untuk membahaskan isu ini, bukan masa ini, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Baiklah, Yang Berhormat, saya akan  buat keputusan.  Yang Berhormat dari Tanjong, banyak masa telah pun Yang Berhormat menyentuh atas perkara yang tidak bersabit dengan rang undang-undang Kementerian Kewangan ini.  Sebab setahu saya Yang Berhormat, apa yang dihujahkan tadi itu bersabit dengan Kementerian Dalam Negeri, bukannya Kementerian Kewangan.  Yang Berhormat, kalau ada hujah-hujah yang lain, kembalilah kepada rang undang-undang ini.  Jangan merayau jauh sangat.

Tuan Lim Kit Siang: Terima kasih.  Bukan saya timbulkan hujah-hujah ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang timbul hujah-hujah ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Tapi, Yang Berhormat…..

Tuan Lim Kit Siang: Ya, dan kalau ….
 
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:Yang Berhormat nanti, tetapi Yang Berhormat jangan lupa, sekarang ini Yang Berhormat sendiri yang berhujah, yang berucap….. biarpun ada sebarang soalan yang dibangkitkan yang tidak bersabit dengan rang undang-undang ini, Yang Berhormat boleh tidak layan ….

Tuan Lim Kit Siang: Saya layan, mana boleh tidak layan. Kalau tidak layan, kerusi pun jatuh…. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, balik kepada tajuk.

Tuan Lim Kit Siang: Mesti mahu layan, Timbalan Perdana Menteri boleh jatuh, siapa tidak boleh jatuh, mahu layan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, balik kepada tajuk.

Tuan Lim Kit Siang: Ya, saya tidak tahu adakah kedudukan hujah-hujah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu lemah, sekarang perlu diselamatkan, perlu diselamatkan oleh Yang Berhormat dari Machang,  oleh kerana ….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat …

Tuan Lim Kit Siang: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:Yang Berhormat, nanti Yang Berhormat. Ya, ada peraturan mesyuarat yang dibangkitkan ….

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin:  Tadi, dia kompelin kata Dewan tidak
 cukup masa hendak bahas …..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Nanti, Yang Berhormat.  Itu saya kekalkan.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin:  Jangan main-main.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, nanti dulu. Saya rasa Yang Berhormat, setiap orang ahli Dewan ini mempunyai hak yang sama. Yang Berhormat dari Machang itu bangun atas peraturan mesyuarat, bangkitkan 36(1), itu pun tidak salah.  Yang Berhormat tidak payahlah mempertikaikannya.

Tuan Lim Kit Siang:   …. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada buat beberapa tuduhan yang sangat serius dan saya rasa perlulah untuk menerangkan, khasnya mengenai tuduhan bahawa kita pihak di sini tidak demokratik, tidak adil …..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Yang Berhormat diingatkan bahawa keputusan saya tadi itu tetap dikekalkan. Tuan Lim Kit Siang: Ya, ini mengenai kalau ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat nanti.

Tuan Lim Kit Siang: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, setahu saya Yang Berhormat memang mempunyai peluang yang lain untuk membuat usul yang berasingan dan bukannya menyentuh soal ataupun isu yang tidak relevant Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang:  … relevant.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:  Yang tidak relevant dengan rang undang-undang ini.  Kalau Yang Berhormat teliti, baca dengan teliti Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang:  Kita ambil mungkin dekat setengah jam lebih di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada ambil bahagian yang aktif, adakah ini semua irrelevant, adakah ini semua buang masa Dewan yang mulia ini, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah buang masa Dewan yang mulia ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, balik kepada tajuk, sekarang Yang Berhormat yang berucap.

Tuan Lim Kit Siang: Rang  undang-undang di hadapan kita ialah mengenai satu usaha kerajaan yang mahu menangani krisis ekonomi.  Betul?  [Tepuk] Akar umbi krisis ekonomi ialah kepercayaan.  Khasnya kepercayaan dan sekarang kita adalah satu krisis politik, satu krisis demokrasi,  selain daripada krisis ekonomi dan kewangan.  Kalau krisis yang lebih besar ini – krisis demokrasi, krisis politik khasnya cara kerajaan, cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menangani isu bekas Timbalan Perdana Menteri tidak memberi satu gambaran untuk memulihkan keyakinan tetapi sebaliknya memburukkan keyakinan - rang undang-undang ini atau lain tidak akan memberi kesan yang positif.  Sebab itu tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak buang
masa dalam Dewan ini, apabila beliau berhujah mengenai kes Anwar Ibrahim dan itulah isu yang pokok oleh kerana inilah isu orang ramai, rakyat Malaysia ialah prihatin dan mereka tanya kalau isu itu tidak boleh ditangani dengan baik, apa ada kesan positif sama lima rang undang-undang ini.

Kalau  kita mahu transparency securities market tetapi tidak ada transparency pemerintahan kerajaan, tidak ada transparency penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri dan tentu kita ada transparency apabila bukan sahaja beliau didakwa di mahkamah, dia terus ditahan di bawah ISA, apa transparency yang kita sebut, apa transparency clause? Apa transparency kalau Perdana Menteri boleh buat tuduhan-tuduhan terhadap lain-lain orang yang tidak boleh jawab, tidak ada ruang dalam surat khabar, dalam radio, dalam televisyen untuk jawab.  Sama ada sebenarnya banyak krisis demokrasi, krisis politik ialah bukan  sahaja apa yang disebutkan itu serah kepada
mahkamah tetapi oleh kerana ada policy differences antara bekas Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri, sama ada mengenai KKN – cronyism, kronisme, corrupcy, nepotisme atau mengenai dasar-dasar yang lain, tetapi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat tuduhan bahawa DAP nepotistic, kalau nepotistic mahu tukar tempat?  Lim Guan Eng tukar dengan Barisan, tukar dengan Mokhzani, tukar dengan Mukriz, bukanlah, -  janganlah kita memutarbelitkan.  Kita tidak mahu Ahli Parlimen ……

Perdana Menteri: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, hendak beri jalan?

Tuan Lim Kit Siang: Nanti.  Kita tidak mahu Ahli Parlimen memutar belit, kita pun tidak mahu Perdana Menteri memutar belit, boleh, sebagai gentleman’, agree?  Jangan memutar belit.

Perdana Menteri: Ahli Yang Berhormat telah menunjuk nepotismenya sebelum jadi kerajaan.  Saya telah jelaskan siapa yang memilih apa, daripada kementerian saya semuanya saya dedah - daripada Perdana Menteri tetapi yang tidak didedah ialah daripada Kementerian Kewangan, sampai sekarang ini pun kita tidak tahu Kementerian Kewangan beri kepada sesiapa.
 

Tuan Lim Kit Siang: Okay - Full inquiries.  Adakah Yang Amat Berhormat rela satu full inquiry mengenai tuduhan KKN, baik pun terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri: KKN adalah dalam DAP.  DAP diguna oleh Lim Kit Siang untuk mempertahankan anaknya.  Ahli-ahli DAP yang lain tidak dipertahankan, sebab itulah tiga orang itu lari, kena buang, kena pecat.

Tuan Lim Kit Siang: Oh, Tiga orang dibuang.

Perdana Menteri: Ahli Yang Berhormat pecat ahli-ahlinya sendiri tetapi itu okay.

Tuan Lim Kit Siang: Itu menunjukkan kita lebih demokratik daripada UMNO. Apabila kita pecat orang kita ada discipline inquiry, UMNO tidak ada, UMNO lebih tidak demokratik.  Itulah kuku besi, autokratik, setuju?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Tanjong.

Tuan Lim Kit Siang: Setuju? Dalam DAP apabila ada tindakan tatatertib ada discipline inquiry, mana ada di dalam UMNO?  Presiden putus sahaja, Mahathir putus, cukup!

Perdana Menteri: Beri orang lain cakaplah, saya hendak dengar orang lain. Dalam UMNO kita tukar pemimpin, sudah empat orang Presiden, sudah beberapa orang jadi Secretary General, kita tukar orang sepanjang masa.  Dalam DAP tidak boleh tukar, tukar kena pecat.

Tuan Lim Kit Siang: Kenapa tidak boleh tukar?  Sudah tiga orang Setiausaha Agung.  Setujulah, UMNO lebih tidak demokratik apabila dibandingkan dengan DAP.  Setujukah?  Kes Anwar atau kes tiga orang Ahli DAP sangat nyata. Kenapa radio dan televisyen tidak mahu buat liputan itu?  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sengaja mahu memutar belit.

Perdana Menteri: Pemimpin DAP yang menjadi diktator belum pun menjadi Perdana Menteri, kalau jadi Perdana Menteri ‘God at lastlah’.  Ahli Yang Berhormat tidak payah sokong yang ini, saya minta Ahli Yang Berhormat tolak Rang Undang-undang ini, senang sahaja kerana buat apa hendak dengar Ahli Yang Berhormat obviously tidak mahu sokong yang ini, tidak usah sokonglah.

Tuan Lim Kit Siang: Obviously Perdana Menteri tidak mahu perbahasanlah. Undi tidak payah perbahasan, tidak mahu beri notis pun untuk meneliti, bahas.

Perdana Menteri: Ahli Yang Berhormat sudah lama di dalam Dewan ini tetapi masih tidak tahu tatatertib Dewan ini.  Kita bercakap pasal undang-undang ni, bahaslah undang-undang ini.

Tuan Lim Kit Siang: Saya jawab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, point-point yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, boleh check Hansard sama ada betul atau tidak betul.

Perdana Menteri: Boleh check.  Saya tidak bangkitkan hal ini.  Yang bangkitkan ialah Ahli Yang Berhormat yang bawa perkara ini panjang-panjang.

Tuan Lim Kit Siang: Apa yang saya cakap ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang timbulkan perkara Anwar, bukan?[Disampuk] Ya.  Check Hansard dan inilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun bersetuju.  Inilah isu yang pokok, kredibiliti, keyakinan.

Perdana Menteri: Ahli Yang Berhormat sahaja yang berkata ini isu pokok, saya tidak pernah kata.  Ahli Yang Berhormat sebenarnya fikirannya terpengaruh dengan anaknya kena tangkap, jadi apa juga yang boleh dikaitkan dengan anaknya kena tangkap itu yang akan dibawa ke dalam Dewan ini.

Tuan Lim Kit Siang: Sampai sekarang kita belum sebut perkara itu, ‘you are haunted by it’ oleh kerana apabila Perdana Menteri buat keputusan seseorang itu bersalah mahkamah pun mahu ikut, bukan?  Itulah kuasa Perdana Menteri di Malaysia.

Perdana Menteri: Kalau suara kuat, ikut Ahli Yang Berhormat orang itu menang, jadi suara Ahli Yang Berhormat kuat, okay.

Tuan Lim Kit Siang: Perdana Menteri kata salah, Anwar salah, mahkamah mahu ikut, bukan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Nanti Yang Berhormat, ada Peraturan Mesyuarat.  Yan, Peraturan Mesyuarat yang ke berapa?

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: 36(1).  Bercakap luar dari perbahasan.
 

(please take note that when the Prime Minister is in the mood of debating, nobody mention anything about standing order  36(1)- A Member shall confine his observations to the subject under discussion and may not introduce  matter irrelevant thereto - during the pass one hour)
 
 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Tanjong saya ingatkan apa yang diputuskan tadi itu merupakan kata dua.  Saya rasa Yang Berhormat elok balik kepada tajuk dan kalau Yang Berhormat ghairah sangat hendak menyentuh soal ataupun isu yang lain, saya rasa saya terpaksa memberhentikan ucapan Yang Berhormat.  Yang Berhormat itu bukan niat saya tetapi Yang Berhormat janganlah buat begitu.  Balik kepada tajuk.

Tuan Lim Kit Siang: Kepercayaan ialah isu yang pokok dan kalau kita ada apa-apa usaha yang boleh berjaya untuk memulihkan kepercayaan tentulah segala usaha kerajaan yang lain tidak akan dapat kesan yang positif.

Sungguhpun ada ruang untuk membincangkan sama ada beberapa langkah diambil tepat, tidak tepat, tetapi akhirnya apa yang mustahak ialah pemulihan keyakinan dan saya harap dalam perkara ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan lebih peka terhadap sensitiviti-sensitiviti, aspirasi-aspirasi  dan hasrat rakyat mahu melihat satu proses keadilan diikuti sama ada di dalam .....

Tuan R. Karpal Singh: Penjelasan.  Proses keadilan, adakah Yang Berhormat dari Tanjong bersetuju dengan saya, beberapa Ahli Yang Berhormat dari UMNO ada mencabar Anwar Ibrahim untuk mengambil sumpah di Masjid Negara.  Beliau ada buat demikian, adakah itu lebih tinggi daripada satu mahkamah?  Adakah Perdana Menteri terima apa yang dia buat sebagai satu tanda beliau tidak bersalah?  Bolehkah saya dapat pendirian?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, nanti dulu, Rompin bangun.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Point of Order 36(1), Jelutong punya penjelasan tidak ada kena mengena dengan apa yang hendak dibincangkan sekarang, jauh benar perginya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Saya akan buat keputusan. Yang Berhormat Tanjong walaupun Jelutong tadi ungkitkan kembali apa yang saya tegah, Yang Berhormat diingatkan sekali lagi, Yang Berhormat teruskan ucapan tanpa terpesong.  Kalau Yang Berhormat hendak jawab lagi, saya akan menegah sama sekali.

Tuan Lim Kit Siang:   Rang Undang-undang ini mengikut huraian ialah untuk meminda Akta ini untuk mewujudkan lebih ketelusan dalam pasaran saham, ketelusan , kita mahu ketelusan di semua peringkat dan ketelusan ialah satu aspek mustahak kepada isu keadilan, janganlah kita takut perkataan keadilan dalam Dewan yang mulia ini.  Nampaknya keadilan sudah jadi   satu isu  yang semua takut, kenapa?  Saya harap bahawa tadi saya sebut dalam perkara menangani krisis ekonomi kita, bahawa keadilan menjadi satu landasan kita dan semua tuduhan-tuduhan yang ada  dibuat, semua isu-isu yang ada dibangkit dihadapi daripada proses ini, sama ada tuduhan yang dibuat terhadap  bekas Timbalan Perdana Menteri atau oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, semua patut dapat siasatan yang sedalam-dalamnya dan tadi saya  ada sebut bahawa
tuduhan yang liar, yang  serius tuduhan yang berat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mengenai kronisma, rasuah, patut disiasat termasuk semua tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri sendiri, mengenai rasuah, mengenai kronisma, mengenai nepotisma, adalah satu siasatan Parlimen, untuk, kenapa  takut……

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin :  [ Bangun ]

Timbalan Yang di-Pertua  [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Yan   bangun.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin :   Kami dah fed up Tuan Yang di-Pertua, 36(1). Yang Berhormat daripada Tanjong ni gila talak. Tuan Yang di- Pertua bagi macam ini, bila kita boleh selesai bill,  rang undang-undang ini, saya minta Yang Berhormat daripada Tanjong seorang Ketua Pembangkang, guna akan supaya jangan keluar daripada rang undang-undang yang kita hendak bahaskan ini. Yang Berhormat Jelutong  tengok apa kepada saya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Baiklah Yang Berhormat Tanjong, saya dah kata tadi Yang Berhormat, sama ada  Yang Berhormat hendak balik kepada tajuk ke….., ataupun hendak ikut apa yang   disediakan, Yang Berhormat terus hendak mengungkitkan kepada isu  yang sama.

Tuan Lim Kit Siang:  Isu ialah  inilah yang sama

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:  Kalau Yang  Berhormat …jawab saya.

Tuan Lim Kit Siang: Ya yang sama …kepada saya inilah yang sama, isu  basic, sama, ya inilah yang sama, yang relevent, terikat yang tidak boleh dipisah daripada isu yang kita hadapi  dalam masa ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:   Yang Berhormat, Yang Berhormat  memang  mempunyai   peluang  yang lain untuk membangkitkan usul yang berasingan atas isu Yang Berhormat hendak kemukakan tetapi bukan sekarang. Yang Berhormat….

Tuan Lim Kit Siang:  Inilah sidang khas  Parlimen

Timbalan Yang di-Pertua  [Datuk Ong Tee Keat]:  Yang Berhormat,  saya rasa masa dan peluang yang cukup telahpun diberi kepada Yang Berhormat.  Yang Berhormat, saya terpaksa memberhentikan ucapan  Yang Berhormat kerana….

Tuan Lim Kit Siang:   Ah………itu lah tak tahulah inikah  keadilan.
 
Timbalan Yang di-Pertua  [Datuk Ong Tee Keat]:  Bukan keadilan dipertikaikan Yang Berhormat, jangan putar belit, sebab yang ini Yang Berhormat, rupa-rupanya mencabar keputusan Kerusi.

Tuan Lim Kit Siang:  Itu……
 
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]:  Yang Berhormat Cukuplah.
 
Tuan Lim Kit Siang:  Ini apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahulah, ha… itulah jenis keadilan, inilah jenis demokrasi ala Mahathir.

(END)
11.53am

[Three Opposition Members of Parliament debated on the Bill - Tanjong (Lim
Kit Siang, DAP), Kepong (Dr. Tan Seng Giaw, Kepong) and Marang (Abdul Hadi
Awang, PAS). The Bill was passed without the participation of any of the
167 Barisan Nasional MPs]