Make your own free website on Tripod.com
AL-GORE ....SAPA CERMIN MUKA SAPA??

Apabila Vice.Presiden US telah membuat ucapan yg menyokong pergerakan reformasi yg menuntut demokrasi yang lebih adil serta mengatakan para reformis adalah manusia yg berani, ramai pihak yg marah serta tidak berpuashati. Kenyataan ini juga telah memalukan Dr.M dihadapan para tetamu dunia. Pihak-pihak yg begitu melenting sekali dgn ucapan al
Gore ini ialah seperti Rafidah aziz, Pak Dollah, cucu dato' Onn dsb(KRONi-KRONI Dr M)

Mereka ini rata -rata mengutuk al Gore untuk melihat keadaan di US sendiri sebelum mencampuri urusan dinegara lain. Dengan kata lain mereka (Dr M Kronies) menyeru al Gore untuk cermin diri sendiri dahulu sebelum cakap tentang orang lain.

Saya ini bukanlah penyokong US. US ni kadang-kadang pandai ambil kesempatan. so kita kenalah berhati-hati. Namun begitu saya berpendapat apa yang diperkatakan oleh al Gore itu ada kebenarannya. Apa yang menjadi persoalan didalam kepala saya ini ialah apabila al Gore bercakap soal demokrasi, reformasi dsb mengapa orang-orang ini (Mahathir Kronies) begitu marah sekali sehingga menyuruh al Gore cermin muka dia dulu....TETAPI...bila Dr. M serta kuncu-kuncunya membelasah DSAI berkenaan isu moral...mengapa mereka tak tengok cermin dulu...Waktu DSAI dipecat maka ramailah manusia -manusia yang
bertopengkan syaitan bercakap tentang moral...rahim thamby, sabaruddin, najib, cucu Onn, dan ketua bertopengkan syaitan itu
sendiri Dr M. Mengapa terjadi perkara ini...Al-Gore itu, kalau dia cakap tak serupa bikin pun takpa lah..sebab dia tu kafir
musyrikin...memang begitu sifat dia...tetapi yg kamu di Malaysia ni orang islam...buat le cara islam ...tunjukkan perbezaan antara
pemimpin islam dengan bukan islam..ini tidak ..sama jugak dengan puak kafir tu..

Yang terbaru pula..Hamid othman buat kenyataan bahawa pendukung reformasi ini memecah belahkan masyarakat .salah disisi Islam katanya...pandai sungguh dia nie berkata-kata...masaalahnya kenapa baru sekarang kamu baru nak cakap Mid..kenapa??
KENAPA masa para pemimpin Malaysia memperkatakan tentang DSAI iaitu mendedahkan keaibannya..engkau tak cakap apa-apa Mid? Engkau kan tahu membuka keaiban atau menceritakan keaiban org islam yang lain itu satu dosa yg besar? Lebih-lebih lagi keaiban yang diceritakan itu belum sahih atau terbukti lagi? Kenapa engkau tak buat kenyataan bahawa
dalam islam orang yang menuduh org lain berzina/liwat perlu kemukakan 4 org saksi yg beriman. KENAPA engkau tak buat apa-apa statement Mid..Kenapa Hamid ....apakah engkau ini seorang ulama' atau pun seekor ular dalam semak? Kalau kau seorang ulamak berkatalah yang benar wahai Hamid Othman...atau engkau ini hanyalah seekor ular didalam semak yang
takut periuk nasi/perut engkau terjejas akibat memperkatakan tentang sesuatu yang benar? Begitu? Insaflah Hamid...Peristiwa israk dan mikraj yang berlaku dahulu mengandungi banyak cerita-cerita yg boleh diammbil iktibar. Semoga engkau insaf segera Mid..

Kepada semua para pendukung perjuangan islam/reformasi...teruskan perjuangan..istiqamah dalam amalan dan perjuangan.. tabahkan hati kuatkan semangat didalam meneruskan agenda perjuangan yang masih belum selesai lagi...wamakaru..wamakarallah..wallahukhairulmakirin

Semoga perjuangan ini mendapat keredhaan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Wassalam