Make your own free website on Tripod.com
BILA SIDA & SUNDAL MAHATHIR MENULIS - TERJANGAN SULUNG BUAT AWANG SULUNG :

Di zaman feudal China dahulu golongan SIDA ( EUNUCHS ) merupakan kelompok lelaki yang telah dikembirikan bagi tujuan berkhidmat
sepanjang hayat kepada maharajanya , antaranya menjaga kamar gundeknya . Begitu taat lagi kuat mengampunya golongan ini terhadap maharaja hinggakan semasa Maharaja berarak, mereka ini akan memegang cebisan serta tali jubah Maharaja agar tidak bersentuh tanah. Barang - barang peribadi Maharaja , malah NAJISNYA sekali, yang disimpan didalam kotak - kotak khas, akan dipegang erat atau dijunjung diatas jemala mereka .

Golongan sida amat berpengaruh didalam istana hinggakan kebanyakan konspirasi serta adu - domba , hinggakan musnahnya sesuatu dinasti itu adalah kerja keji mereka juga. Golongan sundal pula, yang kita umum maklum, ialah mereka yang memperdagangkan maruah serta jasad demi kepentingan kebendaan .

Perbandingan tabiat sida & sundal ini amat releven didalam memperkatakan sikap media tempatan kita kini , terutamanya didalam menempelak tulisan serta propaganda keji Awang Sulung di dalam Mingguan Malaysia ( 21 Feb 1999  ). Ini kerana seperti golongan sida serta sundal juga , mereka ini sanggup melacurkan maruah diri & agama , mengampu serta mengadu-dombakan masyarakat demi habuan kebendaan yang dijanjikan oleh "Maharaja" mereka ini.

DEB & KETUANAN MELAYU :

DEB merupakan penawar mujarab lagi pragmatis tatkala jelas ketidakseimbangan ekonomi telah menggugat keamanan serta kestabilan
negara dahulu. Lantaran itulah, UMNO ketika itu telah mendapat sokongan padu majoriti umat Melayu . Namun, hari ini senario telah berubah dengan amat ketara sekali . Omongan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO sudah lapuk, malah merupakan suatu laungan nista yang menghiris perasaan orang Melayu sendiri.

Senario hari ini ialah perihal "MELAYU MAKAN MELAYU". Pemimpin Melayu merogol anak gadis Melayu dan "terlepas" pula . Pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan pemaju untuk menghalau setinggan Melayu semasa Ramadhan. Pemimpin Melayu yang mencanang serta berkomplot untuk menabur fitnah serta menzalimi pemimpin harapan orang Melayu. Malah,"Maharaja Dewata" Melayu sendiri jugalah yang begitu mudah mengherdik serta menghina ulamaknya, sambil memperleceh serta memesongkan tafsiran agamanya sendiri. Ini hanyalah baru beberapa contoh sahaja diantara begitu banyak dosa - dosa kepimipinan Melayu yang diterajui oleh UMNO kini.

Juak, khadam serta suku - sakat pemimpin Melayu , seperti Renong / UEM, dll ( kecuali Petronas yang pemiliknya adalah negara & bukan "tabung peribadi" Mahathir ) jugalah yang rakus melahap hak serta wang rakyat ( tidak kira Melayu atau sebaliknya ) dengan pelbagai bentuk "bailout" serta projek gergasi mereka , "kununnya" atas kepentingan ekonomi Melayu.

Kesemua ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan , atau lebih tepat lagi, "KEFIR’AUNAN" pemimpin Melayu SEKARANGLAH yang diterajui oleh Mahathir, yang telah menzalimi , meminggir serta memporak-perandakan bangsanya sendiri.

Adakah sida propaganda mereka ini , seperti Awang Sulung mengharapkan hanya dengan mengimbas nostalgia zaman silam , maka rakyat wajar membutakan mata serta membatukan hati untuk membenarkan kedurjanaan keatas agama & bangsa  ini berleluasa ? Ini adalah andaian yang silap kerana dondang sayang & gurindam purba yang didodoikan oleh rejim ini tidak akan dapat menyejukkan perasaan yang kian membara, mahupun melenakan mata umat Melayu, yang rata - rata semakin dapat melihat sendiri kezaliman serta pemerkosaan rakus lagi berleluasa oleh rejim Mahathir, keatas kepentingan umatnya

Apa yang RELEVEN ialah kini tindak - tanduk serta pegangan moral kepimipinan SEKARANG & bukan lagi buaian mimpi serta kenangan silam. Ini kerana kepimpinan KINIlah yang yang akan dipertanggung-jawabkan menangani segala kegawatan kini serta mencorakkan hala tuju &  kesejahteraan masa depan negara , terutamanya didalam menangani pelbagai
pancaroba alaf mendatang

TRAGEDI 13 MEI 1969:

Tragedi "13 Mei" telah dieksploitasikan dengan kejinya oleh sida Awang bertujuan untuk memarakkan sentimen perkauman . Lebih - lebih lagi untuk menimbulkan kebencian umat Melayu kepada DAP , lantas memecah -belahkan kesatuan gagasan pembangkang. Disamping itu juga, momokkan ini ditujukan secara tersirat kepada kaum bukan Melayu bahawa "kununnya" perjuangan gerakan reformasi serta gagasan pembangkang akan hanya mencetuskan tragedi sama . Lantaran itu , rakyat khususnya bukan Melayu , tiada pilhan lain melainkan menyokong rejim BN kini untuk mengelak tragedi tersebut daripada berulang.

"13 Mei" tercetus natijah ketidakseimbangan serta tuntutan sosio - ekonomi diantara KAUM , ketika negara masih lagi di waktu pasca
kemerdekaan . Rakyat ketika itu masih tercari - cari halatuju serta wadah untuk menghayati serta mengisi kemerdekaan . Selain daripada
perasaan perkauman yang masih menebal & taraf pendidikan yang rata - rata masih rendah ketika itu, yang turut melemahkan kematangan
pemikiran rasional , lantas terikut - ikut oleh "kata rasa , bukan kata akal" .

Dalam hal ini jugalah, timbulnya pengadu - domba serta pencetus api perkauman yang bukan hanya dari golongan bukan Melayu , malah dari orang Melayu sendiri. Awang sida mungkin alpa kepada penulisan berbentuk perkauman lagi mencerca Almarhum Tunku, ketika itu oleh seorang pemimpin Melayu kacukan Kutty Pakistan ( beliau sendiri mengaku "kacukannya" didalam surat kepada Tunku dimana beliau ada mengatakan mempunyai tidak kurang dari "dua sudu" darah Kutty Pakistan )  yang berselindung dibawah nama pena "Che Det" , "Selendang Merah" dll.

Setelah dihambat Tunku , yang sebelum itu telah dicerca olehnya sebagai "Anak gundek Siam yang tak layak memimpin orang Melayu" , beliau kemudiannya menulis buku "Malay Dilemma" yang boleh dikatakan juga ketika itu, tengik dengan bau perkauman . Dan tatkala perbalahan kaum semakin menggeledak , beliau kemudiannya "lari sebentar" ke London , "kununnya" bagi mengelakkan diri daripada di ISA kan oleh Tunku.

Pokoknya , jika mahu diungkit tragedi silam , maka bukan sahaja dosa pembangkang dapat diketengahkan , malah taktik KEJI , BEJAT LAGI BACUL pemimpin kutty diatas , yang kini dikenali sebagai PM MAHATHIR ,  turut dapat ditelanjangkan. Mahathir kini yang tidak segan silu berkokok di Sabah melaungkan  "bahaya unsur perkauman" sedangkan sida serta sundal propagandanya sendirilah yang sedang bergiat cergas menaburkannya didalam media massa mereka.

Namun bagi pejuang reformasi serta rakyat Malaysia yang rasional, sikap mengungkit ini tidak akan membawa apa - apa kebaikan . Malah,  ianya hanya menimbulkan permusuhan sesama kaum yang akan mengusut serta membantutkan lagi usaha menangani kegawatan serta kezaliman kini.

Justeru itu, jika mahu mengambil iktibar dari tragedi ini , maka ianya ialah KESEDARAN KITA AKAN BAHAYA KETIDAKSEIMBANGAN LAYANAN SERTA TUNTUTAN KEATAS KESTABILAN NEGARA, TIDAK KIRA SAMADA KETIDAKSEIMBANGAN ANTARA KAUM ,MAHUPUN DIDALAM KAUM ITU SENDIRI. Bukannya mengungkit - ungkit falsafah perkauman sempit yang akan hanya membinasakan segala usaha gigih & murni kepimpinan dahulu, terutamanya  arwah Tun Razak.

Dalam hal ini , rakyat keseluruhannya , terutamanya generasi kini umat Melayu, semakin berpelajaran lagi matang . Ketidakseimbangan tuntutan kini bukannya antara kaum lagi . Sebaliknya , apa yang berlaku kini ialah KERACUNAN SERTA PENODAAN KONTRAK SOSIAL KAUM MELAYU OLEH PEMIMPINNYA SENDIRI, KHUSUSNYA, UMNO. Hatta, segala kemungkaran politik mereka yang disebutkan terdahulu.

Maka itu , jika terjadi sebarang pertembungan sekalipun , maka sasaran umat Melayu AKAN DITUJUKAN KEATAS KEPIMIPINAN UMNO SENDIRI, KHUSUSNYA "MAHARAJA DEWATA MAHAZALIM MAHATHIR" & BUKANNYA UMAT BUKAN MELAYU. Lantaran itu, janganlah Awang sida cuba memperbodohkan kaum bukan Melayu dengan memomokkan jembalang khayalan mereka sendiri .

MEMBEBANKAN SEGALA PUNCA MASALAH KEPADA ORANG LAIN ( SCAPEGOATING ) :

Taktik keji sida Awang ( maaf, "Awang" dah hilang - dikembirikan oleh Mahathir ) kita ini yang tanpa segan - silu meniupkan api perkauman
dengan memomokkan jembalang "13 Mei" jelas menunjukkan bahawa rejim inilah yang sebenarnya TANDUS LAGI MUFLIS idenya didalam menangani kegawatan politik kini.

Kerana gagal mendapatkan keyakinan penuh rakyat serta menenangkan kebencian mereka yang semakin memuncak , hatta kepincangan rejim ini  sendiri menangani kegawatan politik serta ekonomi , maka jalan yang paling mudah ialah mencari "kibas sembelihan" ( "scapegoat" ) yang kepadanya dibebankan segala punca permasalahan kini .

Dengan cara ini , rejim ini bukan sahaja dapat mengelak daripada menjelaskan hal sebenar , malah segala "dosa serta honar" mereka selama ini yang turut sama menyumbang kepada petaka kini, turut diselindungi . Ianya juga bagi mendapatkan sokongan membuta dari rakyat untuk "menghalalkan" usaha - usaha keji & tersirat mereka, untuk terus melahap perbendaharaan serta hak rakyat . Ini melalui pelbagai lagi "bailouts" menggunakan wang amanah & pencen rakyat serta pelbagai projek mega, "kununnya" atas dasar syumul "untuk mempertahankan hak bangsa & negara dari jatuh & dijajah oleh pihak asing".

Taktik putarbelit jijik rejim ini jugalah akan "menghalalkan" segala penindasan serta tohmahan keatas musuh - musuh tempatan rejim ini ,
yang mampu menggugat kekuasaannya , lantaran sokongan yang semakin memberansangkan dari rakyat . Taktik keji ini ditujukan  terutamanya terhadap  DSAI serta gagasan pembangkang seperti DAP serta PAS yang dilabelkan sebagai talibarut asing & pelampau agama serta pekauman.

KERAJAAN TERPAKSA MENGAMALKAN KRONISME SERTA SIKAP TIDAK TELUS DEMI MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN MELAYU:

Awang sida juga telah menghina intelek serta kewibawaan umat Melayu dengan mengandaikan "kununnya" umat Melayu berpautkan kepada dasar ketidak - telusan serta kronisme demi memajukan diri sendiri. "Kununnya" kerajaan terpaksa bersifat "tidak telus" serta "kronisme" semata - mata menjaga kepentingan Melayu . Ini hanyalah dusta keji belaka demi melindung kebejatan rejim ini . Mungkin bagi juak - juak Mahathir ianya releven, tetapi terdapat pelbagai isu yang telah menelanjangkan kelemahan alasan ini.

Lihat sahaja projek konsesi Tol , terutamanya kontroversi LDP baru - baru ini . Menterinya ( yang baru membelanjakan lebih RM 1 Juta untuk perkahwinan anaknya ) ialah orang India, sementara pemegang konsesinya ialah orang China ( orang Melayu hanyalah "rakan kongsi tidur" yang mengutip komisyen ). "Permuafakatan Muhibbah" yang keji ini jugalah yang sedang mencekik darah SEMUA rakyat , mlelaui tol mereka serta berkeras untuk merahsiakan butiran konsesi kepada pihak umum.

Lantaran itu, didalam memerangi KEDURJANAAN SERTA PENYELEWENGAN ( rasuah , kronisme , ketidak telusan serta nepotisme ) janganlah orang Melayu dijadikan "perisai" alasannya . Alasan tersebut bukan sahaja telah mencemarkan moral serta kewibawaan Melayu , malah menunjukkan betapa TOLOL , MIRING LAGI DANGKAL minda penulisnya.

KESIMPULAN :

Walaupun jelas penulis sida & sundal seperti Awang Sulong telahpun menggadaikan maruah serta etika kewartanannya kepada diktator nyayuk lagi zalim seperti Mahathir, beliau hendaknya janganlah mengandaikan bahawa majoriti umat Melayu, khususnya golongan menengah serta rendah adalah sama dayus lagi bejat moralnya seperti beliau.

Orang Melayu masih mempunyai kewarasan , harga diri serta kental semangat keimanan & kepahlawanan mereka untuk bangit memerangi segala kezaliman serta penganiayaan keatas umatnya , tidak kira siapa .Lebih - lebih lagi terhadap kepimpinan bejat seperti Mahathir kini , yang ibarat "Harapkan Pagar , Pagar Makan Padi". Mereka ini akan  dihambat balasan pedih rakyat tatkala pilhanraya kelak.

Tatkala itu juga , seperti sida - sida di zaman feudal China , kita juga ingin melihat kelak samada mereka seperti Awang Sulung ini, masih mahu lagi memegang tali jubah maharajanya serta menjunjung kotak najisnya diatas kepala mereka.
 

MAT KILAU BARU.