Make your own free website on Tripod.com
WANITA 'CEMBURU' TIDAK DIAKUI ANAK OLEH BAPANYA

Kuala Lumpur 22 Dis (AFP) - Pertelingkahan keluarga terbongkar dalam mahkamah tinggi Malaysia hari ini bila saksi utama di sebalik tuduhan-tuduhan salah laku seks ke atas Anwar Ibrahim mengaku beliau tidak diakui anak lagi oleh bapanya berikutan  skandal itu.

Ummi Hafilda Ali juga mengakui beliau membawa gambar Anwar bersama-samanya di dalam beg tangannya tapi dengan marahnya menafikan bahawa beliau"tergila-gilakan" Anwar atau cemburu kepada saudara iparnya yang rapat dengannya (Anwar).

Kes pendakwa raya hampir keseluruhannya bersandar di atas sepucuk surat kepada Perdana Menteri Mahathir Mohamad tahun lepas di mana Ummi menuduh bahawa isteri abangnya mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.

Perselisihan dalaman keluarga itu terbocor bila peguam Anwar Fernando menyerahkan pengakuan bertulis oleh ayahnya yang tidak mengaku Ummi sebagai anaknya.

Tapi Ummi membangkang dengan mengatakan bapanya telah "dirasuah" oleh abangnya Mohamed Azmin Ali, bekas setiausaha sulit Anwar, untuk menolaknya.

"Azmin merasuah bapa saya untuk melakukannya," kata pengarah agensi pengiklanan berusia 31 tahun itu. "Saya mempunyai ibu dan saudara perempuan dan lelaki yang sanggup ke mahkamah untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku."

"Azmin memperdayakan bapa saya dengan memberi bapa saya sebuah rumah berharga RM300,000 dan sebuah kereta Perdana dibeli dengan tunai," katanya.

Ummi juga menuduh di dalam suratnya kepada Mahathir bahawa Anwar telah berulangkali melakukan hubungan seks dengan pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Ummi juga menafikan menulis surat-surat cinta kepada Anwar.

"Saya boleh saman awak di atas tuduhan-tuduhan tersebut," beliau memberitahu Fernando dengan panasnya.

"Saya tidak pernah menulis surat-surat tersebut," tambahnya. "Saya tidak pernah menyintai atau jatuh cinta dengan yang tertuduh."

Ummi, di dalam kandang saksi untuk hari kedua, juga mengatakan beliau"tidak pernah mencemburui" Shamsidar, isteri abangnya.

"Saya tidak pernah memberitahu Azmin bahawa saya menyintai yang tertuduh. Tapi saya memberitahunya bahawa saya mengaguminya sebagai pemimpin sebelum saya mengetahui karakter sebenarnya," katanya.

Bila Fernando mengeluarkan sekeping foto gambar Ummi bersama Anwar dan Shamsidar, Ummi mengakui bahawa dulu beliau sering membawanya di dalam beg tangannya tapi menafikan beliau menunjuk-nunjukkannya kepada orang untuk membuatkan orang menganggapnya "rapat" dengan Anwar.

"Saya membawanya kerana saya ingin polis mengetahui identiti Shamsidar," katanya. "Saya tidak pasti berapa lama gambar itu berada dalam beg tangan saya."

Tapi beliau menafikan beliau meletakkannya di atas bantalnya. "Saya tidak pernah meletakkan gambar itu di atas bantal saya. Pernahkah awak ke bilik saya?"

Fernando kemudian menyoal samada benar beliau telah memberitahu beberapa orang bahawa "jika kamu tidak dapat memiliki Anwar Ibrahim, tiada siapa dapat."

Sambil Ummi menafikan kenyataan itu, hakim Augustine mengatakan bahawa beliau menolak soalan-soalan "yang amat penuh skandal" itu.

Setelah disoal balas lagi, Ummi yang penuh glamor itu mengakui bahawa agensi pengiklanannya mengahdapi masalah kewangan.

Disoal samada hutang syarikatnya sebanyak RM1.27 juta, Ummi mengatakan beliau tidak boleh menceritakan secara terperinci perbincangan mengenai pengstrukturan semula hutang.

Ummi berkara syarikatnya mempunyai hubungan dengan Megat Junid, kini menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna, semasa beliau memimpin agensi kerajaan dalam men\laksanakan kempen anti-dadah di sekolah-sekolah Malaysia.  Agensi itu mempunyai kontrak lima tahun dengan syarikatnya yang bernilai satu hingga dua juta RM setahun, kata Ummi.

Beliau juga mengakui bahawa setelah perbicaraan Anwar bermula bulan lepas, beliau muncul di sebuah majlis bersama ahli-ahli politik parti pemimpin iaitu Ghafar Baba dan Rahim Tamby Chik, yang karier mereka dimusnahkan oleh Anwar.

"Ini berlaku setelah kes bermula tapi kamu tidak menyentuh tuduhan-tuduhan tersebut," katanya. "Saya bercakap dengan mereka kurang dari lima minit dan saya hanya memperkenalkan diri saya."