Make your own free website on Tripod.com
DEMONSTRASI AMAN REFORMASI MENDESAK MAHATHIR DAN DAIM UNDUR SEGERA
 
SABTU 30 JANUARI 1999
5:30 JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
7:30 JALAN RAJA ABDULLAH KG.BARU

Perhatian:

1. Demonstrasi ini adalah secara aman, tolong jangan "provoke" pihak polis dan jangan bawa sebarang senjata (pisau, lastik, atau lain-lain). Tujuan kita cuma untuk menyedarkan mereka bahawa desakan untuk Mahathir undur masih kuat.

2. Jika terdesak untuk bersurai kita bersurai untuk mengatur strategi demonstrasi untuk satu masa lain.

3. Jika ada yang melakukan keganasan, mereka mungkin SB, kita perlu merakamkan dengan kamera atau video recorder perbuatan mereka, oleh itu jika ada peralatan tersebut sila bawa dan gunakan.

4. Jika boleh jangan kena tangkap, tetapi jika kena tangkap jangan melawan, anda mungkin dicederakan. Jangan mengaku bersalah atau memberi sebarang statement kepada polis, kecuali setelah merujuk peguam.

5. Barisan peguam telah bersedia untuk berkhidmat secara percuma untukmembebaskan mereka-mereka yang tertangkap nanti.

6. Sila bawa saputangan atau benda-benda lain untuk menutup muka, jangan biarkan muka anda di tangkap gambar.

Selamat berjuang, "Jika takut menanggung risiko jangan bicara soal perjuangan"

Kita doakan semuga berjaya dalam usaha kita memastikan Diktator Mahathir itu berundur segera. Kita juga pelu berdoa semuga tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini semasa demonstrasi tersebut nanti.

Marilah berjihad. Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! WaliLlahil Hamd.