Make your own free website on Tripod.com
JAWATANKUASA BERTINDAK SELAMATKAN WANG RAKYAT
d/a Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat,  Markaz Tarbiyah PAS,
Lorong Hj Hassan, Off Jalan Batu Geliga,
Taman Melewar,  68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-6899296, 6895612  Fax: 03-6869618
 
PAS-PRM-ABIM-CAP-TERAS-KSH-GAMIS-PDPN-PMUM-PMUKM-PMUTM-PMUPM

_______________________________________________________________________________________
 

Kepada:
TAN SRI DATO' PADUKA SALLEHUDDIN MOHAMED
PENGERUSI EKSEKUTIF KWSP
BANGUNAN KWSP
JALAN RAJA LAUT
KUALA LUMPUR                                                                                                                  TELAH DIFAX
PADA 4 MAC 1999

Assalamu'alaikum wr. wbt.,

MOHON PENJELASAN BERHUBUNG KERUGIAN KWSP RM11.0 BILLION

Merujuk perkara di atas, Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Wang Rakyat ingin memohon penjelasan dari pihak YBhg Tan Sri berhubung satu rencana mendedahkan bahawa KWSP kerugian hampir RM11.0 billion.

Rencana oleh Lee Siew Lian dalam The Edge - Malaysian Business dan Investment Weekly  bertarikh 25 Januari - 31 Januari 1999 menyebut bahawa KWSP pada tahun kewangan 1997 telah menukar dasar perakaunan yang menjadi amalan KWSP selama ini. Pertukaran dasar perakaunan ini membolehkan KWSP hanya melaporkan kerugian sebanyak RM404 juta.  Jika dasar perakaunan KWSP yang diamalkan  sebelum ini digunakan untuk menilai untung rugi pelaburan, ia menunjukkan KWSP kerugian sebanyak RM10.986 billion. RM10.986 billion adalah satu angka kerugian yang amat besar berbanding  kerugian RM404 juta yang dilaporkan oleh KWSP pada tahun kewangan 1997.

Kami juga mengambil peluang di sini untuk melahirkan rasa kesal di atas sikap Tan Sri yang tidak memberi apa-apa penjelasan berhubung dengan memorandum bertajuk  'Berhenti Daripada Menyelamatkan Syarikat-syarikat Swasta Tertentu Yang Bermasalah'  yang kami serahkan kepada pihak Tan Sri pada 9 November 1998.

Oleh itu kami mendesak Tan Sri untuk memberi penjelasan lebih lanjut berkenaan perbezaan angka kerugian ini seperti yang didedahkan oleh penulis rencana tersebut dan juga memorandum yang bertarikh 9 November 1998. Rakyat dan pencarum perlu mendapat penjelasan kerana ianya melibatkan wang caruman mereka.

Sekian, terima kasih.

Saudara dalam Islam,
 

SALAHUDDIN HJ AYUB
Setiausaha Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Wang Rakyat

4 Mac 1999 / 15 Zulkaedah 1419