Make your own free website on Tripod.com
PENGUMUMAN PENTING....

Bismillah ir Rahman ir Rahim

Assalamualaikum w.w.

Kepada semua para pejuang dan webmaster2,

Berita terbaru yang kami terima bahawa pihak polis akan berusaha untuk menjalankan operasi besar-besaran untuk menangkap rakan-rakan pejuang REFORMASI dalam waktu terdekat ini.

Berita yang kami terima dari sumber yang boleh dipercayai dari Pusat Tahanan di Kamunting, Perak.
PIHAK KEMENTERIAN DALAM NEGERI - KDN, TELAH MENGELUARKAN ARAHAN SUPAYA DISEDIAKAN 1000 KATIL UNTUK TAHANAN BARU ISA. TOLONG BUAT "CROSS-CHECK".

Jadi harap semua berhati-hati dengan setiap perangcangan dan gerak-geri kita. Perjuangan mesti diteruskan dengan cermat dan "work-smart" agar api Reformasi ni takkan mati begitu sahaja.

Kekuatan kita takkan pudar malah akan lebih semarak lagi.Kita tidak gentar walau 10 ribu yang ditangkap kerana kami yakin Allah bersama kita. Jadi biar apa mereka nak buat kerana kita sebagai rakyat yang sedar pentingnya KEADILAN ditegakkan, akan terus dan terus bangkit menentang kezaliman.

Kita baru dikejutkan ttg pejabat Peguambela Pawanchik Merican menunjukkan bhw. mereka dah ketandusan bukti untuk memungkinkan DSAI dijatuhkan hukuman penjara. Ini membuktikan mereka akan sedaya upaya melumpuhkan gerakan REFORMASI ini.

KUATKAN IMAN ,SOLAT BANYAK2 AGAR DIHIDAYAHKAN ALLAH KEMENAGAN JADI MILIK
KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA.

WASSALAM.