Make your own free website on Tripod.com
     Catatan Mak Cik
     Sat Nov 14 13:52:02 1998
 
Assalamu'alaikum,
 
Hari ini urusan keluarga membuatkan Mak Cik benar-benar letih tetapi urusan negara mana boleh dibelakangkan. Satu siri false start pulak hampir membuat Mak Cik tak ke mana-mana. Kata orang-orang tua, kalau kita nak ke mana-mana tiba-tiba banyak pula halangannya, itu petanda ada sesuatu yang tak baik bakal menimpa kita. Dalam keadaan biasa, mungkin Mak Cik akan     akur kepada petua sebegitu tetapi kali ini, kena tolak tepi. Reformasi tetap reformasi.
 
Hari ni Mak Cik sembahyang Maghrib di rumah. Kesian Pak Cik diharu Mak Cik supaya memandu dengan lebih pantas. Maklumlah takut ketinggalan. Seperti biasa kami menuju ke Masjid Negara dahulu. Mak Cik tengok banyak juga kereta diletakkan di tepi jalan menuju ke Pusat Islam tetapi di pekarangan Masjid, yang Mak Cik nampak hanya anak-anak kecil berlarian. Suasana di situ tenang, tiada reformist, tiada polis, tiada kun polis.
 
Destinasi kedua ialah Dataran Merdeka. Sewaktu Mak Cik tiba di lampu isyarat depan Muzium Tekstil, ada sebuah lori FRU tengah mengambil tempat. Kata Mak Cik, satu aja? Kami pusing ke kiri menuju ke Selangor Club, wowee, 4 trak berbaris di situ. Mak Cik tengok anggota-anggota FRU di sini amatlah bosan. Ada yang melakukan senaman ringan, ada yang hisap rokok dan ramai yang berdiri sambil berbual. Rupa-rupanya di hujung DM menghala ke jalan TAR, lagi banyak kenderaan polis. Campur kesemuanya ada 27 trak polis merah dan biru. Ini tak termasuk 2 Kancil dan lebih kurang 10 kereta Proton berbagai warna tak bertanda. Apa impression Mak Cik? Nampaknya seolah-olah kerajaan nak berperang dengan rakyatnya sendiri. Apakah perlu semua ini untuk menghadapi rakyat/the mob/reformist? Jika perlu,apakah SEBABNYA (bukan alasan ya!)
 
Seterusnya kami ke Kg. Baru. Ketika itu sudah ramai yang membarisi kiri kanan jalan menuju ke Masjid dari semua arah. Mak Cik sampai ke situ tepat ketika azan dilaungkan. Apa yang Mak Cik lihat dan dengar? KERETA-KERETA MEMBERHENTIKAN BUNYI HON MASING-MASING UNTUK MENGHORMATI AZAN. PENYOKONG-PENYOKONG REFORMASI BERTERIAKAN SESAMA SENDIRI - ISYA' OI! SEMBAHYANG DULU!

Alhamdulillah, para reformist ini nyata tidak mudah dibuai arus sokongan yang ketika itu pada perkiraan Mak Cik memang sedang hangat. Siapa kata para reformist tidak berdisiplin!
 
Kami kemudiannya terus ke KLCC sebab Pak Cik nak sembahyang di sana (surau favourite). Sepatutnya Mak Cik biarkan Pak Cik meletakkan kereta dibasement tetapi sebab Mak Cik nak cepat, Pak Cik pun letak kereta dikawasan terdedah. Jadi hari tak dapatlah Mak Cik menjalankan hobi Spot the SB. Yang Mak Cik nampak ialah anak-anak yang mengikut rombongan  sekolah. Adalah 4 buah bas sekolah di kawasan itu.
 
Selesai sembahyang, kami ke Kg. Baru semula dan meletakkan kereta di tempat sesuai dan berjalan ke arah masjid. Kali ini sukar bagi Mak Cik nak buat anggaran sebab jalan di sini banyak simpangnya tetapi Mak Cik terdengar perbualan telefon seorang lelaki Inggeris. Beginilah lebih kurang:
Right now I am at Jln. Raja Abdullah. Oh yes, there's a demonstration going on. It's big. This one is big. I would say there are thousands of people here. Can you please inform the Commissioner? Pak Cik kata kemungkinan mereka
ini dari British High Commission. Mak Cik tak pasti sama ada mereka terus berada di situ sebab kami beredar untuk mencari tempat lebih sesuai.
 
Kami berdiri di seberang Masjid. Orang ramai berkumpul di kawasan masjid.Ada seorang anak muda bertanyakan Pak Cik mengenai episod tembakan.Pak Cik kata dia tak tahu dan membuat andaian mungkin itu helah polis. Kemudian ada 3 anak muda berbual tentang perkara yang sama. Mak Cik cakap dengan Pak Cik, mesti cerita ini betul sebab anak muda yang bertiga  ini amat bertanggung-jawab kelihatannya. Mak Cik tak tahu nak ceritakan bagaimana tetapi cara mereka berefomasi bukanlah cara telur separuh masak, berkeyakinan dan tegas dalam tindakan. Umpamanya bila poster diwiper bas terlipat, segera mereka betulkan tanpa menyebabkan gangguan kepada lalu-lintas. Sebenarnya pengawal-pengawal reformasi telah
menjalankan tugas mereka dengan baik. Mak Cik mesti beri special mention kepada seorang reformist yang berseluar bermuda yang tidaklah setanding pakaian Azwan Anggun yang memang amat aktif mempastikan kelancaran perhimpunan. Pada suatu ketika, ada sekumpulan 2 pemberita asing dan seorang juruvideo yang sibuk mengambil gambar dari tengah-tengah jalanraya. Si pemberita asing ini menahan bas Intrakota supaya beliau dapat mengambil gambar yang ada poster terselit di wipernya. Biasalah dia orang ni, diberikan betis hendakkan paha pula tetapi reformist contoh ni ternyata tidak kemaruk publisiti, disuruhnya pemberita itu ke tepi dan diarahkan bas berjalan.
 
Sedang seronok bertepuk tangan dan menunjukkan isyarat ibu jari, kami ditegur oleh anak saudara Pak Cik. Katanya jalan masuk dari simpang Jln.Sultan Ismail sudah ditutup polis. Dia pun bergerak kerana nak ke tempat keretanya. Waktu itu lebih kurang jam 10 malam. Malam masih muda.
 
Mengikut aturcara, perhimpunan tamat jam 10.30 malam. Mak Cik yang mematuhi arahan pun bersurai pada ketika itu kerana nak balik menyusukan anak.Waktu kami tinggalkan Kg. Bahru, suasana di simpang masjid masih hangat.  Penghargaan MakCik kepada konvoi reformasi, juga kepada pemandu-pemandu yang secara tidak langsung terperangkap dalam konvoi  tetapi rata-rata semuanya membunyikan hon dan melemparkan senyum.