Make your own free website on Tripod.com
SURAT SEORANG GURU YANG KECEWA

Saudara Pengarang,
 

SAYA salah seorang guru Sekolah Menengah Jitra, sungguh dukacita dan sedih kerana pihak sekolah telah membuat pembohongan besar dengan  membawa pelajar saya beserta dengan beberapa pelajar lain ke  Universiti  Utara Malaysia pada 27 September, 1998 (jam 8.30 malam hingga 11.30 malam), kononnya mengikuti kegiatan 'Peluang Pendidikan Kerjaya'  tetapi sebenarnya pada tarikh dan malam tersebut, pelajar-pelajar yang mentah ini dipaksa mendengar ceramah Dato' Seri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah tentang keburukan moral Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Setahu saya, pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti politik. Sedarlah wahai golongan pendidik, tolonglah jangan jadi talibarut golongan yang suka memfitnah. Ingatlah apa yang kita lakukan itu amat jauh terpesong dari aspek pendidikan.

Jangan libatkan pelajar-pelajar yang tidak tahu menahu, mendengar kata-kata jahat dari golongan politik. Berpeganglah pada prinsip yang dilaungkan - pelajar-pelajar tidak boleh terlibat dengan mana-mana parti politik.

Saya sekali-kali tidak redha di atas aktiviti seperti ini dan ingatlah saya akan menuntut di hadapan Allah sesiapa yang terlibat membawa pelajar saya ke jalan yang sesat ini, khususnya Dato' Menteri Besar Kedah.

GURU YANG KECEWA,
Alor Setar.