Make your own free website on Tripod.com
Hansard [DRAFT]
Dewan Rakyat.23.10.98
- Budget Day
                                               MALAYSIA
                                          DEWAN RAKYAT
                                      Jumaat, 23 Oktober 1998
                              Mesyuarat dimulakan pada pukul 4.00 petang
                                                  DOA
                             [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

                                      RANG UNDANG-UNDANG
                            RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1999
                                     Bacaan Bagi Kali Yang Kedua
 

Tuan R. Karpal Singh: Point of order!

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh: Peraturan 66(1). [Menyampuk]

Seorang Ahli: Apa mahu kacau-kacau!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai Jelutong, mahu jadi heroin. [Ketawa]

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, ini Dewan Rakyat atau pasar? Tuan
Speaker boleh membuat satu ruling sama ada Dewan Rakyat atau pasar. Jika
Dewan Rakyat, behave like one.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai bai duduklah!

Tuan R. Karpal Singh: Ini kelakuan Mr. Prime Minister that what you have.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan R. Karpal Singh: Discipline for haven’t sake, discipline them.
[Menyampuk]

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Discipline your own people first.

Tuan R. Karpal Singh: Discipline yourself first.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat dari Jelutong. Apa point of order
itu? Apakah dia?

Tuan R. Karpal Singh: Bolehkah semua sabar dahulu sebelum saya membaca.

Tuan Yang di-Pertua: Bacalah.

Tuan R. Karpal Singh: Sebagai seorang bekas hakim tentu boleh kawal
orang-orang seperti ini.

Seorang Ahli: Apalah lu, bai!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Take care of your back side!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Sila bacakan.

Tuan R. Karpal Singh: Sebelum saya baca, saya tidak mahu apa-apa gangguan
dalam Dewan Rakyat ini. [Menyampuk] "66(1) Hendaklah dibawa ke dalam Majlis
satu Rang Undang-undang Perbekalan." Dalam penghujahan saya pada satu
Konvensyen, iaitu Menteri Kewangan yang sah boleh membentangkan usul
seperti ini. Ada dua Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Pertama dan Menteri
Kewangan Kedua. Dan penghujahan saya kedua-dua ini tidak sah. [Menyampuk]
Menteri Kewangan yang sah adalah Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh.
[Menyampuk]

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Mana turban?

Seorang Ahli: Baliklah!

Tuan R. Karpal Singh: Bagi sokong penghujahan itu, saya rujuk kepada
Perkara 43(5) Perlembagaan. Subject to clause 4, dengan izin, "Minister
other than the Prime Minister shall hold office during the pleasure of the
Yang di-Pertuan Agong." Ini penting. "Unless the appointment of any
Minister shall have been revoked by the Yang di-Pertuan Agong on the advice
of the Prime Minister but any Minister may resign his office." Apa yang
saya mengetahui Menteri Kewangan yang sah iaitu Ahli Yang Berhormat dari
Permatang Pauh tidak letak jawatan. Saya mahu ketentuan daripada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Adakah the appointment of this minister that
revoke by the Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, jika ya, bila? Bolehkah saya dapat  tahu...

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Don’t waste timelah bai!

Tuan R. Karpal Singh: I suggest stand up! [sambil mengarahkan kepada Datuk
Haji Mohamad Nazri bin Abdul Aziz]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup.

Tuan R. Karpal Singh: Kalau berani stand up!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Ini bai murtad.

Tuan R. Karpal Singh: Stand up!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Jelutong, sudahlah.

Seorang Ahli: Sit down!

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Baling kepala baru tahu!

Tuan R. Karpal Singh: Apa yang saya hairan Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan
rakyat Barisan Nasional kelakuan sebagai binatang.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Bai, lu main pungkurkah?

Beberapa Ahli: [Menyampuk] Baliklah  lu bai! Tarik balik bai!

Seorang Ahli: Lu mahu mampuskah!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tarik balik
perkataan ‘binatang’.

Tuan R. Karpal Singh: Saya tidak tarik balik.

Beberapa Ahli: Tarik balik bai!

Tuan R. Karpal Singh: Saya menegaskan ‘binatang’.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tarik balik bai!

Tuan Yang di-Pertua: Kalau tidak tarik balik saya akan minta supaya Yang
Berhormat keluar daripada Dewan.

Beberapa Ahli: Tarik balik!

Tuan R. Karpal Singh: Bagaimana orang lain?

Seorang Ahli: Apa ini!

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, bolehkah saya dapat tahu bagaimana
orang lain.

Tuan Yang di-Pertua: Orang lain tidak menggunakan perkataan ‘binatang’.

Tuan R. Karpal Singh: Bukan binatang sahaja, ‘binatang liar’.

Seorang Ahli: Bai, duduk!

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: ‘Binatang liar’, Tuan Speaker,
peraturan Dewan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat yang lain sila senyap. Yang
Berhormat dari Jelutong, sila tarik balik perkataan itu.

Tuan R. Karpal Singh: Saya boleh tarik balik.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Tarik balik, bai!

Seorang Ahli: Tanpa syarat.

Tuan R. Karpal Singh: Itu boleh, Tuan Speaker.

Tuan Yunus bin Rahmat: Bai kurang ajar!

Tuan R. Karpal Singh: ‘Kurang ajar’ boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Bai, jaga belakanglah!

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan R. Karpal Singh: Saya boleh tarik balik, itu tidak ada masalah, Tuan
Speaker. Itu semua boleh dikekalkan, boleh masuk dalam Hansard.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Menggunakan perkataan yang biadab, iaitu
bertentangan dengan perkara 36(4), Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Kita mohon
supaya Yang Berhormat dari Jelutong menarik balik. Jika tidak, kita
menggesa supaya Tuan Speaker menghalau dia keluar daripada Dewan ini. [Tepuk]

Tuan R. Karpal Singh: Ini orang bodoh, saya sudah tarik balik tadi.
[Ketawa] [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, point of order
sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: 34, Tuan Yang di-Pertua. Perkataan
‘bodoh’ pun sudah diputuskan dalam Dewan ini bahawa perkataan itu adalah
perkataan biadab dan minta tarik sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Perkataan ‘bodoh’ pun telah dianggap sebagai
perkataan....

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Okay ‘bodoh’ tarik balik!

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai pekak tarik balik!

Tuan R. Karpal Singh: Saya tarik balik tetapi ganti dengan ‘tak berapa
pandai’. [Ketawa]

Seorang Ahli: Lembu!  [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Amat Berhormat, sila teruskan. Ada hendak jawab
sedikit berkenaan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari
Jelutong?

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I: Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya telah
sampaikan keputusan saya sebagai Perdana Menteri untuk melucutkan jawatan
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebagai
Menteri Kewangan, dan Yang di-Pertuan Agong tidak ada tentangan apa-apa.

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, penjelasan. Adakah di’revoke’kan, bukan
sampaikan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah Yang
di-Pertuan Agong revoke the ministership of....adakah itu digazetkan.
Jangan main-main dalam Dewan yang mulia ini. [Menyampuk] Ada dilucut.....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh: Sampaikan itu lain. Keputusan yang disampaikan itu
bukan apa yang ada dalam perkara 43. Adakah itu di’revoke’kan oleh Yang
di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah
itu dibuat? Jika tidak, ini semua tidak sah.

Tuan Yang di-Pertua: Jelutong, cukuplah!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Duduklah bai!

Tuan R. Karpal Singh: Belanjawan bagi tahun 1999 tidak sah jika apa yang
ada dalam perkara 43 tidak diikuti. Seorang sahaja boleh membentangkan usul
ini, iaitu Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh sebagai Menteri Kewangan
yang sah. Jangan main-main.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Amat Berhormat.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I: Tuan Yang di-Pertua, saya telah
sampaikan keputusan saya, sama ada menyampaikan itu merupakan satu nasihat
ataupun tidak iaitu terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Tetapi pada
pendapat saya itu adalah nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, dan Yang
di-Pertuan Agong menerimanya. [Tepuk] Kemudian daripada itu senarai
Ahli-ahli Kabinet telah pun diumumkan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan ucapan.

Tuan R. Karpal Singh: Adakah itu digazetkan?

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat dari Jelutong, cukuplah.

Tuan R. Karpal Singh: Bukan cukup, ini satu perkara penting.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat. Sila teruskan.

Seorang Ahli: Duduklah Jelutong!

Tuan R. Karpal Singh: Ucapan yang dibuat without mengikut undang-undang apa
yang dibuat selepas itu semua tidak sah.

Tuan Yang di-Pertua: Itu terpulanglah kepada keadaan, dan pada fikiran saya
gazet ataupun tidak gazet itu tidak menjejaskan sama ada legal atau tidak.
Sila teruskan Yang Amat Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh: It must be sue in court.

Beberapa Ahli: Cukup!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai, bai tiga silinder.

4.15 ptg.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I:  Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi
menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk
perkhidmatan bagi tahun 1999 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk
perkhidmatan tahun itu" dibacakan bagi kali yang kedua.......