Make your own free website on Tripod.com
OMONGAN MAHATHIR KEPADA RAKYAT SABAH : IKTIBAR BAGI PENGUNDI SABAH SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA:

"Rakyat yang tidak tahu mengenang jasa kerajaan.... Kerajaan BN hanya mahu memajukan negeri Sabah, bukan menindas .....Undang - undang tidak kira pangkat & kedudukan...." begitulah antara kata - kata "hikmah" Mahathir untuk menjaja propaganda sesatnya kepada rakyat Sabah .

Omongan sedemikian telah mendedahkan kelemahan , kejahilan & keangkuhan Mahathir serta rejim BN nya didalam menangani tuntutan serta permasalahan rakyat.

Omongannya "kununnya" rakyat sewajarnya menghargai "jasa" kerajaan , khususnya jasa "Maharaja" kita ini , telah memperlihatkan kejahilannya tentang erti sebenar demokrasi serta aspek agamanya sendiri.

Beliau semakin nyanyuk lagi alpa kepada hakikat bahawa sepatutnya PEMIMPINLAH yang terhutang budi kepada rakyat. Ini kerana didalam demokrasi, MANDAT RAKYATLAH yang telah meletakkan seseorang pemimpin ke kedudukan terhormatnya kini . Bermula dari seorang wakil rakyat biasa hinggalah menjadi menteri / perdana menteri.

Bagi Mahathir, jika rakyat Kubang Pasu tidak memberikan mandat mereka kepadanya , maka beliau tidak akan menjadi wakil rakyat , apa lagi PM seperti hari ini. Jika mereka tidak meredakan mandat mereka, maka sudah lama Mahathir kekal terperosok sebagai doktor klinik kelas dua ( Klinik Maha ) di Alor Setar . Mirzan , Mokhzani serta Mukhriz tidak akan berdiri gah dengan empayar korpratnya serta mendapat bailout seperti hari ini . Kepala lanunnya pula , Daim ( yang kaya atas ihsan beliau ) akan kekal sebagai ‘loyar buruk’ menjaga kilang garam yang hampirmuflis .

Ini baru ‘rezeki’ Mahathir & juak - juaknya hasil daripada mandatrakyat & belumpun mengambilkira rezeki menteri - menteri lain seperti Samy Velu ( menangpun atas sokongan umat Melayu di Sg Siput ) , Liong Sik dll. Maka itu , MEREKALAH yang seharusnya berterimakasih , seterusnya memastikan keperluan rakyat dijaga .

Hatta, segala usaha bagi kesejahteraan rakyat seperti menyediakan kemudahan sosio - ekonomi ( peluang pelajaran , ibadah , perniagaan , dll. ) serta prasana ( sekolah , jalan , hospital , dll ) adalah sememangnya TANGGUNG JAWAB pemimpin / kerajaan . Ianya bukan "sedekah" mereka kepada rakyat .

Tambah lagi , segala kemudahan ini adalah hasil cukai yang dipungut dari rakyat , lantas adalah hak mutlak rakyat juga. Justeru itu , rakyat bukannya PENGEMIS hina yang wajib mengucap "syukur" , bersujud & menyembah kepada pemimpin / kerajaan, diatas menyediakan kemudahan yang sememangnya hak mutlak rakyat.

Disamping itu , didalam demokrasi , pemimpin hanyalah PEMEGANG AMANAH mandat serta kepercayaan rakyat . Rakyat sebagai pemberi mandat berhak menegur pemimpin tatkala pemimpin dilihat mengabaikan kepentingan rakyat, apatah lagi menindas serta menzalimi rakyat . Mereka juga berhak menarik balik mandat tersebut dengan mengundi gagasan politik lain
sekiranya telah hilang kepercayaan terhadap kepimipinan kini.

Hanya didalam sistem AUTOKRASI lagi zalim & REJIM PENJAJAH sahajalah ,  yang begitu mudah mempersenda serta menodai amanat rakyat dengan menyalahgunakan pangkat serta kedudukan untuk kepentingan sendiri . Ini termasuk mengayakan juak serta sanak-saudara disamping memperalatkan segala jentera kerajaan serta perundangan untuk kekal berkuasa . Pemimpin sebegini seperti Mahathir , menganggap rakyat tidak ubah seperti hamba sahaya & pacal hina serba tolol seperti di zaman feudal & penjajahan dahulu, yang wajib mengikut telunjuk & kerahan mereka.

Dari segi aspek keagamaan , jelas fahaman agama Mahathir lebih cetek dari budak lulusan agama taraf SPM ( tingkatan 5 ) . Ini kerana, bersyukur diatas nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t bukan bermaksud bersyukur kepada pemimpin , mahupun sebarang insan lain. Sebaliknya , kita wajib bersyukur hanya kepada pemberi mutlaknya , iaitu Allah s.w.t sendiri. Sebagai tanda kesyukurannya juga, maka kita wajib memastikan bahawa segala tuntutan Allah s.w.t disempurnakan & larangannya dihindar , jika tidak, dibenteras sama sekali.

Tiada langsung maksud untuk kita berterima kasih mahupun mendewakan pemimpin . Apatah lagi, seorang pemimpin yang zalim , menyeleweng lagi bejat akhlaknya seperti Mahathir yang wajib ditentang habis - habisan, sejajar dengan tuntutan "amal ma’aruf nahi mungkar" .Ia juga sebagai tanda kesyukuran kita atas nikmat Allah s.w.t.

Dalam hal ini juga , sikap membisu ulama rejim ini , seperti Hamid Othman , Yusof Nor dll yang kelu untuk memperbetulkan tafsiran songsang "Dewata Maharaja Mahathir" ini telah memperlihatkan sikap sebenar mereka
sebagai "ulama" yang bacul lagi kuat mengampu persis kelompok lelaki kembiri ( eunuchs ) penjaga gundek raja di zaman feudal China dahulu.

Sikap Mahathir yang seolah - olah mengugut rakyat Sabah dengan tawaran pembangunan yang kununnya hanya mampu dibawa oleh BN sahaja , tidak ubah seperti samseng gelandangan & bukan siasah seorang pemimpin tulin . Ini juga suatu taktik lapuk yang kerap digunakan oleh jongos - jongosnya ketika berkempen di Semenanjung , terutama di kawasan pendalaman , bagi
menakut-nakutkan pengundi untuk mengundi BN.

Rakyat seharusnya tidak gentar dengan ugutan sedemikian. Mahathir menjanjikan kununnya peruntukan "berbiliun - biliun" Ringgit bagi pembangunan negeri Sabah. Namun, umumnya tahu bahawa negara kini dicengkam oleh kemelut ekonomi serta politik yang kian meruncing .

Jadi logiknya, berdasarkan "mentaliti bailout" rejimnya , jika ada "berbiliun-biliun" wang sekalipun , sudah pasti ianya "dileburkan"  dahulu bagi sanak - saudara serta juak - juaknya yang kini nazak di Semenanjung . Kemudian mungkin "sisanya" bagi juak-juaknya di Sabah &  tidak ketinggalan pula "saudara kembarnya" di Sarawak , takut melenTING pula nanti. Untuk rakyat , apatah lagi di Sabah, yang tinggal hanyalah "berbiliun" janji kosong.

Justeru itu, didalam pilihanraya ini , soal pembangunan serta kemudahan kebendaan tidak timbul. Hatta kemampuan rejim ini untuk menyediakannya amat di sangsi .

Maka itu, matlamat utama pilihanraya kini telah berubah kepada usaha memilih kerajaan yang sebenarnya berwibawa lagi prihatin terhadap kepentingan rakyat. Dalam hal ini , samada kita bersetuju atau sebaliknya, dengan prinsip perjuangan Dato’ Pairin & gagasan pem-bangkangnya di Sabah , kita harus menghormati serta mengagumi keberanian serta iltizam beliau untuk membela rakyat negerinya.

Beliau tidak menjanjikan kebendaan "berbiliun - biliun" seperti Mahathir ( mungkin kerana sedar akan kemampuannya ) . Sebaliknya, beliau hanya betekad untuk memastikan bahawa HAK RAKYAT Sabah seperti termaktub didalam Perkara 20 serta perlembagaan tetap terpelihara & tidak dinodai atas sebarang dasar sekalipun.

Disini jelas kelihatan perbedaan siasah kepimpinan diantara seorang pemimpin yang ikhlas cintakan rakyatnya, berbanding dengan seorang lagi pemimpin yang sudah luntur prinsip kepimpinannya yang cuba menjaja "tonik palsu lagi basi" untuk mengabui rakyat bagi agenda tersendiri. Ini juga yang membezakan pemimpin yang berwibawa daripada seorang pemimpin opportunis yang persis seperti warga Bangla di Chow Kit yang menjaja ubat serba mujarab.("Semua sakit kaluu, bolee Tuan ! )

Mengenai kedaulatan undang - undang yang dilaungkan oleh Mahathir , ini mengesahkan sikap hipokrasi lagi temberang besarnya . Umum sudah tahu perjalanan kedaulatan perundangan ala "Konspirasi Wangkasi Kopikasi Tak Ada Saksi" rejim ini ( dipinjam dari Yth. Pak Habib dengan izin ) . Kes - kes seperti "bebasnya" anak emasnya ( kes merogol ) , hakim korup lagi
rosak akhlaknya , Mat Taib ( berjuta RM ) dll., sudah cukup untuk kita berasa cukup mual tatkala melihatnya.

Penganiayaan keatas DSAI kini , disamping merupakan contoh ketara perkara ini, juga memperlihatkan kedurjanaan Mahathir yang sanggup menzalimi seorang yang begitu taat lagi rapat kepadanya semata - mata untuk menyelamatkan kepentingan sendiri. Justeru itu , jika kesetiaan Mahathir begitu dipertikaikan , apakah rakyat Sabah sanggup menggadaikan
masa depan mereka untuk berpegang kepada janji munafik sebegini??

Pokoknya, Mahathir sendiri begitu bejat kepimpinan serta wibawanya di kalangan orang Melayu . Pegangan serta tafsiran agamanya songsang serta  hanya berpandukan aqal fasik semata - mata, tanpa nas-nas yang sah . Keikhlasan perjuangannya persis "penjual ubat" yang diperkatakan tadi , iaitu hanya untuk kepentingan peribadi . Beliau juga begitu angkuh & memandang hina akan tuntutan serta hak rakyat disamping memperkotak - katikkan kedaulatan undang - undang bagi agenda sendiri. Tambah lagi, janji - janjinya penuh dengan sifat kemunafikan.

Oleh itu , rakyat Malaysia keseluruhannya , khususnya di Sabah, mesti bijak menelanjangkan taktik keji propaganda Mahathir serta jongos - jongosnya yang hanya bertujuan untuk mengabui mata serta hati rakyat . Bagi rakyat Sabah, inilah satu - satunya peluang keemasan bagi mereka untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya matang lagi berani untuk memperjuangkan keadilan serta hak mereka . Lantaran itu , ianya diharap mampu menjadi teladan serta inspirasi kepada saudara-saudara mereka di Semenanjung.

MAT KILAU BARU