Make your own free website on Tripod.com
25 PENIPUAN YANG DI BUAT OLEH MAHATHIR
Oleh Perwira Sejati (27 Okt 98)
 

1. Semasa membuat 'road show' di seluruh negara untuk memberikan penerangan berkaitan kegawatan ekonomi, beliau telah menyatakan bahawa negara Malaysia akan melaksanakan langkah pemulihan dengan usaha sendiri tanpa bantuan dari orang asing tetapi akhirnya telah mengambil orang asing juga sebagai penasihat ekonomi.

2. Dato' Seri Dr Mahathir telah mengutuk dengan hebat penyangak matawang iaitu George Soros berbangsa Yahudi tetapi akhirnya menjemput Syarikat Solomon yang juga berbangsa Yahudi.

3. Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa 'bail out' syarikat besar seperti Renong adalah bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia tetapi sebenarnya hanya untuk menyelamatkan ekonomi kroni-kroninya.

4. Pada 2 Sep 98 pagi, Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar tidak akan meletak jawatan kecuali atas sebab-sebab kesihatan tetapi pada sebelah petangnya telah memecat Dato' Seri Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

5. Dato' Seri Dr Mahathir di dalam kes Rahim Tamby Chik dan Mohd Taib telah menyatakan bahawa "seseorang itu belum didapati bersalah sehingga dijatuhkan hukuman oleh mahkamah" tetapi di dalam kes Dato' Seri Anwar beliau sendiri telah menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman Dato' Seri Anwar telah bersalah dan berdosa.

6. Dato' Seri Dr Mahathir semasa menjawab pertanyaan pemberita berkaitan dengan penyokong reformasi pernah menyatakan bahawa "Apabila Dato' Seri Anwar didapati bersalah nanti....barulah rakyat akan menerima kenyataan bahawa Dato' Seri Anwar adalah seorang yang rendah moralnya". Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Dato' Seri Dr Mahathir sebenarnya telah memperkudakan sistem kehakiman negara dan boleh mempengaruhi keputusan mahkamah.

7. Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana rendah moral tetapi sebenarnya menteri-menteri yang lebih hina moralnya langsung tidak di sentuh kerana
mereka semua tidak mengancam kedudukan Dato' Seri Mahathir dan berperangai seperti burung kakak tua.

8. Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar telah berdosa tetapi kita semua sedia maklum bahawa beliau bukanlah tuhan yang boleh menentukan samada seseorang itu berdosa atau tidak.

9. Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa perhimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil tidak dapat di adakan kerana aspek keselamatan tetapi sebenarnya takut UMNO tidak dapat menyediakan seramai 150 ribu orang dan Gerak dapat mengumpulkan 500 ribu orang.

10. Dato' Seri Dr Mahathir kata beliau dan semua ahli UMNO akan patuh kepada perintah mahkamah untuk tidak memberikan ulasan berkaitan dengan kes Dato' Seri Anwar tetapi sebenarnya beliau telah membenarkan Tun Ghafar dan Rahim Tamby Chik dan lain-lain kaki ampu untuk terus memberikan penerangan. Malahan beliau sendiri secara terbuka telah melanggar perintah mahkamah tersebut semasa di Jepun.

11. Dato' Seri Dr Mahathir juga telah melanggar perintah mahkamah dengan mengarahkan serta membenarkan pengedaran pita video dan kaset penerangan berkaitan kes Dato' Seri Anwar kepada penduduk di Pulau Pinang.

12. Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa ada pihak asing yang cuba campur tangan di dalam kes perbicaraan Dato' Seri Anwar dan telah menimbulkan isu senator Amerika Syarikat menalipon Hakim Paul Agustine tetapi sebenarnya cerita ini hanyalah rekaan semata-mata untuk membuktikan kononnya ada campur tangan asing.

13. Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa beliau sebenarnya memang hendak menghapuskan Akta ISA tetapi pihak polis yang tidak membenarkannya tetapi sebenarnya beliau yang tidak membenarkannya kerana ingin menggunakan akta ini untuk kepentingan politiknya.

14. Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa hampir keseluruhan berita di dalam Internet dan Media asing adalah berita palsu tetapi sebenarnya media tempatan lebih berganda-ganda teruknya.

15. Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa negara Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi tetapi sebenarnya bukanlah pengamal demokrasi dan langsung tidak boleh ditegur dan dinasihat. Sesiapa yang menegurnya akan dianggap sebagai pengkhianat dan berdosa.

16. Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar telah meluluskan 'bail out' untuk Renong tetapi sebenarnya Dato' Seri Anwar tidak pernah meluluskan permohonan Pengarah Renong dan telah mengarahkan Pengarah Renong memajukan proposal terlebih dahulu kepada Kementerian Kewangan.

17. Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa buat masa sekarang adalah tidak boleh diadakan pilihanraya kerana masalah ekonomi tetapi sebenarnya beliau takut UMNO tiada orang yang hendak pangkah.

18. Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa terdapat pakatan parti pembangkang untuk mencetuskan huru hara tetapi sebenarnya pihak polis (SB) sendiri yang telah memulakan rusuhan dan menimbulkan ketegangan dikalangan penyokong reformasi.

19. Semasa di Jepun, Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar telah cuba untuk membakar rumahnya tetapi sebenarnya Dato' Seri Anwar tidak pernah menyuruh penyokongnya melakukannya malahan sentiasa mengingatkan penyokongnya supaya jangan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

20. Semasa di Jepun, Dato' Seri Dr Mahathir telah menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar telah diberikan layanan yang istimewa (VIP) semasa di dalam penjara Sg Buluh tetapi kenyataan ini telah dinafikan sendiri oleh Ketua Penjara Sg Buluh yang menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar diberikan layanan biasa dan sama dengan tahanan lain.

21. Semasa di Jepun, Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan kepada media Jepun bahawa beliau marah apabila mendapat tahu mata Dato' Seri Anwar lebam ketika di bawa ke mahkamah tetapi sebenarnya beliau telah membuat kenyataan bahawa Anwar mungkin mencederakan dirinya sendiri kepada media Malaysia.

22. Semasa di Jepun, Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar telah diberikan makanan yang istemewa semasa di dalam tahanan tetapi sebenarnya itulah kali pertama Dato' Seri Anwar di berikan makanan sedemikian. Manakala hari-hari yang lain Dato' Seri Anwar hanya diberikan makanan di dalam bungkusan hingga menyebabkan berat badannya turun sebanyak 8 kilo.

23. Dato' Seri Dr Mahathir dengan penuh keyakinan telah berkata bahawa Saudara Hishamuddin Rais adalah dalang utama di dalam perhimpunan penyokong reformasi di Kg Baru pada 24 Okt 98 tetapi penipuan Dato' Seri Dr Mahathir telah nyata apabila pada 25 Okt 98, saudara Hishamuddin telah dibebaskan oleh polis kerana tiada bukti untuk menuduh Saudara Hishamudin sebagai dalang.

24. Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa tujuan penyokong Dato' Seri Anwar mengadakan rusuhan adalah untuk melambat-lambatkan perbicaraan tetapi sebenarnya beliau yang takut kerana kes Dato' Seri Anwar mendapat liputan serta perhatian yang meluas di seluruh dunia dan bukti-bukti serta ada diantara saksi-saksi harapan Dato' Seri Dr Mahathir telah menukar pendiriannya.

25. Dato' Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa pihak polis tidak memukul penyokong reformasi dan hanyalah menyembur air sahaja tetapi sebenarnya pihak polis bukan sahaja memukul dan mencederakan tetapi menahan orang awam secara borong sahaja.