Make your own free website on Tripod.com
KENYATAAN MEDIA

PENAHANAN SDR SAARI SUNGIB PRESIDEN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) menyesali dan mengutuk di atas penahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
terhadap Saudara Saari Sungib, Presiden JIM pada 12 Oktober 1998 yang juga sebagai anggota GERAK.

Penangkapan ini menandakan kerajaan sekali lagi telah menyalahgunakan kuasa dengan tidak menghiraukan sentimen dan perasaan rakyat yang menentang ISA dan penggunaannya ke atas mana-mana individu rakyat.

Tindakan itu juga menunjukkan sikap angkuh kerajaan dengan membelakangkan hasrat rakyat yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

GERAK mendesak supaya kerajaan membebaskan Saudara Saari Sungib dan lain-lain tahanan ISA dengan seberapa segera tanpa syarat.

Terima kasih.
 

DATO' HAJI FADZIL MOHD NOOR
Pengerusi
Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia