Make your own free website on Tripod.com
Kenyataan Akhbar Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengakuan Tan Sri Rahim Noor bahawa beliaulah yang memukul saya tatkala dalam tahanan polis sekurang-kurangnya telah mengesahkan tuduhan saya selama ini. Ia juga telah menolak pandangan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang cuba
menimbulkan kemungkinan saya sendiri yang menyebabkan kecederaan ke atas diri saya. Ia juga telah mengenepikan pernyataan asal Tan Sri Mokhtar Abdullah, Peguam Negara, yang amat longgar, tidak profesional dengan mengandaikan bahawa sebahagian dari kecederaan yang saya laporkan adalah tidak tepat. Saya kurang yakin dengan kewibawaan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tan Sri Rahim kerana nyata prasangka dan penglibatannya dalam konspirasi yang sama untuk sengaja mengaibkan dan menjatuhkan saya.

Soalnya sekarang ialah apakah tindakan Tan Sri Rahim memukul atas arahan Perdana Menteri? Atau apakah kemarahan Tan Sri Rahim akibat pertelingkahan saya dengan Perdana Menteri? Mengapa Peguam Negara dan pasukannya terdiri dari Abdul Ghani Patail dan Azhar sengaja melambatkan keputusan dan cuba mempertikaikan kenyataan saya tentang kecederaan.

Isnin, 1hb Mac 1999