Make your own free website on Tripod.com
ANWAR MEMBIDAS KABINET DALAM KANDANG SAKSI

Kuala Lumpur 8 Feb (AFP) - Timbalan perdana menteri Malaysia yang dipecat, Anwar Ibrahim, berkata hari ini bahawa beliau telah menyakitkan hati banyak rakan-rakan sekabinetnya melalui siasatn-siasatan rasuah, menurutnya dalam kandang saksi untuk kali pertama dalam perbicaraan rasuahnya yang panjang.

Anwar memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah pengerusi pengurusan kabinet dan jawatankuasa pengawalan tingkahlaku kabinet yang menerima banyak rungutan terhadap para menteri - termasuk perdana menteri.

"Tanggungjawab saya berat dan sukar dan tidak disukai oleh ramai orang," ujarnya.

"Ini adalah kerana jawatankuasa tersebut menerima banyak rungutan mengenai penyalahurusan kerajaan dan rasuah yang melibatkan menteri-menteri, pegawai-pegawai kanan malah perdana menteri sendiri."

Dengan berseluar hitam dan baju biru berlengan panjang, Anwar nampak tenang sambil membela diri terhadap empat tuduhan rasuah dalam perbicaraan yang bermula November lalu - dua bulan selepas beliau dipecat sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

Beliau merujuk kepada rungutan-rungutan mengenai dakwaan pembaziran berbilion ringgit oleh jabatan kerja raya dan jabatan pertahanan, sambil menyebut bahawa kes-kes seumpama itu dirujuk kepada badan pencegah Rasuah (BPR).

"Saya tidak rahu samada BPR merujuk kesemua kes tersebut kepada peguam negara," katanya."BPR sentiasa memberitahu saya jika terdapat sebarang halangan."

Peguamnya Raja Aziz Addruse menyoal Anwar untuk menghuraikan apakah halangan-halangan yang beliau hadapi tapi pendakwaraya, diketuai oleh peguam negara Mohtar Abdullah, membangkang.

"Kita mesti menumpukan perhatian kepada isu perbicaraan ini, samada beliau bersalah atau tidak dalam hal penyalahgunaan kuasa, bukan samada pegawai-pegawai lain dan para menteri telah melakukannya," kata Mohtar.

Raja Aziz mengatakan bahawa isu tersebut "berkaitan dengan isu konspirasi" untuk menjatuhkan Anwar tapi Paul menerima bangkangan tersebut.

Anwar memberitahu mahkamah bahawa cawangan khas sering memberi taklimat mengenai isu-isu ekonomi dan politik terbaru, dan juga reaksi masyarakat awam terhadap polisi dan kepimpinan kerajaan.

Disebabkan kesibukannya, beliau berkata perjumpaan-perjumpaan sering dibuat di rumahnya selepas makan malam atau selepas majlis-majlis lewat malam.

"Ini bukanlah perkara luar biasa memandangkan saya menemui para pegawai kerajaan dan menteri di rumah pada lewat malam."

Pada 17 Ogos, 1997, Anwar berkata Ketua Polis Negara pada waktu itu, Rahim Noor, mengarahkan dua pegawai kanan cawangan khas memberitahunya mengenai penangkapan dua orang yang pertama membuat dakwaan seks terhadapnya.

Anwar berkata beliau diberitahu mengenai pembabitan setiausaha politik Mahathir Aziz Shamsuddin dalam penangkapan pasangan tersebut, dan menambah baahwa Aziz "menyimpan dendam terhadap saya dan telah menentangnya sejak awal lagi."

Kes pendakwa raya banyak bergantung kepada surat yang dikirim kepada Mahathir oleh bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar, dan Ummi hafilda Ali, saudara bekas setiausaha sulitnya, mendakwa beliau mempunyai hubungan sulit dan adalah seorang homoseksual.

Terdahulu daripada itu, hakim menasihatkan para peguam bela untuk tidak membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai eks tersebut, dengan menyatakan bahawa ia adalah "bertentangan dengan etika perundangan dan akan merosakkan imej Majlis Peguam."

Pendakwa raya juga menarik perhatian mahkamah terhadap sebuah mesej Internet yang mendakwa dua orang peguam Anwar baru-baru ini melawat University Cambridge di Amerika Syarikat dan membincangkan kes Anwar dengan para mahasiswa undang-undang.

Halim berkata belia akan menyerahkan hal tersebut kepada peguam negara untuk memutuskannya tapi menambah bahawa "pandangan awalnya ialah bahawa tidak ada halangan untuk sebarang tindakan jika ia dilakukan di luar negara."

Setelah perbicaraan ditangguhkan untuk hari ini, kira-kira 200 orang yang berkumpul di sebuah masjid di belakang mahkamah melaung-laungkan "Reformasi" dan "Up, up Islam. Down, down Mahathir."

Mereka juga membawa sepanduk-sepanduk yang menyebut "Konspirasi adalah jelas. Keputusan rakyat: Anwar tidak bersalah" dan "Anwar difitnah."