Make your own free website on Tripod.com
Yang Tergores Dan Di Gores

Kebetulan, saya baru sahaja selesai membaca buku terbaru SH Alattas yang bertajuk Mahathir, Anwar, Konspirasi, Reformasi. Dan malam tadi yang terlihat berita kat NTV7 yang menyiarkan ulasan budak-budak UMNO tu, dan terbaca
juga statement Dr.NS. Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen atas perkara yang sama.

Pertama, Saya suka meminjam pernyataan Dr.NS iaitu "As a Malaysian, I am fed up of stupid, ignorant kurang ajar idiots insulting my country," wrote Noordin " ; tetapi saya rasa ayat tersebut patut di tujukan kepada Dr.NS, budak- budak UMNO dan jurucakap-jurucakap Dr.MM yang pekak dan celupar tu. Ini memandangkan dengan jelas mereka tidak memahami keseluruhan ucapan Al Gore serta bersikap tidak rasional dan tidak ada intelektual langsung. Mereka bukan sahaja orang yang memakan cili tetapi juga seperti orang kelemasan yang sanggup mengambil apa sahaja yang lalu di hadapan mereka sebagai bahan untuk terus timbul dalam arus REFORMASI yang sangat hebat ini.

Kenapa kita budak-budak UMNO tu mesti melenting dan mengemukakan berbagai cadangan yang kanak-kanak Tadika pun
mencemuhnya. Mereka nak adakan kursus kononny untuk mengajar adab dan tatasusila kepada AlGore. Siapalah orang Amerika itu. Berapa banyaklah damage yang telah dilakukan kepada rakyat Malaysia ( kecuali Dr.MM dan kuncu-kuncunya) . Tetapi yang anihnya apabila Dr. MM mempersenda-sendakan Nabi Muhammad SAW dan hukum-hukum tuhan tiada pun kedengaran ulasan dari mereka. Mereka patut mengadakan kursus khas untuk Dr.MM adab menghormarti Allah, Nabi, ugama dan rakyat malaysia amnya. Mereka patut menjemput ulama dari Luarnegara jika mereka dah tak percaya dengan ulama tempatan.

Saya juga suka cadangkan semua budak-budak tersebut (termasuk ketua budak berhingus itu ) membaca buku SH Alattas. Kalau takdapat, sila hubungi SHA untuk dapatkan sesalinan.

Kepada Para REFORMASI sekelian, teruskan perjuangan kita untuk masadepan ugama, negara, bangsa, dan generasi kita yang lebih cemerlang. Jangan biarkan nasib mereka semua ditangan budak-budak berhingus yang akal tak sampai sejengkal.

"SEMOGA ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA KITA, INSYAALLAH."