Make your own free website on Tripod.com
MAHADEI KETAR LUTUT

Cabaran terhadap kedudukan Mahadei di Kubang Pasu yang dibuat oleh DSWA dan disokong oleh pemimpin PAS nampaknya telah menunjukkan hasil. Ini kerana Mahadei dengan segera telah melantik bekas Menteri Besar Osman Aroff sebagai wakil calun bagi pihaknya  di kawasan Parlimen itu.

Osman Aroff yang tidak dikehendaki lagi oleh rakyat memang menyimpan cita-cita untuk kembali aktif dalam persada politik tertinggi UMNO. Lalu mantan MB itu berkata" Dia (DSWA) boleh bertanding di Kubang Pasu tapi saya fikir dia tak boleh menang".

Satu lagi faktor penting ialah dulunya Osman Aroff itu penyokong Anwar yang menjadi seteru orang-orang seperti Daim dan Sanusi. Lagipun Osman Aroff orang tempatan yang ramai saudara mara di Kubang Pasu.Tetapi berdasarkan tertubuhnya begitu banyak cawangan PAS di Kubang Pasu yang bersebelahan dengan Arau, Mahadei tidak diterima untuk majlis berbuka puasa oleh semua mesjid sehingga terpaksa buat di kem tentera, Mahadei tahu dia menghadapi laluan sukar dan kemungkinan kalah itu besar. Mahadei fikir Osman boleh bawa orang-orang DSAI di Kubang Pasu menyokongnya semula. (tentu tidak...!!!).

Bekas Setiausaha Osman iaitu Cikgu Nayan sudah masuk PAS dan menjadi penceramah penting PAS. Begitu juga bekas senator Cikgu Shuaib Lazim, dulunya orang kuat UMNO.

Cabaran DSWA itu telah mendapat reaksi Mahadei dan ini membuatkan beliau akan merasa malu untuk tukar ke kawasan lain seperti Langkawi, Kulim atau Lumut seperti yang digossipkan. Tentulah beliau akan dicap pengecut dan bacul jika takut kepada DSWA isteri kepada DSAI yang beliau aniayai dan baru pula dalam politik.

Sanusi Junid yang melihat rakannya semasa menyokong Gafar Baba iaitu Pak Lah menjadi TPM khabarnya ingin kembali ke pusat semula. Oleh kerana beliau sudah kalah pemilihan bahagian di Langkawi dan tidak diterima di kampungnya sendiri Yan (tempat Badruldin), beliau dijangka bertanding dalam Parlimen Pendang, kampung setiausaha sulitnya Rozai, mengambil tempat Othman Abdul yang dicap sebagai penyokong DSAI.

Ini membuatkan Osman Aroff, aktor utama kolam udang Kerpan mahukan jawatan lamanya sebagai MB.Mungkinkah ini sebahagian daripada deal menjadi wakil calun Mahadei kerana sudah terbukti Mahadei tidak kisah kepada korupsi  asalkan seseorang pemimpin itu menyokongnya?