Make your own free website on Tripod.com
Mahkamah menolak suit Anwar mencabar Mahathir di atas pemecatan

Kuala Lumpur 23 Dis (AFP - Sebuah mahkamah Malaysia hari ini menolak sebuah suit yang difail oleh bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim yang mencabar Perdana Menteri Mahathir Mohamad atas kesahihan undang-undang pemecatannya September lalu.

Hakim Mohamed Saari Yusoff berkata surat Mahathir yang memecat Anwar memenuhi kehendak perlembagaan Malaysia, dan beliau tidak nampak keperluan untuk meneruskan pendengaran suit itu, menurut laporan agensi berita rasmi Bernama.

Peguam Anwar, Karpal Singh, dipetik sebagai berkata akan merayu perintah tersebut pada Khamis ini.

Karpal mengatakan bahawa di bawah perlembagaan, perdana menteri hanya boleh menasihati Yang DiPertuan Agong dan perlantikan kabinet hanya boleh dibatalkan oleh Yang DiPertuan Agong di bawah nasihat perdana menteri.

Tapi kausel Mahathir, Zaitun Zauyah Puteh berkata perlembagaan tersebut juga menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agong mesti mematuhi, menerima dan bertindak di atas nasihat perdana menteri.

Hakim tersebut berkata Yang DiPertuan Agong tidak memberitahu para menteri mengenai pemecatan-pemecatan perlantikan, dan bahawa beliau akan menyoal setiausaha sulitnya untuk menandatangani surat-surat seumpama itu kerana tidak ada format tertentu untuk tujuan tersebut.

"Saya tidak nampak kenapa PM sendiri tidak boleh menandatangani surat yang menyatakan keputusannya," katanya. "Adalah benar bahawa tidak ada sebarang bukti menunjukkan bahawa surat PM itu ditulis dengan kebenaran (behest) Yang DiPertuan Agong. Namun begitu, saya berpendapat bahawa Baginda telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut, olehsebab itu,
tidak adanya bukti tersebut tidak mustahak."