Make your own free website on Tripod.com
1 Oktober 1998

Chua Tian Chang 

Saya tiba di Dataran Merdeka pada lebih kurang jam 5.00 petang pada hari Isnin 28 hb September 1998. Trafik di sekitar dataran agak sesak disebabkan oleh banyak truk FRU berhenti di pinggir jalan. Didapati juga beberapa kelompok orang awam duduk dan berdiri di tepi airterjun, di tepi mahkamah dan tebing sungai. Oleh kerana kehadiran polis and anggota FRU secara beramai-ramian, suasana di Dataran Merdeka adalah angak tegang. 

Apabila helicopter mulai berputar di atas langgit dataran, orang ramai membalas dengan sorakan "boo". Dan tiba-tiba ada sorakan slogan "reformasi" di kalangan kolompok orang-orang di sebelah mahkamah. Sebab saya berada di sebelah dataran, saya tidak nampak siapa yang memulakan sorakan itu. Sorakan itu menerima sambutan baik dari semua orang-orang ramai yang berada di sekitar dataran. Ramai ornag menepok tangan dan ikut menyorak bersama-sama. 

Selepas beberapa minit, FRU mula berbaris dan memarak ke arah perkumpulan orang ramai. Satu barisan FRU bermarak dari Jalan Tun Perak, dan satu lagi dari tiang bendera. Orang-orang yang berkumpul di tengah (iaitu di antara Mahkamah Magistret dan Mahkamah Persekutuan) mula bersurai ke beberapa haluan sebelum ketibaan FRU. Pada ketika itu, saya berdiri di atas jambatan besi di tepi mahkamah. Saya lihat OCPD Zainal Abidin muncur dengan mickrofon. Oleh sebab jarak saya terlalu jauh, saya tidak dengar apa yang dia ucapkan. Tiba-tiba FRU mula menyerang orang-orang yang berada di tepi sungai. Dan mereka mula lari ke arah Central Market.

Dari jambatan saya dapat lihat ramai orang dikeja dan dipukul. Saya mengekori beberapa orang wartawan ke arah FRU. Beberapa meter dari jambatan, saya lihat sekumpulan orang sedang dipukul oleh FRU. Saya tampir ke tepi jalan supaya dapat melihat dengan lebih jelas apa yang serdang berlaku.

Tiba-tiba seorang SB (plain cloth) yang memakai jaket kulit memegang tangan saya dan kata, "kau ikut saya!" Saya cuba tanya namanya dan apa alasan tangkapan saya, dia menarik tangan saya dengan kekerasan. Dalam kesakitan saya, saya cuba meyeru dia melepaskan tangan tetapi dia bertindak dengan membelot tangan saya ke belakang dan menolak saya ke sebuah truk FRU (merah) yang bergerak ke arah kami. Saya ditolak ke dalam truk itu. Beberapa orang tangkapan lain juga ditolak masuk. Saya agak kami ditangkap pada pukul 6.30 pm.

Dengan serta-merta, saya menelifon pejabat SUARAM dan memaklumkan kawan saya bahwa saya telah ditahan. Beberapa minit kemudian, seorang anggota FRU yang bernama Kumar naik dan dia mula memukul orang yang ditangkap dia. Lepas itu seorang FRU lagi naik dan dia juga memukul dan menyorak kepada orang tahannya. Pada saat itu saya telifon lagi ke kawan saya dipejabat dan merakamkan cakapan FRU itu. Pegawai FRU Kumar tersedar bahwa saya serdang merakamkan kekerasan mereka, dia datang ke depan muka saya dan menyuruh saya tutupkan telifon. Saya terus menyebut nama mereka:

"FRU Kumar, FRU Zainuddin..." kepada rakan saya dalam telifon.

Kumar menjadi marah dan mula pukul saya dengan batonnya. Saya dipukul di bahu, tangan dan kaki. Pukulannya telah mengakibatkan kesakitan yang serius di kedua-dua bahu saya dan kaki saya. Lepas itu, handfon saya dirampas oleh FRU itu. Dalam truk itu ada lebih kurang 20 orang tahanan.

Dalam truk FRU, IC kita dikutip oleh pegawai Zainuddin. Truk itu dipandu kembali ke tebing sungai dan di sana beberapa berpuluh-puluh orang-orang tahan yang lain juga dihimpun. Mungkin atas kesedaran kesalahannya, pegawai Zainuddin telah kembalikan handfon saya. Sekali lagi saya menelifon rakan saya di SUARAM. Kali itu, beberapa orang SB dan pegawai polis mula mengungut saya. Salah seorang SB Cina cuba menginterrogasi saya tetapi saya enggan jawab. Atas ketahuan saya seorang anggota NGO, dia dan beberapa pegawai polis menyorak dan memaki saya tidak terhenti-henti.

Selepas lebih kurang setengah jam, saya agak kira-kira 7.30pm atau 8.00 pm. Saya bersama-sama lebih kurang 25 orang yang lain dimuat ke dalam truk polis (biru) dan diangkut ke IPK di Bukit Bintang.

Di IPK, kami disuruh duduk berdepan dengan sebarisan meja. Kami sebenarnya dikumpulkan dan diproses di car park IPK. Sekumpulan pegawai polis yang ditugaskan mengambil catatan investigation report dan borang 113. Semasa seorang wartawan asing menelifon saya. Tetapi sebelum saya dapat menjawab telifon, pegawai-pegawai SB datang dan cuba merampas handfon saya. Rambut saya ditarik dan saya ditendang dari belakang. Tetapi apabila saya berdiri dan cuba menanya siapa yang melakukan kekerasan tersebut tidak ada pegawai yang ingin jawab.

Sepanjang masa menunggu geliran catatan 113, saya bersama orang-orang lain, pegawai-pegawai terhenti mengugutan dan memarahi kami. Mereka juga cuba menakutkan orang-orang tahanan lain muntuk memberi maklumat. Saya cuba menerang kepada rakan-rakan bahwa borong 113 harus dijawab dengan sukarela dan adalah tidak wajib untuk menjawab soalan yang mungkin menjenayahkan diri sendiri. Ini menyebabkan kemarahan setengah-tengah pegawai. Mereka juga menggunakan perkataan keras dan makian kepada saya. Pada saya ketika (semasa saya serdang membuat catatan 113), seorang pegawai Melayu yang tidak berbadge menggunakan kata-kata racist terhadap saya. Dia marah kepada seorang tahan Indonesia dengan kata bahwa dia tidak harus dengar nasihat Orang Cina. Dia hanya berhenti ugutan racistnya selepas saya balas, "kau jangan gunakan kata-kata racist, dia (menunjuk kepada pegawai Cina yang mengambil catatan 113 saya) juga Cina".

Saya juga menerima ugutan dari banyak pegawai yang lain. Saya tidak teringat nama-nama mereka sebab telah gelap di sekitar car park. Saya juaga dapati bahwa ramai pegawai tidak memakai badge nama mereka. Yang saya ingat pegawai yang pernah mengugut adalah Jagwant Singh, Rajen, Chia, dan beberapa pegawai lain yang saya boleh kenal muka tetapi kurang pasti nama mereka.

Pada malam itu, OCPD Zainal tidak berperangai secara professional. Bukan saja dia turut mengugut saya,dia juga cuba menakutkan saya dengan kata-kata seperti: "you are now under my custody, I can do anything to you!"

Kelakuan dan perkataan OCPD telah mengalakkan pegawai-pegawai lain meneruskan berbagai-bagai kata-kata kejam terhadap saya. Mereka menggunakan kata-kata seperti, "orang bodoh, lawyer buruk, stupid, ...dll". Saya anggap segala-gala kelakuan mereka bertujuan menunjukkan kekuasaan mereka dan menakutkan orang-orang tahan di situ. Di antara kami, ada dua orang tahan yang berluka serius. Salah seorang kepalanya masih berdarah sepanjang masa kami menunggu catatan 113 diuruskan. Saya cuba menyeru polis supaya dia diberi rawatan keubatan tetapi tidak dipeduli. Dia hanya dihantar ke klinik atau hospital setelah sampai di lockup di mana pegawai-pegawai enggan menerima tanggungjawab kalau sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Saya agak pada pukul 10.00 malam, kami dihantar ke lockup di stasen polis Campbell. Kami (lebih kurang 50 orang) disuruh duduk dalam ruang tengah lockup (bukan dalam sel) tetapi tidak diberitahu apa yang akan terjadi. Ketika kami masuk ke lockup, orang-orang tahan dalam sel mula tepuk tangan dan menyorak "reformasi!".

Pegawai SB (seorang India yang tidak punya badge nama) yang mengiringi kami berasa marah dan mengarah pegawai lockup membuka pintu sel. Dia menarik rambut salah seorang tahanan keluar sel, terus tendang dan pukul dia. Sungguhpun takut, saya tidak tahan melihat kekejaman SB itu. Saya sorak: "ooi! polis tidak boleh guna kekerasan!"

SB India itu marah sekali, dia lari ke arah saya (diikuti seorang SB Melayu), menarik ramput saya dan dipaksa berdiri. Seketika saya berdiri, saya kata, "stop it!". Dia terus menumbuk perut saya. Dengan kekerasan yang tiba-tiba, saya terjatuh di lantai. SB itu tendang lagi. Saya ditendang di kaki dan kepala. Seorang SB Melayu itu ikut tendang perut saya. Dalam kesakitan, saya memegang kasut bootnya untuk menghentikan kekerasannya. Saya dipijak lagi.

Selepas beberapa saat, saya berdiri lagi dan berdepan dengan SB India itu. Saya kata, "you try doing this again!" Dia tumbuk lagi. Saya sekali lagi bercabar kepadanya, "you wait until I go out!".

Selepas itu, kedua-dua orang SB keluar dan meninggalkan lockup kami. Kami terus menunggu di ruang lockup sehingga pegawai lockup mula membebaskan kami secara giliran pada jam 3.00 pagi. Lebih kurang 30 orang tahan dijamin keluar pada pagi itu (30 Sept.). Ada lebih kurang 20 orang terus ditahan. Saya dibebaskan dengan jaminan pada jam 3.45 pagi.

Saya berasa kesakitan di bahu kiri dan kaki kiri akibat pukulan FRU (Kumar). Tangan kanan saya (joint di bahu) juga sakit kerana dibelot dengan kekerasan oleh SB yang menangkap saya. Saya tidak ingat rupanya sebab dia berada di tepi dan di belakang saya semasa saya ditangkap. Yang pasti dia seorang pegawai Melayu. Dada dan perut saya juga amat sakit kerana pukulan oleh SB dalam lockup.

Saya telah diperiksa dokter di Hospital Universiti pada 30 September pukul 2.30 petang. Laporan medikal akan disiap two minggu lagi. Sehingga waktu ini, iaitu selepas lebih dari 36 jam, saya masih berasa kesakitan di beberapa bahagian badan saya.

Dengan membuat aduan ini secara resmi, saya harap tindakan segara akan diambil oleh pihak bertanggungjawab supaya kekerasan dan penyalahguna kuasa dalam pasukan polis dapat dihentikan. 

Oleh: Chua Tian Chang (ID: 7175745)