Make your own free website on Tripod.com
SURAT DSAI KEPADA OKT DAN PENYOKONG REFORMASI

Saudara-saudara yang dihurmati,

Saya kagum dengan semangat yang saudara-saudara tunjukkan. Menyokong Reformasi bermakna menuntut KEADILAN, menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan. Justeru itu, sumbangan dan pengorbanan sdr-sdr amat bererti sekali.

Saya dukacita kerana tuntutan keadilan dan pembelaan nasib rakyat yang dibuat secara aman telah ditentang dengan keras dan ganas. Bahkan sdr-sdr ditangkap dan didakwa dan sebahagian dari sdr-sdr mengalami kecederaan. Namun, percayalah usaha dan pengorbanan sdr-sdr tidaklah sia-sia. Ini jelas dengan kesedaran meluas dikalangan rakyat menyokong Reformasi.

Maaf kerana tidak dapat bersama dengan sdr-sdr hari ini. Hanya iringan doa kehazrat Allah swt semuga selamat dan berjaya akhirnya.

Salam kepada semua dan keluarga.
Salam Reformasi

 
(Anwar Ibrahim)
25Feb 1999.